48 : Lelaki Limited

46 9 3
                                    




Empat puloh lapan


Psst... baca chapter ni sambil dengar lagu atas tu ;) 

Suasana di pondok ilmu petang ini mendamaikan. Ayah sibuk hari ni jadi aku stay back terus sejak habis kelas tengah hari tadi.

Athirah, budak 4KAA sedang duduk depan aku sambil menongkat kepala dengan tangan kiri. Tangan kanannya dari tadi mengetuk hujung pen atas buku latihan petak-petak di depan dia.

"Ha! Apa senyum sensorang tu." Aku menyergah. Dia melatah 'cicah mak kau terbang' sebelum mengurut dada.

"Kau ni! Terkejut aku!" Athirah tayang muka geram.

Aku sengih. "Math kau dah siap?"

"Aku tengah marah ni kau buat lawak cekodok pulak." Hm, jelaslah tu dia masih tersangkut kat soalan kecerunan garis lurus.

"La... setakat y = mx + c tu senang ajelah. Kau boleh ni. Jangan la overthinking." Aku dah sedia nak letak jari telunjuk di atas buku Athirah, gaya nak mula mengajar. Tapi awal budak tu menarik buku dia sebelum jari aku tiba kat buku dia.

"The question I wanted to ask before wasn't this. Soalan tu dekat ms 121." Athirah membuat muka.

"Oh... jauh lagi... Dah tu, kalau kau boleh buat soalan ni, kenapa kau termenung jauh macam dah sampai ke Marikh?" Aku mengerdip mata berkali-kali.

"Astaghfirullahal'azim. Aku tengah fikir benda lain la. Aku fikir..." Kata-kata Athirah terhenti sebaik dia terpandang sesuatu di sebelah meja kami berdua. Aku mengekor arah pandangan mata dia. Apa yang dia tengok terpegun macam tengok emas jatuh dari langit?

Kehadiran Adma yang sedang bersembang riang dengan Zik mencuri perhatian. Aku menarik senyum sebelum menoleh kepala menghadap Athirah semula. "Aku tahu kau happy sebab dia ada kat situ, tapi homework kena siapkan jugak eh..."

Athirah tersengih tanpa sedar. "Dulu masa kita orang classmate, memang asyik dia aje bantai nombor 1 dalam kelas tu. Boleh kata kalau sebut je kelas 3KAA dulu, nama dialah naik kat mulut cikgu-cikgu termasuk students sekali.

Dah lah pandai, baik pulak tu. Paling jarang tengok dia marah. Kalau orang tanya dia, dia tak lokek pun share ilmu. Kalau ada anugerah 'Pelajar Cemerlang Dan Pemurah', aku rasa dialah paling sesuai dapat anugerah tu. Dia cakap dengan perempuan pun sopan aje."

"Sebab tulah kau terpikat." Aku angkat kening double-jerk. Athirah memutar bola mata ke atas. Dia menongkat wajah semula. "Susah wei nak jumpa lelaki macam dia."

Ya, Athirah suka Adma.

Aku senyum nipis sambil memerhati Adma yang kian lesap dari pandangan. "Limited."

Pandangan mata Athirah jatuh ke buku Maths di depannya. Tangan kanannya bermain-main dengan pen yang sudah ditutup mata pen. "Hm... kalau dia limited guy, kenapa kita tak nak jadi limited girl jugak?"

"Bukan senang." Aku jawab perlahan.

"Betul." Athirah senyum nipis. "Tapi entah la, aku rasa mula dari benda kecik la. Dari tutup aurat, rasa malu yang dibenarkan bila dengan ajnabi, lepas tu tundukkan pandangan... jaga ikhtilat... Kalau bual dengan lelaki pun sebab hal penting aje."

Jaga pandangan ya... Teringat dialog aku dengan Dhia masa aku tegur dia dulu.

"Kau tengok apa?" Aku pandang Dhia yang tak putus-putus tengok sekumpulan budak lelaki yang berjalan melepasi kami tadi.

"Cuci mata. Indah betul makhluk ciptaan Tuhan." Sengih Dhia melebar macam dah nak sampai ke telinga.

"Kau ni boleh tahan gatal ye? Jaga pandanganlah, mak cik." Aku dengan Dhia dah malas bertapis lagi. Dah kenal sejak kecil lagi.

"Segatal-gatal aku, gatal lagi daun keladi."

Sengih sorang-sorang aku dengar respon Dhia. Tapi itulah nak jadi wanita limited, tak boleh gatal-gatal.

"Untung siapa jadi wanita limited. Bidadari syurga pun cemburu," tambah aku.

"Kau nak?" Athirah mengangkat wajah dari bukunya. Aku senyum.

"Pasang impian je dulu."

"Niatlah sekali." Aku ketawa terhibur mendengar respon Athirah.

Suasana jeda sejenak sebelum Athirah memecah kesepian. "Kau percaya ke dengan kata orang yang kata bila kau jumpa seseorang lepas tu jantung kau berdegup lain macam... itu jodoh kau?"

Aku ternganga kecil. Angin mana pulak yang serang dia membuatkan dia tanya soalan spesies luar alam tu. "Mana aku tahu. Belum kahwin la." Aku senyum keji. "Kenapa tanya? Kau nak kata yang first time kau jumpa Adma, jantung kau berdegup rentak K-POP?"

Membulat besar mata si kawan. "Dahlah! Kita sambung buat Maths." Dia menunduk kepala.

Kantoilah dia nak cover malu tu...

Hm... Adma... banyak sungguh orang suka kat kau ya?

Aku senyum tawar.

Saya bilang sudah 3 orang. 🫡

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now