33 : Kebenaran Itu Pahit

46 10 4
                                    

Tiga puloh tiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga puloh tiga



Dengan lafaz basmalah, aku membuka lipatan kertas itu...

Harapnya bukan prank lagi...

Harapnya...

Err?

Mata laju tertancap pada satu baris ayat.

Saya mintak maaf sebab selama ni tipu akak...

Setelah lipatan surat dibuka baik-baik, mata aku tertumpu di bahagian atas sekali kertas.

Assalamualaikum, Kak Ainiy.

Itu ayat pertama dalam surat dia. Selepas nama aku, dia lukis emoticon '=)'

Kamek mintak maaf sebab selama ni tipu akak.

Oh 'kamek mintak maaf'. Ingatkan 'saya' tadi. Salah baca sebab baca sepintas lalu tadi.

Tipu aku? Oh, kalau pasal yang prank hari tu memang aku maafkan tapi susah untuk aku lupakan.

Aku teruskan bacaan ke baris seterusnya.

Sebenarnya bukan kawan kamek, Mahzuz yang suka kitak tapi...

Mata aku membulat besar.

Sebaik saja habis membaca setiap bait kata dalam surat tu, aku melipat kembali kertas tu seperti sedia kala. Surat itu lalu diletakkan di atas meja. Punggung dihempaskan perlahan ke katil.

Tolonglah... Tolonglah... Tolonglah kata ni prank semata-mata. Kali ni aku lagi sanggup terima ni prank daripada yang ni betul-betul.

Aku merebahkan diri ke dalam posisi berbaring. Sebelah tangan menutup mata, menyilang di kepala. Mata cuba dilelapkan.

Imej dia meniup buih di bawah pokok berdekatan pondok hari tu bermain di fikiran.

Aku serius tak tahu nak fikir apa sekarang.

Sebab benda ni tak pernah berlaku seumur hidup.

Assalamualaikum, Kak Ainiy =)

Err kamek mintak maaf sebab selama ni tipu akak.

Sebenarnya bukan kawan kamek Mahzuz yang suka kitak. Tapi

Sorry sangat.

Idham Nasrul (Idna Hensem)
1 KAA 20XX

🫧

Betullah orang kata. Kebenaran itu perlu diberitahu juga, walaupun pahit. Dan kebenaran ini betullah pahitnya. Mengalahkan kopi hitam nenek. Hahahah.

Pada masa sama, syukur jugak la dia jujur. At least aku tahu nama kawan dia tu Mahzuz. Dulu ingatkan Mahzul.

Tapi itu tak menghalang rasa geram aku membuak-buak sekarang. Apa motif dia dengan Rafiq hari tu jumpa aku lepas tu kata Mahzuz suka aku? Tapi dia tu tapi apa? Kalaupun bukan Idham yang suka aku tapi kenapa nak menipu? What's the function? Sekadar membazir masa? Test marketing?

Diaorang ni memang nak mainkan perasaan orang ke apa? Aku paling sakit hati dengan benda macam ni. This even worse than pupils who stubborn to obey school's rules.

Surat hari tu aku simpan jauh-jauh dalam almari. Biar la dia kat situ. Senang aku nak lupa.

Entahlah. Susah untuk aku... berbaik-baik dengan orang yang buat kita macam bodoh. Aku takut kalau aku simpan, setiap kali tertengok benda tu setiap kali tu lah rasa nak benci orang.

Tapi... aku hairan. Kenapa diaorang buat aku macam ni? Kenapa diaorang permainkan perasaan aku? Habis je baca surat tu ambik masa tiga jam jugak aku nak tenangkan diri. Sedih... Sedih sebab senang sangat ditipu orang. Lagi-lagi oleh budak-budak junior. Aku ni naif sangat ke?

Dah la... sungguhlah aku tak nak dah benci orang. Takut lama-lama jadi sangat benci.

Orang kata, kalau sayang orang jangan terlalu sayang, nanti boleh jadi rasa sayang tu bertukar jadi benci. Kalau benci orang, jangan terlalu benci, nanti jadi sayang.

Dahlah. Aku tak nak ingat one of the bad memories in life. Jangan sampai tahap jadi The Worst Memory sudah la.

Aku mengerling jam kelas di atas papan putih. Lima belas minit sebelum kelas Fizik bermula. Okey, sempat ni. Nak harap masa lain takut tak sempat.

Pada masa yang sama aku rasa berdebar. Betul ke tindakan aku ni? Slow talk dengan dia?

🫧

"Dik... sini dulu." Aku panggil seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi tingkap kelas 3KAA. Aku berdiri di sebalik pintu agar orang dalam kelas tak nampak sangat aku. Jantung rasa berdegup kuat bagai orang ketuk dram sampai dram tu nak pecah.

"Saya ke?"

Budak itu menunjuk telunjuk pada diri. Aku mengangguk sambil buat tangan isyarat 'ke sinilah, awak.' Budak perempuan tu akur dan keluar melalui pintu depan kelas.

"Idham Nasrul ada tak?" Aku jenis tak main belok kanan kiri kalau dah serius. Straight forward terus.

"Kenapa akak cari dia?"

"Ada hal."

Ya. Personal things tu kira hal la tu.

"Oh. Tapi dia tak ada kak."

"Belum sampai ke?" Ke tak hadir? Ayat tu aku sambung dalam hati je. Nanti nampak obvious sangat cari dia. Kalau keluar sekali karang dilabel macam ada udang di sebalik batu pulak. Urgh tak nak aku.

"Tak. Dia pindah."

"Pindah? Pindah mana?" Okey sekarang rasa obvious aku dengan tak segan silunya memunculkan diri. Tapi aku masih mengekalkan riak wajah cool.

"SHOOW. Sekolah ulul albab tu."

"Ooh."

Suasana jeda seketika.

"Okeylah. Makseh kitak." Aku menarik senyum. Sebelum beredar pergi, aku melambai ke arahnya.

Aku rasa aku tahu kenapa dia berani beri surat tu.

Dengan sebab yang aku tak pernah terfikir dia akan buat.

Sebab apa?

Ya, sebab dia tahu dia akan pindah.



Ingat tak Ibu Ainiy pernah mention tentang sekolah SHOOW? Kalau tak, boleh reverse ke bab 14 : Tahfiz Asrama ;)

Heheheh... setiap yang ditulis ada sebabnya. Uhuk.

And satu lagi, jangan la slow talk dengan lelaki kalau hal tak berapa penting okie? Jaga ikhtilat. 🥺

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now