Awal-awal pagi lagi Aalya dah berdiri terpacak di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Tangannya membawa nasi goreng, sarapan yang dimasak oleh ibunya pagi tadi.
Setelah apa yang terjadi semalam, Aalya tidak dapat tidur lena. Amsyar di mesej, Farhan di mesej, Victor di mesej. Namun hanya Victor yang membalas mesejnya. Kata Victor, dia tiada hak untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Lagi-lagi apabila perkara itu mengenai keluarga Amsyar dan Farhan.
Disebabkan itu, Aalya memilih untuk menyinggah di rumah teres ini. Untuk mengetahui perkara sebenar.
“ Aku harap semuanya baik-baik saja. “ kata Aalya
Belum sempat dia menekan loceng, pagar automatik rumah itu terbuka.
“ Aalya? “
Rambut basah lelaki yang menapak keluar dari rumah itu dipandang.
“ Kenapa datang sini? Seorang? “
Tanya lelaki itu tatkala dia baru perasan, hanya gadis itu berada di situ tanpa ditemani sesiapa
“ Vic, I nak jumpa Naz. “ kata Aalya dengan wajah yang sangat risau
“ Tapi- “
“ Please… I’m worried and I can’t sleep for the whole night, thinking about it. “ kata Aalya
Victor hanya mampu mendiamkan diri. Bukannya dia tidak ada hak untuk membenarkan Aalya masuk ke dalam, namun dia rasa ini bukan masa yang sesuai.
“ A-Amsyar dia... dia... “ Victor cuba mencari alasan
Muka gadis itu tertunduk ke bawah.
“ Kalau dapat tengok muka dia pun dah cukup. I cuma nak tenangkan hati I. Selagi I tak dapat nak tahu keadaan dia, I takkan dapat duduk diam. “ pujuknya lagi
Victor rasa serba-salah. Dia tersepit di antara dua belah pihak.
“ Masuklah. Kalau you ada dengar apa-apa, pekakkan telinga. “ pesan Victor
Aalya berterima kasih sebelum dia menapak ke dalam rumah itu dan diikuti oleh Victor dari belakang.
Matanya disambut dengan kehadiran Farhan dan Amsyar yang bertekak di tangga rumah itu. Victor hanya mendiamkan diri.
“ Berapa kali aku dah pesan dengan kau, jangan jejakkan lagi kaki dekat rumah tu! Kau tak faham ke, Naz? “ marah Farhan
“ Apa yang kau dapat pergi sana? Dapat kasih sayang dia? Tak kan! Cukuplah seksa diri kau dekat orang yang tak pernah ambil kesah pasal kau! “ sambung Farhan
“ Dia ayah kita, Han. Darah dia mengalir dalam diri aku, diri kau! Hormat aku masih ada pada dia. “ kata Amsyar
Farhan menggelengkan kepalanya. Penat…
“ Kau tak rasa apa yang aku rasa sebagai anak sulung. Semua benda akan jadi beban dekat bahu aku. Aku yang ambil tahu pasal keluarga, bukan kau. Aku banyak saksikan semuanya, bukan kau.“ balas Amsyar dengan suaranya yang juga sama tinggi dengan Farhan
YOU ARE READING
nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱
RomanceNazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal dengan Aalya Syahmina. Kalau dia katakan ya, itulah penghujung katanya. Kalau dia inginkan sesuatu...