“ I need an explanation. “ Kata Aalya. Matanya tajam memandang jejaka yang berada di depannya itu.
“ And I need explanation too. “ Kata Amsyar yang tidak mahu kalah
Tangan kecil gadis itu disilangkan di dada. Matanya dikecilkan memandang anak mata gelap jejaka itu.
“ Naz, sata tak main-main tau. Kalau Han tak pergi rumah Abi semalam. Muka awak tu lagi teruk lebamnya dari sekarang. “ Kata Aalya dengan wajah risau
Amsyar melepaskan keluhan. Ya, hujung bibirnya pecah tatkala tumbukan yang diberikan oleh Abi. Benar kata Aalya, kalau Farhan tidak datang semalam, mungkin bukan hanya tumbukkan yang dia akan dapat. Mungkin lebih lagi.
“ Apa yang awak dah tahu dari Han? Saya tak nak panjangkan cerita. “ Kata Amsyar. Bukan dia tidak tahu, sudah pasti sama ada Farhan atau Victor akan melaporkan segalanya kepada Aalya ibarat seorang wartawan yang tak bergaji.
ꕀ
Ting Ting
Pintu cafe itu dibuka dan Aalya menapak ke dalam. Beberapa staf di situ memberikannya senyuman dan ada yang siap menyapa dan bertanya khabar.
Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia datang ke situ. Masakan mereka tidak mengenalinya. Pelanggan tetap katakan.
“ Assalamualaikum… “ Sapa Aalya lalu duduk di kerusi yang bertentangan dengan Farhan
Matanya terarah pada kesan lebam yang mulai keunguan di pipi kanan lelaki itu. Dahinya berkerut.
“ I dah tahu apa tujuan Naz pergi rumah Abi. “ Kata Han secara terus tanpa menjawab salam yang diberi
Sebaik sahaja nama lelaki kesayangannya diutarakan, Aalya terus memberikan sepenuh perhatian kepada jejaka itu.
“ Apa jadi? “ Tanya Aalya
“ Naz pergi sana lepas Abi call dia dan dia sendiri setuju. “ Kata Farhan memulakan cerita
“ Masa Naz pergi sana abi bagi Naz dua pilihan. Pilihan pertama Naz kena tolong abi rujuk semula dengan umi but Naz taknak sbb umi dah ada ayah lagipun Naz tahu apa sebenarnya tujuan abi nak umi semula. “ Kata Farhan. Walaupun Aalya tidak seberapa faham akan apa yang dikatakan oleh Farhan, namun dia cuba menangkap seberapa informasi yang boleh
“ Apa pilihan yang kedua? “ Tanya Aalya
Jeda… Farhan mendiamkan diri…
“ Han…? “ Panggil Aalya setelah terlalu lama jejaka itu mendiamkan diri
“ Pilihan yang kedua tu lebih baik kalau you yang tanya Naz sendiri. Masa diorang bincang pilihan kedua tu I dah sampai dekat situ. Perbincangan itu tak diteruskan tapi I tahu apa yang bakal Abi beritahu dia. “ Kata Farhan
YOU ARE READING
nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱
RomanceNazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal dengan Aalya Syahmina. Kalau dia katakan ya, itulah penghujung katanya. Kalau dia inginkan sesuatu...