52 : Senyuman Yang Mengasyikkan

39 9 0
                                    



Limak puloh duak




Pejam celik pejam celik, hari ni aku dah duduk atas kerusi bertemankan meja di tempat aku sendiri dalam kelas 5 Sains 1. Suasana kelas bingit dengan suara beberapa orang pelajar lelaki yang bermain badminton. Katanya bila cikgu Biologi dah ambik masa PJK hari Khamis setiap minggu, masa pertukaran kelas aje diaorang boleh acah-acah ber-PJ dalam kelas.

Allah, takutnya aku! Nanti pejam celik pejam celik lagi, SPM dah dekat!

Dan hari ni jugak tiba-tiba ada lawatan dari PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). Nasib baik adalah ia berlangsung di sebelah petang. Nasib buruk adalah bila badan pengawas yang terlibat. Nasib baik tak semua. Tapi of course, exco tertinggilah yang paling sibuk. Dan salah seorangnya tu aku. Kena datang balik sekolah la tengah hari ni jawabnya.

🫧

"Kau dua stay kat tangga ni. Nanti kalau diaorang naik, kau orang tunduk hormat la. Sapa-sapa sikit. Senyum-senyum ke..." Alif Lam meninggalkan Zayna dan Nuraini di tangga tengah. Aku menuju ke mereka.

Zayna menjuling mata ke langit. Nuraini mengherotkan mulut. "Bossy sungguh..."

Aku tergelak. "Dah dia macam tu nak buat macam mana."

"Awak buat apa kat sini?" Zayna menukar topik.

"Tengok-tengok sekejap. Nanti kena pergi tangga lain lagi. Tengok-tengok pengawas lain."

Aku mengalih pandang ke arah Lobi 2 yang berdekatan dengan tangga. Pelbagai jenis pameran diadakan. Kaki diayun laju ke tengah lobi tu. Dari jauh dah nampak kelibat beberapa orang pelawat yang sedang melawat ruang pameran 1 di Lobi 1 di depan sana. Aku beri isyarat mata pada Zayna dan Nuraini untuk bersedia sebab lepas pelawat lawat Lobi 1, dia orang pergi Lobi 2 lepas tu terus naik ke tingkat satu pakai tangga yang Zayna dan Nuraini jaga.

Cikgu Habsah berjalan melepasi lobi sambil bawa beg komputer. Di tangan kanannya membimbit bakul, tangan kiri pula bawa dua buah plastik. Allah... kesian cikgu ni bawa banyak barang. Adma yang sedia ada berdiri di Lobi 2 (yang aku tak perasan pun dia ada kat situ) berjalan menghampiri Cikgu Habsah.

"... saya tolong..." Samar-samar kedengaran apa yang dicakap Adma. Aku kekal memerhati dan menanti. Tiba-tiba cikgu menyerahkan dua buah beg plastik dan bakul tu pada Adma.

"Terima kasih, Adam. Kalau tunggu students lain tolong, tunggu langit nak runtuh agaknya." Cikgu senyum pada dia. Uish... rasa sentap pula.

Aku terpaku.

Adma tengok aku.

Terpaku dua kali ganda.

Dia nampak terkejut tapi cepat-cepat dia senyum.

Aku kaku seperti batu. Terpesona melihat senyumannya yang mengasyikkan itu.

Setelah seminit berlalu baru otak dapat memproses... Ohh!! Dia tawarkan sendiri untuk tolong cikgu? Kat sekolah ni lah paling jarang tengok students tawarkan pertolongan bila tengok cikgu bawak banyak barang. Pekanya mamat tu...

Aih... memang betullah Adma ni jenis limited orangnya...

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now