- Tiga Puloh -
Betullah... Adma ada problem. Dan problem tu nampaknya makin teruk je. Ni dah seminggu lebih dia mendiamkan diri. Nak harap dia bersembang macam harap kucing bertanduk. Suara dia dah macam suara emas. Sangat jarang nak dengar. Dia bercakap hanya pada cikgu, dan itu tak berlaku kerap macam dia cakap dengan kawan.
Adma. Please don't drive us nuts!
"Cikgu, izinkan saya ke tandas?" Aku angkat muka dari buku kerja Maths ke meja guru. Adma rupanya yang nak ke tandas. Cikgu Noraima membenarkan. Ada sesuatu tercicir dari Adma semasa dia melangkah keluar.
Kertas apa tu? Entah-entah penting tak?
Aku pergi ke meja guru. "Cikgu, boleh cikgu izinkan saya ke tandas?"
"Aik?"
Aku hanya tersengih. Tak tahulah apa cikgu fikir. Aku tahu nampak pelik bila seorang lelaki keluar nak ke tandas, lepas tu tiba-tiba ada seorang perempuan nak ke tandas juga.
"Okey pergilah. Jangan dating pulak luar tu."
Aduh! Rasa bahang pula muka aku. Cikguuu... janganlah kenakan saya kat sini!
Aku ambil pas yang tergantung di paku sebelah papan tulis. Kemudian aku bergerak ke tempat kertas Adma tercicir tadi dan aku membongkok lalu mengambilnya. Segera aku berlari anak ke luar kelas.
Hah, nasib baik Adma pakai tangga tengah yang jauh sikit dari kelas kami. Aku terus kejar Adma yang sedang berjalan di koridor tingkat satu, sama tingkat dengan kelas kami. Confirm dia nak pakai tangga tengah.
Dalam 50 meter jarak antara aku dan dia, aku menjerit. "Adma!"
Seperti telahan aku, Adma menoleh. Muka dia tak perlu nak dicakap lagi. Memang muram dan masam. Boleh buat jeruk dah. (maaf, Adma)
Tak lama kemudian dia toleh depan balik.
"Eh, Adma! Tunggu jap!" Aku menghampiri dia. Senang untuk aku bercakap. "Kau tercicir ni ha."
Barulah Adma sudi nak toleh belakang. Dahi dia berkerut. "Mana jumpa ni?"
"Dalam kelas tadi. Sebelum kau keluar kelas." Aku menghulurkan kertas kecil tu lalu Adma mengambilnya.
"Thanks." Selalunya Adma akan senyum bila ucap 'thanks' walaupun dia tak pandang aku. Tapi sekarang bibir dia tak tertarik walau seinci pun.
"Adma. Maaflah kalau aku tanya, kau... ada masalah ke? You seem like peanuts."
Eh peanuts apa.
Adma menjeling aku atas bawah. Sepatah perkataan keluar dari mulut dia.
"Tch."
"Kalau kau ada benda yang aku boleh tolong, bagitahu aje. In shaa Allah, aku tolong." Ah dah macam seorang ahli PRS gaya aku ni. Tapi walaupun kita bukan PRS, bukan ke itu pun tugas seorang rakan sebaya juga?
YOU ARE READING
Buih di Awangan ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘋𝘈, 2022 "Sumpah... kalau nak masuk aliran Sains tulen, kau kena kuat mental dan fizikal. Kena kuat struggle, kena kuat dengar cikgu pressure kau sebab duduk kelas depan dan yang paling penting kena banyak berkorban kalau nak...