Duak puloh tujoh
Seminggu kemudian selepas tamat peperiksaan, waktu balik kelas luar sidang
Orang suruh turun dia gedik-gedik nak naik ke atas. Eh kalau aku sama umur dengan dia, memang aku beri jugak pelangkung kat sana. Er... tentang pelangkung tu aku gurau je. Aku meneruskan langkah melalui susur gajah menuju ke pondok sekolah.
Tapi... serius geram sungguh dengan senior pagi tadi. Tahulah dia lelaki aku tak berani nak berlawan cakap sangat, tapi sungguhlah hormat la aku sebagai junior. Bukannya aku sepak terajang dia pun. Bunyi bercakap dengan aku macam nak ajak bergaduh aje. Nasib baiklah aku ni banyak punya sabar. Kalau tak memang berasap satu sekolah.
Mentang-mentang aku seorang je kat situ masa tu dia boleh tunjuk belang? Allahu Akbar... Ya Allah, kurniakanlah kesabaran kepada hamba-Mu ini...
Tengah aku terkumat-kamit mengingatkan perkara masa rehat pagi tadi, kepala aku terlanggar sesuatu.
Auch...
Aku sentuh dahi aku dengan tangan.
Sakitnya... Terlanggar tianglah pulak. Memalukan sungguh. Lagi memalukan apabila ada orang nampak. Dan orang itu ialah Adma. Ahh!
Adma toleh depan balik. Aku telan air liur yang terasa kelat. Allahu Akbar, sungguhlah. Malunya aku... Agaknya muka aku jadi macam monyet beranak gajah tak tadi?
"Eheheh..." Aku gelak untuk hilangkan rasa awkward. "Sorry Adma." Nampak kau tadi terus aku rasa nak melompat tengah-tengah pekan. "Serius tak perasan kau tadi." Eh kenapa aku pulak minta maaf ni.
Aku auto gelabah bila Adma menoleh sebab aku nampak mata dia merah. Macam baru lepas menangis. Erk?Lelaki... menangis...
"Sikpa." Dia cepat-cepat kalihkan muka ke arah lain. Mungkin sebab tak nak aku tahu dia menangis. Tak lama kemudian dia tundukkan kepala dan sekejap-sekejap toleh ke kanan dan ke kiri. Macam tengah cari sesuatu.
Ah Adma... Ni mesti dalam masalah ni. Selalunya dia orang yang cool dan tenang. Tapi tiba-tiba hari ni perangai dia lain.
Even aku nampak mata dia merah tadi, aku buat-buat tak tahu apa-apa. Apa yang aku nak buat sekarang ialah tolong dia cari sesuatu tu. "Cari apa?"
Adma tengok aku sekejap sebelum dia tunduk balik. "Am... ta... tadi... aa, kau nampak... ada nampak tak kertas A4 kat sini tadi?" soalnya gagap.
Aku meliarkan pandangan sehinggalah pandangan aku tiba di tepi longkang sebelah aku. "Yang tu ke?" Aku tunjuk dengan ibu jari.
Adma terus toleh kepala tengok arah jari aku tunjuk. Ada beberapa helaian kertas putih yang dikepil dengan ubat stapler terdampar di atas rumput hijau yang baru ditebas. "I guess."
Setelah pasti tu kertas Adma, aku meluru ke sana untuk ambil kertas tu. Tiba-tiba beg aku ditarik dari belakang menyebabkan aku terundur sedikit. Aku toleh belakang dan terkejut, Adma tarik beg aku.
"Takpe takpe, aku ambik sendiri." Eh, dah kenapa?
"Takpe ke? Aku dekat lagi nak ambik." Aku kalau mampu, memang akan tolong. Lagipun semata-mata kertas, aku tak kisah.
Adma tak beri respon buat beberapa saat. Dia hanya merenung kertas tu lalu mengeluh macam orang kecewa. "Ambiklah."
Aku pandang dia dengan mata tak berkerdip. Adma jarang mengeluh. Pagi tadi dia cheerful aje dengan geng dia yang lain. Tapi kenapa tiba-tiba masa balik ni dia nampak lain macam je?
YOU ARE READING
Buih di Awangan ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘋𝘈, 2022 "Sumpah... kalau nak masuk aliran Sains tulen, kau kena kuat mental dan fizikal. Kena kuat struggle, kena kuat dengar cikgu pressure kau sebab duduk kelas depan dan yang paling penting kena banyak berkorban kalau nak...