amsyar's || 001

560 31 1
                                    

Buku yang berselerak di atas meja jelas menunjukkan gadis berusia 19 tahun ini penat dengan kehidupannya sebagai pelajar yang perlu menyiapkan banyak tugas dan laporan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buku yang berselerak di atas meja jelas menunjukkan gadis berusia 19 tahun ini penat dengan kehidupannya sebagai pelajar yang perlu menyiapkan banyak tugas dan laporan.

" Kak! "

" Kak! "

Jeritan demi jeritan kedengaran di luar pintu kayu namun langsung tidak menyedarkan Aalya dari tidurnya.

" Kak, kau tidur ke? "

Pintu bilik itu dibuka dan tatapan mata seorang lelaki yang menggelar Aalya 'kakak' sebentar tadi terarah kepada susuk tubuh kurus yang lena di atas meja. Siapa yang memanggilnya? Siapa lagi kalau bukan Aayan Shafiq, dialah satu-satunya adik yang Aalya ada.

Mata Aayan tertumpu ke arah kakaknya yang lena diulit mimpi bersama buku-buku yang menjadi teman tidurnya buat masa kini.

" Apalah nasib aku jadi adik kau. " Kata Aayan, sebelum kakinya menuju ke arah meja belajar yang sama tinggi dengan paras pinggangnya

" Kak, bangunlah. Mama suruh kau makan. Sejak dari pagi kau terperuk dalam bilik ni. " Kejut

" Senyap lah Yan, bising lah kau. " Kata Aalya lalu menolak badan tegap adiknya agar keluar dari bilik itu.

Tegap? Boleh dikatakan juga. Lelaki yang berusia 17 tahun ini suka melakukan aktiviti kecergasan. Pantang ada masa, keluarlah dia dengan membawa basikal sukan miliknya. Boleh tahan sejam dua juga.

" Kau ingat kau kuat sangat ke, Kak? Bangunlah! " Paksa Aayan lagi namun Aalya hanya mengendahkannya

" Kau nak aku dukung kau ke hah? " Ugut Aayan

" Kau ingat kau kuat sangat ke? Badan keding. " Ejek Aalya

Aayan yang pantang dicabar terus menggendong badan Aalya seperti mengangkat guni di bahu. Dia keluar dari bilik itu lalu tubuh Aalya dibawa ke ruang tamu sebelum dicampakkan ke atas sofa.

" Tak lawak lah! Kau kau ingat kau tu siapa nak dukung aku macam tu! " Marah Aalya

" Aku adik kau. Tak batal pun air wuduk aku kalau sentuh kau, kak. " Balas Aayan

" For your information, setakat badan kurus kau ni, aku boleh angkat dengan satu jari je lah. " Sambungnya sebelum menuju ke dapur

Aalya membetulkan rambut hitam panjangnya sebelum menghentakkan kaki tanda geram. Nasib dia sayang akan Aayan, kalau tak, memang dah kena pancung budak tu.

━━━━━━

" Lya... "

" Ye ma... " balas Aalya lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Aayan dengan muka masam mencuka

" Sudah-sudahlah ulang kaji tu. Dari pagi tak makan. Kalau kena gastrik macam mana? " Tegur Puan Amanina lalu sepinggan nasi putih diletakkan di depan anak sulungnya

Sudah acap kali diberitahu, dipesan. Namun Aalya tidak mengendahkannya. Belum kena lagi, dah kena nanti baru serik.

" Tak ada selera lah ma... banyak kerja kena siapkan. " Jawab Aalya lalu kepalanya disembahkan ke atas meja makan

" Kau dekat mana-mana nak tidur. " Perli Aayan

" Aku tak tidur lah, bangang! " Marah Aalya. Makin lama, makin tipis kesabarannya kalau dilayan perangai Aayan yang memang suka cari pasal

" Sudah! Tak baik bergaduh depan rezeki. Berapa kali papa dah pesan. "

Suara garau yang memarahi mereka membuatkan kedua-dua beradik itu terus senyap. Siapa lagi, kalau bukan ayah mereka, Encik Syauqi yang sememangnya tegas dalam semua perkara. Dah nama pun guru besar, muka pun kenalah ada ciri-ciri seorang guru besar ye takk...

" Kakak yang mula dulu papa. " Adu, Aayan kepada Encik Syauqi

" Eh, kau kalau nak tuduh aku biar berbukti sikit eh! " Balas Aalya

Encik Syauqi menarik nafas dalam sebelum kedua-dua tangannya menuju ke arah cuping telinga Aalya dan Aayan.

" AAAAAAAAAAAAAAAAAA PAPA SAKIT!! "

" Tahu pun sakit? Tadi sebelum gaduh tak nak beringat! " Marah Encik Syauqi sebelum telinga mereka dilepaskan

Sudahlah umur masing-masing mencecah 19 dan 17 tahun, namun perangai tak asing dari perangai kanak-kanak berumur 9 dan 7 tahun.

" Sekali lagi, satu perkataan keluar dari mulut kamu berdua, papa sellotape biar bisu. " Kata Encik Syauqi sebelum duduk di kerusi utama

Aalya menjelirkan lidahnya ke arah Aayan dan Aayan membalas dengan tendangan kaki di bawah meja.

" Alya... " Encik Syauqi bersuara

" Ye pa? " Balasnya

" Lepas makan, kamu terus mesej ustazah Hamidah ye. Semalam dia kata dengan papa, ada benda dia nak bincang. " Kata Encik Syauqi

Aalya memandang adiknya namun Aayan hanya mampu menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

Ustazah Hamidah merupakan guru agama Islam di sekolah menengahnya. Seingat dia, dia mendapat keputusan cemerlang bagi matapelajaran pendidikan Islam sewaktu SPM dulu. Tapi, kenapa Ustazah Hamidah ingin berbicara dengan dirinya?

" Kenapa Ustazah tak mesej Alya terus, pa? Dia kan ada nombor Alya. " Tanya Aalya

" Manalah papa tahu. Papa cuma sampaikan pesanan sahaja. " Balas Encik Syauqi

" Ke, ustazah Hamidah nak mengorat papa? Ayok!! Mama kena buat sesuatu ni! " Aayan menyampuk

Jelingan tajam diberi oleh Encik Syauqi membuatkan remaja lelaki itu terkulat-kulat mendiamkan diri.

-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Hi guys, Assalamualaikum!! Welcome you my first novel of the year! Please do enjoy and harap-harapnya novel ni hangat lah ye! Hehe btw thanks for reading ♥️♥️

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now