BAB 15

87 6 2
                                    

Rindu tak mereka? Bab ni memang dah ada sejak tahun lepas dalam lappy kita, baru add dan edit sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rindu tak mereka? Bab ni memang dah ada sejak tahun lepas dalam lappy kita, baru add dan edit sikit. Maybe slow udpate, okey?  ❤️

MAKHFI.

Rahsia disemat rapi dalam fikiran, sepertimana bayangan ngeri cuba dikambus dalam agar tidak diketahui. Sayangnya, ia umpama bayang-bayang menghantui sang empunya badan. Biarpun disental kasar selaput lumur lalu, tetap teguh dan sebahagian dalam dirinya utuh bersatu. Gumpalan yang membentuk figuranya kini, memang sudah sebati.

Mungkin, frasa itu sesuai buatnya. Afra runduk tekur lantai bawah, niskala fikiran menerawang hakikat yang rakus hentam dirinya.

Sejak tadi, Afra di sini. Menyendiri. Labuhkan punggung di kaki tangga. Minda jauh bergentayangan segala cereta dilalui. Apa lagi dia mahu sebenarnya dalam dunia ini?

Sontak, merasa hangat selinap antara jari-jemarinya. Afra segera memalis muka, jumud tatap raut tampan sang suami.

"Kat sini rupanya Afshin Ummar."

Ummar senyum kecil. Lega Afra berada di sini. Risau menakluki hati, andaikan saja Afra kurung diri.

Ummar berikan pandangan redup. Lama menjamah laman muka sang isteri. Cuba hadam selaput riak itu, seakan sengaja ingin sorokkan hakikat hati jelas rawan ketahui. Tampak benar-benar lelah, setelah ribut berita itu cukup ciptakan gundah.

Dan untuk Ummar, jujurnya dia juga tak sangka. Tapi tidak terdetik mahu salahkan Afra, kerana sedar wanita itu juga bergelar mangsa. Dia pula akan terima lapang dada, anggap suatu ujian sebagai pelindung Afra. Sementelahan, perkara telah terjadi.

"Afshin, kau nak apa-apa?" lembut menanya, kuyu renungan jebol anak mata lazuardi.

Kelam. Iris biru itu tenggelam dan larut dalam selebu duka. Terlalu jauh lemas terkapai-kapai sendiri, Ummar mahu tarik Afra agar berada semula di tepian.

"Esok kita dah nak balik. Kau nak jalan-jalan sekitar sini tak, Afshin? Macam ambil angin ke, aku boleh aje pandu kereta kalau kau nak pusing-pusing sini. Ada pantai juga tak jauh dari sini, itupun kalau kau nak singgah lah." Suara persis membujuk. Ibu jari Ummar elus santun kekura tangan sang isteri, turut bermain pada cincin pernikahan mereka. Mahu tarik perhatian Afra ambil udara segar, tidaklah terus terperuk dalam episod lara.

"Aku ada telefon mak. Mak kata singgah rumah nanti bila dah balik. Tak salah kan tinggal sana, tapi renyah sikitlah sebab ada Riz sekali. Cumanya, Riz tak adalah sementara ni sebab dia tolong ambil alih sekejap kerja kat pejabat. Kiranya ada mak dengan Wawa ajelah, kau belum dapat kenal lagi kan dengan Wawa?"

Afra tatap Ummar bercampur-baur. Sayu bergumpal amarah, hiba beranyam muram. Tidak pasti jeladeri emosi sendiri, apatah lagi bait bicara Ummar yang berterusan tuturkan kata. Tapi dia tahu sangat, Ummar sengaja cari topik untuk alih dirinya hanyut dalam memori ngeri.

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now