BAB 9

55 2 0
                                        

"AKU terima nikahnya Afra Afshin binti Ardi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"AKU terima nikahnya Afra Afshin binti Ardi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

Sekali lafaz, umpama bayu gemeresik sentuh koklea. Syahdu bait bicara sah bergelar milik sang jejaka, hampang nafas tika bacaan doa menyelusup jiwa. Entah bagaimana susun aksara paling sesuai ungkapkan kata, renungan redup Ummar tika dekati dia.

Raut bersih nan tampan, beku sekali tanpa sebarang senyuman. Cuma, iris persis coklat zulmat itu begitu kudus saat melahap rautnya. Teleku hadapan dia, tangan kasar Ummar cuba gapai tangan Afra berinai indah.

Bilamana Ummar berura-ura mahu sentuh, renjatan listrik drastik Afra cuba tarik tangan miliknya. Cekap Ummar lelar lembut, cukup membuatkan tautan tersebut tidak terlepas.

Belahan bibir Afra menggeletar, panas juring mata apabila bayangan itu kembali. Serasa begitu dekat dan nyata, nafas bercempera tidak teratur paksa stabilkan semula. Ummar genggam telapak tangan sang isteri, tahan seketika agar sekata keadaan dia.

"Sa... saya..." Gelugut batang jari saat hangat selusup, haba suam pelan-pelan menjalar tika cincin nikah pula terletak indah di jari manis kanannya. Terasa begitu panjang dan lambat waktu berlalu, sesak jantung dan fikiran perang sama selebu rasa.

"Afshin." Sepatah, gugur berantakan pembuluh darah. Serta-merta Afra langut kepala, berembun tubirnya mencumbui sepasang kanta cembung Ummar. Reaksi Ummar kekal tak beriak, tampak tenang tumpukan perhatian pada raut suram Afra.

Perlahan Afra tunduk, pucuk hidung mampir kekura tangan Ummar. Seiring itu, Ummar daratkan tapak tangan ke sisi tempurung isteri hati-hati. Lembut, tak berniat menyakiti sebelum rapatkan bibir ke celahan telinga Afra disebalik kain tudung.

"Afshin Ummar." Bisikan dersik sapu gundah Afra, hadirkan damai jiwa yang resah. Kaku saat Ummar elus lembut sisi kepala wanitanya, menitik kristal kucup kekura suami.

"Yang lain, aku bagi nanti." Merekah senyum tipis di bibir sang lelaki, selitan pesanan rasa tentang gelora dada bendung sebaiknya. Bererti agar kasih mereka tidak terlihat mata manusia, sembunyikan sahaja kerana janjinya mahu lindungi Afra.

Hirraz Ummar, suami Afra Afshin.

Dang!

Lanjutan detik terus berlalu, puing memori segar suara garau itu yakin tuturkan kata. Setiap tindakan Ummar cuit naluri wanita, meskipun sekelumit bicara penuhi ruang antara mereka.

Afra cuba usir rasa janggal bermukim di kalbu. Endak jangka hari tersebut kini berlaku. Anggun berbusana putih labuh hiasi tubuh, terlalu mewah untuk digandingkan dengan insan sepertinya. Afra ketap bawah bibir tahan debaran memalu dada, jambangan puspa tulip asmaradatna dalam tangan turut digenggam sama.

Seram sejuk jikalau Ummar benar-benar masuk kamar, tiada ciuman kasih seperti pasangan luar sana setelah upacara pembatalan air wuduk. Sungguh, Afra ukur seakan Ummar separa rela terima dia. Tapi, bagaimana pula erti omongan Ummar nyatakan pada dia?

Tulus Kasih Kirana Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang