amsyar's || 014

284 26 6
                                    

     Kaki Aalya menapak satu demi satu turun dari tangga Kolejnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Kaki Aalya menapak satu demi satu turun dari tangga Kolejnya. Tangannya ligat menekan-nekan skrin telefon bimbit tanpa menghiraukan suasana bising di sekelilingnya.

Berbalas mesej dengan jejaka idaman, siapa tidak gembira. Habis mekar satu taman bunga di dalam hati…

" Sweet… " kata Aalya lalu senyuman manis terukir di bibirnya

Bahagia? Ya, itulah perasaan gadis ini. Hatinya dibuka sepenuhnya untuk menerima kehadiran Nazrin Amsyar di dalam hidupnya. Jujur, rasa sayangnya terhadap lelaki itu lebih dari seorang kawan… lebih dari seorang abang…

Tipu sekiranya Aalya tidak tertanya-tanya, sama ada ayat-ayat manis, kata-kata gurauan yang diguna oleh Amsyar, adakah di pandangan mata lelaki itu sebagai seorang kawan, seorang adik, atau lebih?

Perbezaan umur mereka menyebabkan Aalya sendiri berkata-kata sedemikian. Dia tak nak hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Dia tidak mahu disakiti dan tersakiti sekali lagi…

" Assalamualaikum… "

Aalya yang baru sahaja menapak keluar dari kawasan kolej terhenti setelah seseorang menegurnya.

Kepalanya diangkat dari memandang skrin telefon pintar itu dan memandang susuk tubuh seorang lelaki yang mengenakan baju kemeja hitam. Lelaki yang berbadan tegap dan jauh lebih tinggi dari susuk tubuh kecik itu berdiri betul-betul di depannya.

" N-Naz…? " Kata Aalya dengan wajah terkejutnya namun senyuman masih diukirkan

" Assalamualaikum, Aalya Syahmina. " Kata Amsyar sekali lagi lalu tubuh tegap itu menghampiri diri Aalya yang masih kaku di tempatnya

Aalya memandang ke kanan dan ke kiri mencari kereta Encik Syauqi. Waktu persekolahan Aalya lebih panjang. Setiap hari, dia akan pulang pada pukul 3 petang jauh lebih lewat dari waktu persekolahan di sekolah ayahnya,  Mereka pulang pada pukul 1 tengahari. Oleh yang demikian, Encik Syauqi sendiri yang akan mengambil Aalya pulang dari kolej.

" Waalaikumussalam Cikgu Nazrin Amsyar. " Balas Aalya dan diselitkan ketawa kecil setelah melihat wajah ketat milik Amsyar

Amsyar tidak seberapa gemar Aalya memanggilnya ' Cikgu '. Cukup-cukuplah dia digelarkan sebegitu di sekolah. Lagipun, Aalya bukan anak muridnya.

" Kan saya dah cakap- " kata Amsyar namun pantas dipotong oleh Aalya

" Saya gurau je. Awak ni, serius sangat. " Alatan mencebik. Bibirnya dijuihkan agar dia tampak sedang merajuk

Amsyar hanya tersenyum kecil melihat kelakuan anak-anak Aalya yang sudah besar panjang itu.

" Jom. Saya bawa Aalya balik harini. " Kata Amsyar lalu pintu kereta Honda Civic 1.5E hitam itu dibuka

Membulat mata Aalya memandang Amsyar. Sudah acap kali lelaki itu menjemputnya.

" Aip! Masuk dulu baru nak tanya saya beribu-ribu soalan. " Kata Amsyar

Alahai hanya akur dan badannya dibawa masuk ke dalam kereta mewah itu. Badannya yang penat disandarkan di kusyen yang jelas selesa.

Amsyar masuk ke tempat pemandu dan tali pinggang keledar dikenakan. Matanya pula memandang ke arah Aalya yang memejamkan matanya dengan rapat.

