" Thank you, class! "" Thank you, Mr Lau! "
Aalya yang tadinya berdiri terus terduduk di atas kerusinya. Keluhan berat dilepaskan, dia langsung tiada tenaga untuk meneruskan hari-harinya.
Kepalanya berdenyut-denyut. Nafasnya juga sesak. Sejak pertemuan dengan Mikhael tempoh hari, diri Aalya kini tidak keruan.
" Hey Aalya. Are you okay? You look moody all day. "
Aalya mendongak, memandang kawan kelasnya, Ian yang selalu ambil berat mengenai dirinya.
" I'm all fine. Thanks for asking. " Kata Aalya lalu beg galasnya diambil
" We are going to watch a movie after this. Wanna join? The more the merrier. " Pelawa Ian namun Aalya menolak
Apa yang dia tahu sekarang ini, dia nak balik. Balik!
Alya melangkah longlai keluar dari kelas. Punyalah dia sanggup tunggu sehingga semua rakan-rakan kelasnya keluar terlebih dahulu. Dia mahu jadi orang yang terakhir.
" Aalya… "
Badannya diberhentikan dan kepalanya tertoleh ke belakang.
" Jenuh I cari you. "
Keluhan berat dilepaskan.
" Yes Iz. Is there anything you want to tell me? " Tanya Aalya
Menyampah pun ada buat masa ini. Sudahlah dia nak balik awal. Ada pula yang mengganggu perjalanan pulangnya itu.
" Jomlah, kita jalan ke pagar sama-sama. Nanti I bagitahu you apa yang I nak cakap. " Kata Iz
Aalya hanya akur. Penat dia nak balas apa-apa.
" Sabtu ni you sibuk ke? " Tanya Iz
" Tak pasti lagi. Kenapa? " Tanya Aalya
" I nak ajak you keluar… "
Mata Aalya terus memandang Iz yang berada di sebelahnya. Buang tabiat ke apa mamat ni?
" Jangan salah faham. Bukan date tapi I ada benda nak bincang untuk program kita yang akan datang. Dekat kolej, susah juga kita berdua nak berjumpa. " Terang Iz
" Mesej atau melalui telefon tak boleh? " Tanya Aalya
" Boleh, tapi lebih baik bersemuka kan? " Balasnya
Aalya terdiam seketika. Nak ke tak nak?
" Nanti I tengok balik jadual I. Kalau ada masa kosong, I bagitahu. " Balas Aalya
Dia perlu fikir secara profesional. Ini hal kerja, bukannya hal cinta cinta monyet.
" Cool! I can't wait to get your answer. " Kata Iz dengan teruja
YOU ARE READING
nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱
RomanceNazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal dengan Aalya Syahmina. Kalau dia katakan ya, itulah penghujung katanya. Kalau dia inginkan sesuatu...