BAB 3

55 2 0
                                        

6 bulan berlalu, 2023

TADIKA Sri Bakti.

Penjuru pondok jadi labuhan destinasi, sementelah seharian menjalankan tugas penuh dedikasi. Kerjap kelopak mata, Afra genggam birai kerusi yang diduduki. Hayun kaki gerakan perlahan, santai luaran meskipun benak bercelaru dipenuhi pelbagai andaian.

Jauh menerawang fikiran sang wanita, menala pemandangan sekumpulan kanak-kanak riang-ria main bersama. Puing-puing girang tanda bahagia, iringan melodi tawa dan nyanyian kecil berpuput merdu ke celahan telinga.

Spontan, hujung bibir Afra carik senyum tipis. Memerhati diam pada mereka, ralit dalam dimensi bahagia.

Sementelahan waktu persekolahan sudah tamat, Afra berikan peluang anak-anak kecil nan pintar untuk luangkan masa di laman permainan hadapan sana. Pantau setiap gelagat aktif semacam, sesekali suaranya meletus kerisauan berikan pesanan dan nasihat.

"Kai Yuan! Darwisyh! Hati-hati lari, jatuh nanti saya pula risau." Afra bingkas bangun dari bangku berdekatan, jijit kaki bersama kornea mata birunya mengecil dek terik syamsi.

Bahang dunia, merecik keringat pada pelipis. Tangan dibawa teduh tepat bahagian kening, ingin penglihatan lebih jelas anak-anak bawah tanggungjawabnya.

Panah pada gerangan dua anak murid lelakinya berkejaran sama sendiri, buat pusingan persis tawaf sekeliling kawasan gelongsor. Afra tajam pusatkan renungan setiap langkah kaki kecil itu, terkedek-kedek lari bersama kekehan ceria di raut mereka.

"Baik cikgu!" Serentak, maklum balas diberi. Afra cuba redakan hati, rawan andai apa-apa berlaku kelak dia bakap dipertanggungjawab di kemudian hari.

"Cikgu." Terasa hujung baju kurungnya ditarik, mengalih tumpuan Afra seketika.

Refleks Afra turunkan kaki, memalingkan muka pada empu suara gadis memanggil dia.

"Ya, kenapa sayang?" Senyum terbit di bibir merah Afra, terus berjongkok samakan paras wajah. Melahap raut sang gadis yang kernyih pamerkan barisan gigi putihnya, Afra cuit lembut pipi tembam itu geram.

"Mama Eisya dah sampai."

Dan-dan Afra melongo sejenak, usap pipi Eisya tadi sebelum beralih tempurung gadis penuh kasih. Salurkan hangat nurani wanita, Afra bendung sebak bertandang tiba-tiba. Paksa agar senyum senantiasa, usir rasa hadir meladeni jiwa.

Detik berlanjutan, dia hantar kepergian anak-anak kecil ke pangkuan keluarga. Mengukir ceria dan ceriterakan karenah permata, Afra kerising tatkala ibu bapa sering ucapkan terima kasih kepadanya.

Sejujurnya, itu sememangnya tugas dia sebagai guru. Cuba didik disulam kesabaran tinggi menghadapi tumbesaran anak-anak yang pintar, kaletah cuit hati kadangkala buatkan Afra tak tentu hala.

Namun entah mengapa, selitan sebu akan turut selusup sama. Seakan ada puing-puing ribang himpit sekeliling dia, mahu putar masa hampir dua dekad lalu. Tika ada mommy dan daddy di sisi suatu ketika dahulu, mereka bersama sehingga semua berubah sekelip mata.

Kenangan itu, jadi penguat dan pegangan dia bertahan selama ini.

Memori itu, berlagu sendu di latar minda tanpa jemu.

Dan mungkin, salah seorang adalah gerangan jaka menghuni hati tanpa orang tersebut ketahui.

"Cikgu?" Bahu Afra ditepuk perlahan, kejutkan sang wanita mengelamun dalam dunia ciptaan entah mana.

Sontak, Afra tersentak. Hinggut bahu tika sentuhan diterima, serta-merta Afra menoleh pada figura wanita lebih berusia daripadanya.

"Dah lewat ni, cikgu tak nak balik ke?" sapanya lembut. Ekpresi persis kerisauan, Afra kerdip sekali sebelum tepi bibir menaik sedikit.

Tulus Kasih Kirana Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang