MAKHFI.
Bukankah ia istilah seringkali jadi hebahan agar asrar dari pengetahuan manusia, yakni mahkota maruah harus dipelihara. Nirmala sebagai pentas tanda harsa, sedangkan lara pendamping paling setia saat kesepian sana.
Bagaimana hendak cereta tentang kebenaran nyata, andai mangsa dihukum salah kerana nasib menimpa mereka? Mungkin ya, kadangkala dunia tidak pernah adil terutama segelintir penghuni penuh muslihat lemparkan bom pada insan kerdil tak berdaya.
Bersimpuh sedari tadi, pandangan jatuh pada tikar sejadah yang dia guna. Minda penuh dengan puing-puing pohonan wanita kesayangan, cuba tetapkan keputusan moga yang terbaik jadi pilihan. Andai benar itu mak pinta, dia takkan hampakan setelah jasa dan bakti wanita itu curahkan tiada tandingan.
Jujut nafas dalam, debaran ritma memalu dada kian kedengaran. Panggung wajah, raup sekilas dengan sebelah tangan. Berikan dia sekelumit kekuatan, tunaikan dan gadaikan sedikit kesabaran dan ketabahan demi satu ikatan yang diperkatakan.
"Mar, mak ada satu permintaan nak Mar tunaikan." Lembut suara mak menampan halwa telinga, berdiri hadapan dia bersama tatapan redup seperti biasa. Raut tua berusia, tengadah melihat sang jaka agak tinggi daripada dia.
Ummar jungkit alis, tertanya-tanya keanehan luar biasa mak pinta izin untuk berbicara dengan dia. Sementelahan mak baru langkah keluar dari wad wanita misteri itu, nyata firasat mengatakan ada sesuatu hal mustahak mak ingin bincangkan. Tetapi, jauh lebih penting yakni seperti perjanjian harus dia langsaikan.
"Kita duduk kat bangku sana ya mak?" Ummar capai telapak tangan mak, pimpin bawa ke tempat berlabuh duduk bagi membincangkan perkara tersebut. Entah apa, dia akan cuba menerima meskipun payah.
Demi mak, Ummar sanggup waima perlu banting tulang kian rebeh.
Demi keluarga, Ummar berusaha meskipun sering dipandang sebelah mata.
Demi mereka, Ummar perlu lakukan asalkan sekelilingnya bahagia.
"Hirraz Ummar." Sapu malas ambien hening, lorong kadangkala dilalui beberapa manusia terutama kakitangan hospital dan pesakit sana. Asmaradatna warna sapa pandangan, suasana biasa pembangunan kesihatan.
Genggam erat dan sulam hangat tangan jejaka muda, harapkan sokongan biarpun berat ungkapan bakal dinyatakan. Semoga Ummar lapang dada, dia hanya pohon agar Ummar terima.
"Ya mak," jawab Ummar bersama koyakan senyum tipis. Sisi raut mak menjamah pupil mata, tampak gusar rembut tatapan cuba disorokkan. Meskipun kelihatan tenang kasat mata, Ummar tahu terutama berkaitan mak.
"Kahwin dengan dia nak."
Bam!
"Mak nak Mar lindungi dia, jaga dia, tolong berikan dia masa. Ni permintaan mak untuk Mar, mak harap Mar boleh terima dia."
Terpempan. Ummar terpinga-pinga cerna situasi, bingung hamparan hasrat mak umpama ledakan peluru. Titian kata animo begitu luhur, cuma mana mungkin tiba-tiba. Kelana jauh sebarang kebarangkalian, bekali ia sekadar gurauan rapu bukan?
"Mak serius?" soal Ummar, pinta kepastian. Teguk liur payah, payau rasanya. Mak oleng kepala, tekap kedua-dua tangan pada Ummar persis merayu. Kudus renungan menyelusup sukma, Ummar diserang serba-salah.
"Mar dah masuk umur tiga puluh lebih kan, takkan nak membujang lagi."
"Tapi mak..."
"Boleh tak, Mar sayang mak kan?" cantas mak laju, sekat bicara Ummar untuk teruskan penolakan. Dia sedar keputusannya agak terburu-buru, tetapi cara ini sahaja mampu difikirkan sementelah Ummar dan Afra tiada ikatan membelenggu antara mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tulus Kasih Kirana
Romance𝐇𝐢𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐫 | 𝐀𝐟𝐫𝐚 𝐀𝐟𝐬𝐡𝐢𝐧 Susunan indah titian ceritera. Pertemuan tumpang teduh seketika. Bahagia daripada malapetaka dunia. Sering durja sehingga lemas dalam sepasang mata. Manis, leka khayal selamanya. Tikam dalam saat tiba...