amsyar's || 002

362 33 5
                                    

    " Aku tak rajin lah Vic

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


    " Aku tak rajin lah Vic. Kau ajaklah abang aku tu!! " Suara rengekkan seorang lelaki jelas kedengaran di setiap sudut rumah teres dua tingkat itu

" Dia bapak singa, kau ingat aku berani ke nak ajak? " Balas lelaki yang dipanggil 'Vic' sebentar tadi

Tap Tap Tap

Bunyi derapan kaki turun dari tangga menyebabkan dua jejaka tampan itu terus terdiam. Belum nampak muka, bayang, apatah lagi.

" Korang gaduh apa? Sampai ke bilik aku, aku dengar? " Tanya Amsyar

Amsyar? Ya, dialah Nazrin Amsyar, jejaka berumur 26 tahun yang mengambil jurusan perguruan. Siapa tak kenal dengan jejaka yang tampan lagikan hangat di universiti. Sebut sahaja namanya, pasti setiap seorang mahasiswa mahupun mahasiswi di universiti kenal akan gerangan lelaki tampan ini.

" Vic nak ajak kau- " kata Farhan sebelum mulutnya ditekup. Kepala Victor digeleng beberapa kali, memberi arahan kepada Farhan untuk mengunci mulutnya

" Kau nak ajak aku pergi mana, Victor Daniel? " Tanya Amsyar dengan nada tegas lalu matanya tajam memandang ke arah lelaki yang tua dua tahun darinya itu.

" Pergi gym lah, mana lagi. Kalau aku nak ajak adik kembar kau ni, sampai aku dikuburkan pun takkan dapat. " Kata Victor yang berterus-terang

Amsyar mengukirkan segaris senyuman.

" Bagi aku sepuluh minit. Nanti aku ikut kau. " Balas Amsyar sebelum kakinya dibawa ke arah dapur

Victor dan Farhan memandang ke arah satu sama lain. Tidak percaya dengan kelakuan Amsyar yang cepat berubah seperti cuaca di Malaysia. Sekejap panas, sekejap hujan.

" Asal angin dia baik tu? " Tanya Victor kepada Farhan, yang merupakan adik kembar Amsyar

" Manalah aku tahu. Kau ingat aku boleh baca otak dia ke? " Bidas Farhan

" Kau kan kembar dia. Takkan tak tahu kot? Ish, takkleh harap betullah mamat ni. Sebab tu single. " Kutuk Victor sebelum lari naik menuju ke biliknya

" KAU PUN SINGLE LAH GILA!! " Balas Farhan dengan amarah yang membuak-buak


━━━━━━

" Kau drive ke, aku drive? " Tanya Victor kepada Amsyar

" Kau. " Balas Amsyar sepatah sebelum terus masuk ke tempat penumpang

Victor yang tak sempat nak membela diri terus pasrah lalu kakinya menapak masuk sebelum enjin kereta dihidupkan.

' Aku ye ye nak rehat. Tak pasal-pasal aku pulak kena drive. ' omel Victor sebum mula memandu

Seperti biasa, suasana antara Victor dan Amsyar akan sunyi sepi. Walaupun tinggal serumah dan sudah berkenalan lama. Namun, Amsyar dan Victor tidaklah serapat yang dijangka.

Amsyar lebih suka berseorangan dan buat kerja sendiri tanpa bergaul dengan orang ramai. Namun lain buat Victor dan Farhan, mereka lebih terbuka, ini menyebabkan Victor lebih rapat dengan Farhan berbanding Amsyar.

" Kau, sibuk ke sejak dua menjak ni? " Tanya Victor memulakan kata

Kalau tidak, sampai balik gym nantilah mereka akan sunyi sepi ibarat masing-masing bisu.

" Haah. " Balas Amsyar sepatah

" Budak-budak nak SPM dah kan? " Tanya Victor lagi

" Yep. " Balas Amsyar lagi

" Esok kau ada rancang nak pergi mana-mana tak? " Tanya Victor lagi, cuba menjadi mesra, semesra alam

" Takde. " Balas Amsyar

" Kau nak balik pukul berapa ni? " Tanya Victor lagi

" Sebelum Maghrib. " Balasnya

Kemudian, Victor memilih untuk diam. Lagi banyak soalan dia tanya, lagi sakit hatinya dengan jawapan Amsyar yang sepatah sepatah itu.




━━━━━━



" Welcome bro! Dah lama kau tak datang! " Sapa seorang lelaki berbadan ketak yang menunggu di kaunter yang terletak di hadapan pintu gym

" Sorry lah, aku sibuk sejak dua menjak ni. " Jawab Victor

" Bakal cikgu katakan. Biasalah, aku faham. " Balas lelaki tadi

Kemudian, lelaki itu memandang ke arah Amsyar yang hanya diam dan bermain dengan telefon pintarnya

" Sihat, Amsyar? " Tanya lelaki tadi, kalau tak tegur nanti, dikatakan sombong pula

" Sihat, Alhamdulillah. " Balas Amsyar sebelum kakinya menapak masuk ke dalam gym yang agak besar itu

Lagi lama dia tunggu ketibaan Victor yang memang mulut ramah itu, lagi lewatlah dia akan balik ke rumah.

Amsyar sangat gemar aktiviti bina badan. Sekiranya dia bosan mahupun stres, di sinilah lubuknya melepaskan segala amarah dan penatnya. Badan usah dikatakan.

Abs? Tak perlu tayang pun, sudah tahu pasti dia ada...

" Ehem. "

Satu suara manis kedengaran di belakangnya. Amsyar yang baru sahaja selesai meletakkan barangnya di loker terus memusingkan badannya ke belakang.

" Hye handsome guy. I need some space to take my belongings. " Kata gadis itu sebelum kenyitan diberi

Amsyar melangkah ke tepi, memberikan gadis tadi ruang namun gadis itu sengaja melanggar lengan Amsyar yang tidak berbalut. Almaklum, dia hanya mengenakan baju t-shirt berlengan pendek.

" Ups, sorry. By the way, nice skin. " Katanya lagi dengan nada menggedik

Amsyar hanya mampu menahan amarahnya. Matanya memandang tajam ke arah gadis yang berpakaian ketat lagikan seksi itu.

" Handsome, may I have your phone number? " Tanya gadis itu dengan berani

" 012-3456789 " balas Amsyar

" I'll call you. See ya~ " balas gadis tadi sebelum flying kiss diberi

Amsyar tersenyum sinis…

" Desperate " Kata AMSYAR sebelum menuju ke bahagian utama Gym





-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Well well, nampak hot kan Amsyar?? Biasalah, laki saya heheheheh 👀 ❞

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now