Duak puloh sembilan
Sak sak sak sak!
Itu bunyi aku yang sedang menggosok kasut di luar rumah Azzubair. Ibu Ayah outstation hujung minggu ni, jadi endingnya aku kena bermalam dekat rumah Azzubair. Kongsi bilik dengan kak Zabirah. Hm, habislah cuti hujung minggu aku yang bakal dirosakkan oleh makhluk berkaki dua tu.
Splash!
Air disimbah ke atas kasut untuk membilas kulit kasut yang sedang bersabun.
"Ainiy! Cepat la guna berus. Orang nak guna aie!"
Semakin laju aku menggosok kasut. Walaupun dah dibilas, aku tambah lagi sabun supaya ada lagi benda untuk digosok.
"Ya Rabbana... dia gosok lagi. Bebal sungguh." Azzubair berdiri di sebelah aku. Walaupun aku tak dongak kepala tengok dia buat apa, aku agak dia sedang menggeleng kepala sekarang. Aku yang sedang duduk di atas kerusi kecil hanya buat-buat tak dengar.
"Bebal ah... Cepatlah Ainiy bebal."
Aku tak endah. Hanya menggosok kasut lagi dan lagi. Suka hati aku la. Siapa suruh kau sabotaj aku pagi tadi. Ada ke ditutupnya lampu jamban tengah aku berjalan. Dahlah gelap buta, terus aku jatuh sebab terlanggar botol sabun atas lantai. Tu nyaris lagi nak terlanggar sinki. Huh.
Tiba-tiba Azzubair menyanyi lagu ikut irama lagu ting ting tang ting Dato' Siti. "Niy Niy Ainiy Niy anjing anjing anjing."
Over sangat ni... Aku mendongak kepala.
"Apa anjing anjing? Nak aku sumpah kau jadi anjing?"
"Tak yah ah. Tak nak sama spesies dengan kau. Dah, beri aku berus tu."
Aku menjeling dia tajam. Malas nak bertekak mulut lagi, aku terus serahkan berus. Terus Azzubair jatuhkan kasut dia ke lantai. Dia mencapai sebuah lagi kerusi kecil berdekatan dan duduk di sebelah aku. Aku jauhkan sedikit kerusi aku dari dia.
Azzubair beri pandangan pelik macam nak kata 'kau apahal?' Aku hanya mengangkat kedua bahu sambil buat muka. Azzubair menjuling mata ke langit, lalu memusing pili air dan mula membasahkan kasut.
"Moody semacam. Kenapa?" Dia memulakan perbualan.
Nah... malas la nak ungkit hal dekat jamban tu. Sungguh la malas.
"Ada seekor anjing bising menyalak sebab nak rampas berus aku. Anjing tu buat derk aje."
"Ouh." Azzubair melumur sabun pada kasut dan mula menggosok guna berus. "Mesti anjing tu lapar. Tapi nasib baik ada seekor lagi anjing benarkan dia pakai berus anjing tu."
"Mungkin anjing tu nak makan hot dog kut baru dia diam." Aku membuang keluar air yang bertakung di dalam kasut. "Tapi sayang. Aku tak goreng hot dog hari ni. Alamak habislah! Mesti anjing tu takkan berhenti menyalak!" Aku tayang muka terkejut.
Azzubair melepaskan nafas dengan kuat. "Haiya... sengal la main aning-anjing ni... Aku tanya betul-betul, Ainiy. Kau kenapa? Moody semacam macam ada something happened. Tak nak cerita?" Bunyi air jatuh ke lantai kedengaran.
"Kalau ada pun kenapa nak cerita dengan kau pulak?"
"Cerita ajelah. Tak tahan aku kau asyik berkepit dengan Kak Zabirah. Nanti dia lebihkan kau dari aku."
Ceh. Bukannya orang rampas kakak dia pun.
"Kau cakap macam tu makin la tak nak aku cerita."
Azzubair menggeleng kepala laju-laju. "Mesti PMS ni."
"Apa?" Aku minta dia ulang.
"Nothing. Nah, ceritalah cepat." Dia menggosok kasut yang sebelah lagi.
Aku menarik nafas dan menghembusnya. Bibir dikelam. Seriuslah tak tahu nak cerita benda ni kat siapa... Kat kakak, takut mengganggu... takut dia sibuk. Kalau kat kawan, buat hape... takut sebar aib Adma je. Kat geng Adma lagilah. Diaorang tak tahu langsung. Adma macam tak share apa-apa je...
"Okey, aku nak tanya. Kalau ada member kau tiba-tiba asingkan diri. Apa benda pertama takrang fikir?"
Azzubair pandang aku dengan mata tak berkedip. "Kau... ada member? Bukan kau jenis lone ranger ke..."
Aku percikkan air paip ke muka dia. "Aku tanya kau, kau jangan la tanya balik. Cepat, jawapan!" Dahlah soalan menyakitkan hati lagi tu.
Azzubair lap muka. "Okey-okey. Hmm... entah."
Aku mencerunkan mata. Nak kasi tembus aje muka Azzubair ni ha!
"Erk... dia ada masalah la tu kut. Mana aku tahu. Dan may be dia tak nak korang tahu apa masalah dia?"
Kasut Azzubair yang basah dihujani air paip di atas lantai dipandang. "Ouh..."
"Kenapa? Ada member kau buat macam tu?"
Aku senyum tawar. Cerita di sekolah disampaikan. Ada bahagian aku tak cerita sebab risau tu aib. Tapi nama Adma memang aku sencored habislah. Azzubair kadang-kadang mengangguk kepala, kadang-kadang berkerut dahi. Pelbagai mimik muka dia menyapa pandangan. Walaupun dia tak respon seperti apa yang aku harap, dan aku tak tahu dia hadam ke tak cerita aku ni, tapi sekurang-kurangnya aku taklah rasa terbeban sangat pendam masalah ni seorang-seorang...
Hm... Adma. Sampai bila nak macam ni?
Hailekk... chapter ni pendek pulak. 🤣 600+ je words dia.
Lepas ni BDA akan jadi semi-drama. Nantikan drama Melayu ala-ala Korea 🤣🤣🤣 (Tu pun tak tahu la menjadi ke tak rupa dramanya nanti HAHAHA)
YOU ARE READING
Buih di Awangan ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘋𝘈, 2022 "Sumpah... kalau nak masuk aliran Sains tulen, kau kena kuat mental dan fizikal. Kena kuat struggle, kena kuat dengar cikgu pressure kau sebab duduk kelas depan dan yang paling penting kena banyak berkorban kalau nak...