EP. 1

1.6K 40 4
                                    

PERMULAAN

"Good morning!" riang suara Nor Naim mengejut 'adik tiri' nya bangun pagi. 

"Awal lagi laa sayang.." balas zeezee yang masih asyik dibuai mimpi malam semalam.

"Hm.. yakinnya cik adik panggil saya sayang ye.." balas Naim mengambil tempat di katil zeezee.

"Bukannya Mama Papa dengar pun.. kan?" katanya sambil bangun lalu memberi pelukan pada 'abang tiri' nya.

Nor Naim dan Zeezee Aryana sudah menjadi adik beradik tiri selama 2 tahun. Mungkin juga boleh dikatakan bercinta selama 2 tahun..?

"Dah kejut Nana ke belum, Naim?" soal kuat suara Megat Arman, ayah tiri Naim.

"D-Dah Pa.." balas perlahan suara Naim. Menolehkan kepala ke arah zeezee yang tenang merehatkan kepalanya di bahu Naim.

"Awak bangun.. nanti Papa datang, baru awak tau.." kata Naim pada zeezee.

zeezee menjelingnya manja. 

"ye la ye la.. nak pergi la ni.. dah keluar keluar" kata zeezee menghalau kekasihnya.

_DI HADAPAN PAGAR SEKOLAH_

"Nak hantar siapa dulu ni?" soal Megat Arman.

"Nana dulu la pa.." balas zeezee.

Sekolah zeezee yang merupakan pelajarnya semua pelajar puteri, Kolej Eternity st. Mayya (SENADI) hanyalah bersebelahan dengan sekolah pelajar putera yang tidak kurang terkenalnya seperti SENADI, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Pengetua SENADI, Puan Fateema Zulaikha merupakan isteri kepada pengetua KUDRAT, Tuan Yusof. Jadi, walaupun kedua-kedua sekolah ini berpisah tapi sangatlah berkait rapat.

_DI RUMAH TUAH [BILIK NAIM]_ 

"Macam mana spend time dengan adik tiri? Seronok?" soal satu-satunya rakan karib Naim di KUDRAT, Amir.

"Mestilah seronok.." balas Naim dengan senyum sengetnya.

"HA HA HA Balik sudah putera pujaan kitaaaaa!!" jerit sebuah suara dari muka pintu. Suara yang paling digeruni. Wajah yang paling ditakuti. Kahar.

"How's holiday bro?" soal Kahar pada 'anak buah' Rumah Tuah kesayangannya.

"Fun! Cun jer" balas Naim tenang.

"Ok lah.. gerak lu! Nak gi jumpa cinta hati" kata Kahar yang kian berlalu pergi.

"Cinta hati?" soal Naim.

"Siapa lagi? Si Milya yang terpaling pick me tu la.." balas Amir dengan mukanya yang paling jijik.

_DI PAGAR PEMISAH_

"Sayang!" jerit Milya. 

"Hai" balas Kahar tersenyum sedikit.

"Hmm rindunyaaaa!" Kata Milya terhegeh-hegeh pada Kahar.

"Saya pun.." balas Kahar tidak bererti.

"Eeee! Awak tahu tak? zeezee tu dah balik.. Dia ingat semua orang rindu dia balik ke? Perasan cantik je dia tu" kata Milya sambil menjelingkan matanya ke atas.

"Entahlah Milya.. Saya pun tak pernah tengok muka zeezee tu.. Saya dengar dia tu famous sebab cantik dan terror tinju..? Betul ke?"

"Betul la tu.. Dah la tak payah la cakap pasal dia.." Kata Milya yang bakal meneruskan tingkah gediknya.

Kahar terasa seakan ada sepasang mata tajam melihat ke arah mereka. Dia mendongakkan kepalanya ke arah bangunan akademik SENADI. 

Matanya bertemu dengan sepasang mata yang tajam tapi masih nampak kemanisannya. Mata yang mampu menggoda ribuan lelaki. Lantas Kahar tersenyum padanya. Malah balasan yang diterima hanyalah sebuah jelingan yang semakin tajam.

"Sayang tengok apa?" soal Milya yang turut memandang ke arah yang direnung Kahar. Tiada apa-apa dan tiada sesiapa.

"Tak ada apalah.. Pastu.. Haa.. Apa tadi cerita awak?" balas Kahar yang masih lagi lamun dalam pandangan gadis tadi.

_MALAM DI ASPURI_

"HAI SEMUA! SELAMAT KEMBALI KE ALAM HIGH COUNCIL SENADI!" Jerit Kapla manis di atas pentas, zeezee.

zeezee meneruskan percakapannya. Percakapan dia tak sama langsung macam Kapla di KUDRAT. Dia betul-betul manis orangnya. Memang semua orang setuju dia ni jadi Kapla. Dia betul-betul jadi Kapla untuk tenteramkan SENADI, bukan yang macam sekolah sebelah ni.

"..so itulah nasihat terakhir aku, JANGAN DEKAT DENGAN PELAJAR KUDRAT SEMASA HARI TERBUKA! Aku tak nak nama SENADI tercemar hanya kerana gadis murahan ye! Aku nampak je sebenarnya siapa yang menggeletis kat pagar pemisah tadi. Jangan ulang ye anak-anak SENADI! Itu je pesanan saya, selamat malam!" laung zeezee semanisnya.

Dia ni memang hebat la. Pandai, Cantik, Comel, Manis, Ketua Pelajar, Ketua Pengawas, Kapla, Calon Menantu Pilihan, Calon Isteri yang Sesuai, Peninju dan macam-macam lagi lah!

_MALAM DI ASPURA_

"SELAMAT MALAM SEMUA AKU UCAPKAN! SEMUA HALF SQUAT! CEPAT! CEPAT! JANGAN LEMBAB MACAM POND*N LAH!" Jerit Kahar di atas pentas Dewan Besar.

"Kepada pelajar yang mungkin  terlupa atau buat-buat lupa.. Ini anak-anak aku bagi high council tahun ni! Aku perkenalkan Nor Naim!"

Naim melambaikan tangannya dengan penuh senyuman. 

"Seterusnya, Zahrin!" 

Zahrin sekadar memberikan muka sombongnya.

"Hakeem!" 

Hakeem sekadar tersengih menunjuk semua giginya.

"Dan aku Kahar! Kapla High Council!"

_ESOK DI PERHIMPUNAN [SENADI & KUDRAT SECARA BERASINGAN]

"Seterusnya, saya alu-alukan Ayahanda/Ibunda untuk memberikan sepatah dua kata" jemput pengacara majlis.

"Assalamualaikum.. Yang saya hormati para guru majlis tertinggi sekolah, guru-guru serta yang saya kasihi, barisan anak pelajar KUDRAT/SENADI.. Perhatian kepada semua pelajar.. tak banyak yang hendak saya coretkan pada kamu hari ini.. Tetapi sekolah kita akan adakan Majlis Makan Malam Tingkatan 4 & 5 sebagai satu tanda penghargaan kamu berada di sini. Yang lebih hendak saya titik beratkan di sini ialah majlis ini akan diadakan bersama SENADI di Dewan Besar SENADI. Saya mohon agar tiada pelajar yang berkelakuan tidak senonoh semasa majlis ye. Sekian, terima kasih."

Lantas para pelajar memandang wajah satu sama lain. Antara muka yang tidak mampu berhenti tersenyum, sudah tentunya Zeezee Aryana, Nor Naim, Milya Hannan dan Abdul Kahar.

Agaknya.. apa yang akan terjadi?

PROJEK : CINTA HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now