8 : Main-main Je?

186 20 3
                                    



Lapan


Sebaik tiba di rumah, aku merebahkan tubuh ke lantai dan kepala menghadap ke siling bilik. Kejadian yang berlaku di pondok masa balik tadi masih segar di ingatan. Lepas je budak junior pendek tu suka hati bulu tangkis dia kata Adma tu pakwe aku, terus aku hasut Syaf dan Ziani untuk blah dari situ. Kalau lama-lama kat situ entah apa lagi keluar dari mulut dia.

Nasib baik Ayah datang awal. Aku pun apa lagi. Terus masuk ke kereta tanpa toleh mana-mana lagi.

Hai... bingung aku. Tiba-tiba aje ni.

Dahlah diaorang datang masa Syaf dan Ziani ada. Aku harap diaorang tak hairan.

Surat yang diberi diaorang tadi aku biarkan je di tepi. Aku belum baca. Nak buka dalam kereta, tapi Ayah kat sebelah.

Aku melepaskan nafas dari mulut. Surat di sebelah aku jeling dengan pandangan yang kosong. Dalam satu saat, aku capai surat itu dan mengangkatnya tinggi ke udara. Agaknya... apa benda yang budak suka aku tu tulis dalam ni? (iya ke)

Pada masa yang sama, jantung aku mula berdegup laju berbanding biasa. Perasaan aku sekarang? Heh, jangan dikata lagi. Kalau boleh terbang, sekarang juga aku terbang ke langit.

Setiap lipatan kertas itu aku buka dengan berhati-hati. Dup dap... dup dap...

Surat akhirnya terbuka.

Sebaik melihat, automatik mulut aku jadi ternganga kecil. Mata pula berhenti berkedip. Aku tak percaya apa yang aku nampak pada surat itu.

Ia...

Ia...








Kosong.

Hanya kosong. Tiada langsung sebarang tulisan yang tertera pada kertas tu. Automatik otak aku memikirkan suatu kemungkinan.

Diaorang... Diaorang permainkan aku ke?

Aku tak berputus asa. Aku pusing ke belakang surat tu. Mana tahu ada tulisan apa-apa ke kat belakang dia.

Tetap tak ada jugak.

Aku mengetap bibir lalu mengkelamkan mulut. Punyalah jantung aku sakit sebab berdegup selaju orang berjoget. Buat sakit jantung je.

Aku pusingkan pula kertas tu depan belakang. Mengharapkan sekurang-kurangnya ada tulisan walaupun kecil. At least nama budak tu je, pleaselah.

Apa nama dia tadi? Mahluz...? Ke Mahzul... ah, apa-apalah.

Tapi harapan aku musnah. Kertas tu memang 100% kosong, tanpa setitik dakwat pen langsung.

Riak wajah aku bertukar hampa. Nak marah, ada jugak. Nak sedih, sikit je kut. Hmm... Kan aku kata ni prank. Diaorang prank aku.

Aku tukar posisi baring aku ke posisi meniarap. Kepala disebamkan ke bantal. Aku pandang surat tu dengan 1001 perasaan. Serius aku geram sangat diaorang permainkan aku.

Kalau prank beri air kata tu air sirap tapi sebenarnya tu air kopi, aku masih dapat terima lagi. Tapi kalau main perasaan aku... ya Allah. Sakit sangat hati.

Allahu Akbar. Astaghfirullahal'azim.

Budak-budak kan, biasalah. Kan aku kata, budak 15 tahun tahu-tahulah perangai dia macam mana. Aku 15 tahun pun bawang dengan kunyit tak pandai bezakan.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now