amsyar's || 020

171 13 2
                                    

" Jangan cari saya eh kalau ada apa-apa yang berlaku nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jangan cari saya eh kalau ada apa-apa yang berlaku nanti. " Kata Amsyar kepada Aalya yang berdiri di sebelahnya

Aalya memandang ke arah Victor yang sedang elok duduk di atas kerusi di kantin. Hanya dia seorang sahaja pada waktu itu.

" Takut? " Tanya Amsyar kepada Aalya yang tampak gugup

Aalya hanya menggelengkan kepalanya dan matanya masih memandang tubuh tegap Victor Daniel yang sangatlah khusyuk menghadap beberapa helai kertas yang berada di depannya.

" Tak ke saya macam ganggu dia nanti? " Tanya Aalya lalu kepalanya mendongak memandang Amsyar yang jauh lebih tinggi darinya

" Terpulang kepada awak. Saya dah bagitahu Victor tu macam mana. Now, good luck, Adiratna. " Kata Amsyar lalu mengenyitkan matanya ke arah Aalya

Aalya mencebik sebelum kakinya melangkah mendekati kerusi di mana Victor sedang duduk.

Aalya menoleh memandang ke arah Amsyar yang menaiki tangga menuju ke bilik guru. Sekali sekala, Amsyar menoleh memerhati gelagat Aalya yang dah macam orang hilang arah.

" Ehem… "

Victor menoleh memandang wajah Aalya sebelum matanya kembali menatap berpuluh-puluh kertas di depannya. Aalya menelan air liurnya, perit…

" Boleh I duduk? " Tanya Aalya namun Victor sedikit pun tidak membuka suaranya

Aalya makin bengang dengan kelakuan Victor yang memalau dirinya. Pantang sungguh Aalya sekiranya orang menganggap dirinya halimunan.

Aalya terus duduk di bangku berhadapan dengan Victor. Victor mengangkat mukanya memandang wajah Aalya yang tersenyum ke arahnya.

" Sibuk? Nak teman? " Tanya Aalya memulakan perbualan

" Buta ke? " Balas Victor

ZUP!! Tersentak Aalya dibuatnya… Aalya menggetap giginya menahan amarah…

' Eh eh mamat ni… elok-elok lah balas… ' kata Aalya

Aalya masih mengukirkan senyuman paksa. Kalau diikutkan hatinya, sudah lama dia mengangkat kaki membiarkan Victor seorang diri di situ. Orang datang nak berbual, tak reti nak bersyukur pula.

" Sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak layan I? " Tanya Aalya masih tidak berputus asa

Victor tersenyum sini sebelum menjawab…

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now