46 : Cry-baby Emo

38 9 3
                                    

Emo emo baby emo 🥹



Empat puloh enam



Dua hari selepas rumour tu tersebar, entah. Aku rasa macam hampeh habis. Semua pelajar macam kutuk belakang aku. Semua pengawas macam acuh tak acuh layan. Tanya 10 patah, diaorang jawab sepatah. Irdina dengan Sufian pun aku main aci tak nampak je dia orang. Segan ke takut, aku tak tahu nak describe macam mana. Fikiran aku kucar-kacir. Semua rasa kusut.

Tapi buat masa ni aku rasa malas nak jumpa orang.

Aku berjalan pergi blok Rimajala, melepasi bilik cetak dan beberapa pelajar lelaki.

"Wei... tu Kak Ainiy. Yang kat kertas tu kata."

"Betullah tu. Dia kelas 4 Sains 1."

"Penolong Ketua Pengawas kut... berani betul kakak tu buat macam tu."

Aku tolehkan kepala ke belakang. Tak sempat tengok muka budak-budak lelaki tadi tu. Diaorang masuk bilik cetak sebelah bilik kaunseling. Kalau tengok dari belakang diaorang form 3 kut. Huh...

Sabar Ainiy, sabar. Nanti lama-lama hilanglah rumour tu. Aku hadapkan balik kepala ke depan.

Langkah kaki terhenti.

Alif.

"Ikut aku pergi bilik kaunseling."

🫧

"Cikgu ada kat luar. Kita bukan berduaan." Alif menutup pintu bilik privasi tempat cikgu buat kaunseling dengan anak murid.

Aku menggigit bibir. "Pintu tu biar bukak sikit." Alif menjuling mata ke langit namun dia tetap ikut cakap aku.

"Kenapa nak jumpa aku?" Tubuh Alif yang tegak berdiri depan pintu dipandang atas bawah.

Alif beri pandangan mencerun. "Dah tahu pun tanya lagi? Sejak bila kau bengap sangat ni."

"Apa kau kata?" Aku yang duduk kat sofa tadi terus berdiri.

"Kan aku kata hari tu. Yang kau terima bunga dari budak tu kenapa?! Tengok apa dah jadi ni! Rosak nama pengawas!" Dia talakan jari telunjuk tepat depan hidung aku.

"At least aku beri kau kan bunga tu! Benda dah jadi apasal kau nak marah lagi?!" Dia tinggikan suara, aku pun tinggikan suara jugak.

Aku paling paling paling tak suka bila orang salahkan keadaan di mana benda tu dah berlalu dah pun. Masa bukannya dapat dipatah balik. Dia marah macam Hulg tu macamlah aku dapat pergi ke masa Hamzah beri bunga hari tu dan reject bunga tu.

"Salah kaulah layan budak tu. Padahal perempuan. Orang jual mahallah. Ni tak... tergedik-gedik. Kalau kau tak layan benda ni takkan berlaku. Bod*h sungguh."

Pandangan aku dari wajah Alif jatuh ke lantai. Lidah kelu.

Bo... d*h...?

"Kalau difikir semula, kau tak layak jadi Penolong KP ni. Once kau buat salah, semua orang notice. Lain kali ingat sikit diri tu sandang jawatan tinggi. Ni tak, buat macam otak letak kat buku lali."

Bunyi pintu dibuka luas dan ditutup kedengaran. Aku angkat muka perlahan. Betul... Alif dah keluar dari bilik.

🫧

Ni dah kali ke berapa kau buat aku rasa nak benam je kau masuk longkang belakang jamban. Kut ye pun kau nak tegur, bahasa tu sila tapislah sikit. Ada dengar ustaz ustazah ajar Pendidikan Islam mencarut-carut macam tu?

Betul la sekarang aku rasa tak nak je jumpa siapa-siapa lepas ni.

"Juliana, nak mintak tolong awak boleh?" Juliana, kelas 4C menoleh dan memusingkan badan ke belakang menghadap aku.

Kening sebelah diangkat.