" Penat? Hm? " Tanya Amsyar dan mata bulat itu terbuka lalu senyuman kecil diberikan

Amsyar yang memahami akan maksud senyuman itu sekadar memandang wajah penat gadis kesayangannya itu. Kalau bukan disebabkan Aalya bukan mahramnya, sudah lama dia mengusap pipi gebu itu. Tambahan pula sudah pasti sebuah kucupan hangat akan diberikan di dahi mulus itu sebagai tanda sayang.

" Kita pergi makan dulu boleh? Jangan risau, saya dah minta izin Encik Syauqi nak bawa awak keluar harini. " Kata Amsyar lagi

Amsyar mendekatkan badannya dengan Aalya lalu tali pinggang di kerusi penumpang ditarik sebelum dipasangkan. Biarlah gadis kesayangannya itu berehat buat seketika…

Amsyar membaca bismillah sebelum kakinya menekan pedal kereta lalu kenderaan itu dipandu dengan perlahan agar Aalya dapat berehat dengan lama sebelum mereka tiba di destinasi yang seterusnya.

Tanpa Amsyar sedar, Aalya hanya membiarkan sahaja. Jantungnya usah dikata, dup dap… dup dap…











━━━━━━










     " Aalya, we're here… " kata Amsyar lalu tali pinggang keledarnya dibuka

Tiada respon diberikan oleh Aalya membuatkan Amsyar memandang wajah polos itu.

" Penat sangat ke ni… " kata Amsyar

Tangan kekar itu dibawa naik ke kepala si gadis yang tertutup dengan tudung lalu diusap sedikit. Sayang… ya, dia sayangkan gadis ini. Rasa sayang yang telah berputik membuatkan Amsyar ingin menjadikan Aalya suri hati dalam dirinya buat selama-lamanya.

Namun dia sendiri tidak tahu akan apa perasaan gadis ini. Rasa cinta dalam dirinya dikuburkan dan tidak sesekali dibahaskan.

Setelah Amsyar memberi nombornya kepada Aalya, mereka seringkali berbual di aplikasi WhatsApp.

" Aalya… " kepala gadis itu masih diusap

Diikutkan hati, dia ingin menghantar Aalya pulang ke rumah, namun dia ingin meluangkan masa dengannya.

" Aalya… sayang… " ucap Amsyar

Tubuh kecil itu mula bergerak-gerak. Kerutan jelas di dahi membuatkan Amsyar leka memandang wajah polos yang membuat memek muka cemberut itu. Marah barangkali akibat tidurnya diganggu.

" Umm… " rengekkan kecil keluar dari bibir gadis itu kepala yang dilentok ke sana ke sini akhirnya jatuh di atas lengan Amsyar

Terkejut dirinya tatkala kepala kecil milik Aalya kini elok disandarkan di atas lengan miliknya. Dia sendiri tidak sangka gadis itu akan bersikap begini.

" Sayang nak abang hantar balik ke ? " Tanya Amsyar, kot kot Aalya separuh sedar

" Hm… " balas Aalya

" Sayang abang ni penat ye? Nak rehat? " Tanya Amsyar lagi yang semakin melebar senyumannya

" Balik… " ujar Aalya dengan sedikit rengekkan

Amsyar ketawa kecil lalu sebuah bantal kecil di kerusi belakang diambil lalu kepala Aalya disandarkan kemas di atas bantal itu.

Amsyar keluar dari kereta lalu membuka pintu di sebelah dan kerusi penumpang itu dilaraskan agar Aalya dapat baring dengan selesa.

Amsyar kembali ke tempatnya sebelum matanya sekali lagi memandang ke arah Aalya yang semakin lena.

" Tidur lena, Adiratnaku. "









-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Saya tahu agak pendek… author kamu takde idea 😭😭 gimme some time and I'll be back with the BOOM chapter!! Thanks for reading btw !! Love yaaaa ❞

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now