amsyar's || 012

268 26 8
                                    

     " Terima kasih cikgu, sudi hidangkan kami pelbagai juadah untuk hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Terima kasih cikgu, sudi hidangkan kami pelbagai juadah untuk hari ini. " Kata Amsyar lalu mengalami tangan Encik Syauqi

" Perkara kecil je, Amsyar. Bukan selalu pun. " Kata Encuk Syauqi lalu menepuk bahu anak muda di depannya

Aalya berdiri di samping Puan Amanina. Mukanya ketat sejak petang tadi. Pertemuannya dengan Mikhael memberi tamparan hebat buat dirinya.

Semua orang perasan akan perubahan kelakuan Aalya namun tidak ada sesiapa pun yang berani bertanya.

" Yan, salam cepat. " Arah Encuk Syauqi

Aayan tersengih-sengih menuju ke arah Farhan dan Amsyar lalu menyalami tangan kedua-dua cikgunya itu.

" Terima kasih cikgu, ajarkan Aayan tadi. Rasa macam dah pandai! " Katanya

" Lain kali jangan buat kerja sekolah tu hujung hujung waktu. " Pesan Amsyar lalu kepala Aayan diusap

Bukan main manja Aayan. Almaklumlah, dia mana ada abang sulung, jadi perangai makin menjadi-jadi bila berhadapan dengan Amsyar dan Farhan. Habis disimpan segala kelakuan buruknya.

" Oh, aunty terlupa, sekejap ye! " Kata Puan Amanina lalu menuju ke dapur

Encik Syauqi menghantar Amsyar dan Farhan sehingga ke muka pintu. Farhan masuk ke dalam kereta bagi menghidupkan enjin keretanya terlebih dahulu.

Aalya hanya hanya mengikuti dari belakang sekadar mampu menundukkan mukanya.

" Adiratna. "

Kepalanya didongakkan ke atas, memandang mata coklat gelap yang tertumpu ke arahnya. Amsyar mengukirkan senyuman tatkala.mata bulat itu tepat memandang wajahnya. Suka… itu apa yang dirasai.

" Y-Ya saya…? " Tanya Aalya

Amsyar mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya lalu diberikan kepada Aalya. Aalya mengambilnya lalu lipatan kertas itu dibuka.

" Nombor siapa ni? " Tanya Aalya

" Nombor telefon saya. Kalau Aalya sudi, simpanlah. Mana tahu, tahu hari nanti, kita boleh berbalas mesej sepanjang masa. " Kata Amsyar

' Saya? Tadi panggil diri sendiri abang. ' kata Aalya di dalam hati

Aalya mendongak lalu senyuman diukirkan.

" Okay. Terima kasih. " Balas Aalya. Senyuman manisnya ditunjuk dan tanpa dia sedar, lesung pipit di kedua-dua belah pipinya terserlah

' Indahnya ciptaan mu ini Ya Allah… ' kata Amsyar di dalam hati. Sungguh dia tidak akan pernah jemu menatap wajah Aalya, gadis yang berjaya membuka pintu hatinya

" Naz, jom. " Panggil Farhan

Tepat pada waktu itu, Puan Amanina keluar membawa sebuah beg kecil lalu diberikan kepada Amsyar.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now