"Saya time rehat ni ada something kena urus. Awak tolong tengok-tengokkan pengawas lain boleh tak? Nanti kalau ada pengawas tak bertugas, tolong inform kat saya ye?"

"Ok."

Aku berlalu pergi setelah ucapan terima kasih. Aku rasa tempat paling suitable nak pergi sekarang ni ialah tangga tingkat 3. Wajah ditunduk sepanjang melepasi kelas tingkatan empat di tingkat satu. Buat tak dengar kalau ada yang mencemuh bila nampak kelibat aku. Pelajar-pelajar yang lalu di sebelah aku aku buat-buat tak nampak. Langkah kaki dilajukan sehingga sampai ke tangga hujung. Aku panjat naik ke tingkat tiga.

Kau tahulah kalau aku tiba-tiba pergi ke tempat sunyi sorang-sorang ni ada bendalah aku nak buat.

Huk.. huk... Aku tak tahan, wei... Tak tahan... Kalau hati aku ni tisu, dah nampak dah macam mana rupa hati aku terkoyak kepada cebisan-cebisan kecil.

Dinding sebelah tangga menjadi tempat bersandar belakang badan. Perlahan-lahan aku turun terduduk. Lutut dipeluk. Kepala dibenam beralaskan lengan di atas lutut. Sedikit sebanyak bunyi esak tangis mengasak masuk ke telinga.

Menangis.

Tak tahu la nak buat apa sekarang. Lantak la orang kata aku cry-baby ke apa... Tapi sungguh aku sangat terasa. Belum pernah sebelum ni orang cakap aku bodoh. Aku rasa hina sungguh tak tipu. Rasanya sebab tu la orang kata kita kena jaga tutur kata. Kita tak pernah tahu kalau kata-kata kita guriskan hati orang kalau dia sendiri tak bagitahu.

"Allahu Akbar... Ya Allah, tenangkanlah aku... Aa... aku tak tahu pada siapa nak cerita ni... Aku memohon ampun, ya Allah atas dosa-dosa aku. A... ampunkanlah jugak dosa kawan aku, Alif Lam kalau di... dia ada buat orang lain terasa sebab kata-kata dia, ya Allah. Se... semoga dia berubah menjadi lebih baik. Se... semoga selepas ni... tak ada orang menangis kecil hati sebab kata-kata dia, ya Allah..."

Bunyi sedu dah bercampur dengan suara. Sesaat aku angkat muka bagi ada pengaliran oksigen sebelum aku benamkan balik. "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... lupakanlah aku daripada mengingati perkara yang Alif Lam buat kat aku yang buat aku sakit hati..."

"Aku takut kalau aku benci dia sebab kalau aku dah benci, aku takut aku boleh jadi benci sangat-sangat. Ba... bantulah hamba-Mu yang lemah ni, ya Allah..."

Bahang terasa menyelubungi muka. Sekali lagi aku angkat kepala. Mengesat air mata yang membasahi wajah dengan tapak tangan. "Huk... huk..." Teruk gila aku nangis ni sampai basah lecun muka. Aku tengok tudung. Allah, basah jugak. Kalau tengok cermin ni confirm merah.

Aku senyum tawar. Hm... tak naklah sedih lama-lama ni. Jangan sedih, sesungguhnya Allah Ta'ala ada bersama kita, surah at-Taubah, ayat 40.

Aku merenung dinding di depan. Betul la jadi pemimpin ni banyak cabaran dia... Senyum tawar tak lekang di bibir. Hm... tak sabarnya aku nanti lepas rumour tu hilang, boleh aku layan kawan-kawan macam biasa.

Aku kerling jam di tangan kiri. Lima minit lagi sebelum habis rehat. Hm... okeylah ni. Kalau nangis lama nanti, mata kembang. Rasanya dah boleh balik bertugas. Aku lap habis-habisan sisa air mata. Haila... hampeh habis pergi tempat sunyi sebab nak nangis sorang-sorang...

Aku berdiri dan tolehkan kepala ke kiri. Allah...

Alif tengah tegak berdiri kat anak tangga terakhir berjarak satu depa sebelah aku.

"Ai... Ainiy?"

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now