amsyar's || 010

266 28 4
                                    

     " Dia cakap apa lagi? " Tanya Aayan kepada Aalya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Dia cakap apa lagi? " Tanya Aayan kepada Aalya. Kini, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah

" Takde apa-apa lah Yan… " kata Aalya dengan wajah kusam

" Aku hidup dengan kau dah 17 tahun. Aku kenal sangat dengan muka kau tu. " Kata Aayan lagi

" Dia ada buat apa-apa tak? Sentuh kau? Cuit kau? Paksa kau? " Tanya Aayan lagi

Sungguh, walaupun dia dua tahun muda dari kakaknya namun, dia sangat menjaga diri Aalya seolah-olah dia anak pertama.

" Tak ada apa-apa lah Yan… semua baik-baik je. " Balas Aalya

Aayan masih mempamerkan riak wajah tidak puas hati. Dia tahu kakaknya menipu namun. Dia ingin memberikannya masa.

" Kau sepatutnya panggil aku tadi tepat bila dia muncul. Biar aku kasi buku lima dekat muka tak senonoh dia tu. " Kata Aayan dalam nada marah dan Aalya hanya tersenyum kecil

" Aku tahu kau akan buat macam tu. Sebab tu aku selesaikan sendiri. " Jawab Aalya

Dia tidak mahu adiknya menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Kalau tidak, masalah yang ada akan bertambah-tambah.

" Lepas kau dah cool down, pastikan kau cerita dekat aku dari A sampai Z. " Kata Aayan lalu badannya disandarkan namun matanya menjeling ke arah Aalya yang seperti ingin menangis…












━━━━━━














     " Aalya, Aayan, kita dah sampai. " Kata Pak Kasim

Aalya melangkah longlai keluar dari kereta itu. Dia menuju ke bonet dan membawa keluar dua beg plastik dari popular. Sesungguhnya, dia berjaya membeli 10 buah novel dan lima buah komik…

' Kereta siapa tu? Tetamu papa dah sampai ke? ' tanya Aalya sebaik sahaja dia nampak kereta Audi r8 berwarna kelabu terparkir di sebelah kereta Vellfire milik keluarganya itu.

" Macam kenal kereta tu… " Kata Aayan

" Aku rasa tetamu papa dah sampai. Biar aku bawa barang-barang kau. " Kata Aayan lalu mengambil beg-beg plastik dari tangan Aalya.

Aalya tidak membantah. Dia tahu, sekiranya adiknya tegas seperti ini, sedikit pun dia tidak akan dapat membantah atau berkata-kata apa sekalipun. Adiknya boleh tahan seram…

" Thanks Yan… " kata Aalya lalu kasut adidas-nya dibuka dan diletakkan di rak kasut

Aalya jelas dengar suara gelak tawa dari ruang tamu. Kerutan di dahinya. Entah siapa yang dibawa pulang oleh ayahnya itu. Mesra sungguh nampaknya.

" Assalamualaikum… " Aalya membuka pintu rumah agam itu lalu menapak masuk

" Dah sampai pun. Lama mama dengan papa tunggu. Seronok shopping? " Sapa Puan Amanina

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now