amsyar's || 019

160 13 1
                                    

     Seminggu juga dia tak bersua-muka dengan kekasih hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Seminggu juga dia tak bersua-muka dengan kekasih hatinya.

Rindu? Gila tak rindu. Boleh meroyan dibuatnya.

“ Dekat sini tak ada makanan, minuman high class macam dekat hotel. “ kata Amsyar lalu dia meletakkan segelas air coklat dengan sepiring kuih karipap di atas meja kantin itu.

“ Inilah makanan yang saya makan selama lima tahun dekat sekolah ni dulu. “ kata Aalya lalu ketawa kecil

Dia mula menyedut air coklat kaw itu. Perghh… penangan mak cik kantin memang takkan ada chef lain yang boleh lawan!

“ Dah lama tak rasa masakan makcik kantin. Rasa dia masih sama lah! “ kata Aalya dengan teruja lalu dia masih menyedut air coklat itu

Amsyar hanya tersenyum, memandang gelagat keanak-anakkan yang ditonjol oleh Aalya.

“ Kenapa awak tak pergi mesyuarat dekat bilik guru tu? “ tanya Aalya

“ Adiratna saya datang. Kenapa saya nak dahulukan perkara yang bukan menjadi keutamaan saya sedangkan dialah yang pertama dan yang utama. “ kata Amsyar dengan senyuman yang mekar di bibirnya

Tersedak!

“ Naz, jangan main-main lah. “ kata Aalya dengan wajah yang mulai cuak

Mana tidaknya, kalau betul Amsyar buat kerja gila macam tu! Habis reputasinya sebagai seorang guru!

“ Mana ada saya main-main. Betul lah, dia yang pertama dan yang utama. “ kata Amsyar, masih dengan sengihan di bibirnya

“ Nazrin Amsyar Nazri Shah! “

Amsyar tergelak. Terpapar giginya yang tersusun rapi.

“ Saya gurau sajalah. Mesyuarat tu untuk cikgu-cikgu tetap dekat sini. Saya kan hanya guru praktikal. “ jawab Amsyar

“ Bila awak nak habis praktikal dekat sini? Mesti nanti papa offer awak kerja dekat sini. “ kata Aalya

“ Tak juga. Semuanya berdasarkan markah, peperiksaan dan pihak kementerian pendidikan. Kalau saya praktikal dekat sekolah swasta memang semuanya berdasarkan sekolah itu. Ini, saya banyak berkait dengan pelbagai pihak. “ kata Amsyar dan Aalya mengangguk perlahan. Mana tidaknya, dia bukannya belajar dalam bidang perguruan.

“ Kesian lah Aayan. Dia suka awak. “ kata Aalya. Amsyar yang sedang minum air tersedak dibuatnya

“ Maksud saya, suka awak sebagai seorang abang. Dia mana panggil awak Cikgu dah kan. “ kata Aalya

Amsyar hanya mengangguk. Boleh kena serangan jantung tadi.

“ Jangan risau, Aayan masih normal, fizikal, mental, hati dan perasaan. “ kata Aalya sebelum terkekeh-kekeh dia gelak

“ Rezeki Allah itu luas Aalya. Rezeki bukan hanya datang dari bentuk duit. Manusia, situasi, perasaan, cuaca, semuanya boleh menjadi rezeki kita. “ kata Amsyar

“ Rezeki saya dapat jadi guru praktikal dekat sini. Rezeki saya dapat mengajar Aayan dan rezeki saya dapat berkenalan dengan awak. Dan akan menjadi satu rezeki terbesar saya kalau saya dapat memiliki awak di dunia dan di akhirat. “ sambungnya

Aalya terdiam sejenak. Apakah benar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Kalau benar, mengapa dia tidak pernah berterus-terang mengenai perasaannya. Kenapa semua ayatnya, ayat kiasan?

Suasana diam antara Aalya dan Amsyar. Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki laku di belakangnya.

“ Vic. “ sapa Amsyar dan dia sekadar mengangkat tangannya

Aalya menoleh meandang lelaki tinggi yang berbaju kemeja biru gelap yang duduk di meja kantin selang dua dengan mereka.

“ Cikgu Victor? “ tanya Aalya dan Amsyar mengangguk

Aalya masih memandang Victor yang sibuk menanda buku-buku anak-anak muridnya.

“ Kenapa awak tenung Vic macam tu? “ tegur Amsyar

“ Saya tak pernah nampak dia pun selama saya kenal awak. Tapi Aayan selalu juga sebut yang dia tu kawan awak. “ kata Aalya

“ Kawan. Lebih lagi saya anggap dia macam abang saya sendiri. Victor Daniel, tua dua tahun dari saya. “ kata Amsyar

“ Tapi dia lagi rapat dengan Farhan berbanding saya. “ katanya lagi

“ Dia ajar apa? “ tanya Aalya

“ Bahasa Melayu tingkatan satu, dua dan tiga. Dia pun salah-seorang guru kaunseling dekat sekolah ini. “ jawab Amsyar

Aalya hanya mengangguk.

“ Dia nampak macam tak ramah je. Awak tegur tadi pun dia angkat tangan je. Orang jawablah sikit ke, tegur ke. “ kata Aalya dengan nada tidak puas hati

“ Lelaki dengan perempuan lain. Kami tak kesah. Lagipun, Vic memang terkenal dengan nama ‘Mr Arrogant’ dekat universiti. Bak kata orang, personaliti dia tu ‘red flag’ “ katanya lagi

Aalya mengangkat keningnya tatkala panggilan ‘Mr Arrogant’ dan ‘Red flag’ muncul dari mulut Amsyar. Tergelak kecil dibuatnya.

“ Saya tak buat lawak. “ kata Amsyar

“ Awak memang tak buat lawak tapi saya rasa lawak. “ kata Aalya

Aalya masih memandang Victor yang dari tadi serius mukanya.

“ Nampak seronok pula kalau nak berkenalan dengan dia. “ kata Aalya. Terbeliak mata lelaki itu dibuatnya

“ Jangan dekat dengan Vic. Dia bukan macam lelaki lain. Saya tak nak awak terluka dengan kata-kata dia. “ kata Amsyar

“ Terluka? Naz, saya ni bukan macam gadis lain yang senang sangat nak tercalar hatinya. Kalau setakat kasar sikit, bukan satu hal lah. “ kata Aalya

Senyuman sinis diberikan oleh Aalya. Kalau benar ramai gadis tidak berani dekat, tidak berani menegur dan mudah terluka dengan kata-kata lelaki itu, biarlah dia buktikan bahawa dia mampu menangani semuanya.

C’mon, ini Aalya lah! Tak mudah takut dan takkan mudah gentar!








-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Bak kata orang, jangan tuang minyak di atas api yang marak. Tapi Aalya nampaknya nak mencuba. Kita saksikanlah apa yang akan berlaku nanti. ❞

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now