"WE LOVE EACH OTHER"
"So, macam mana?" soal Kahar pada zeezee.
Kahar mencadangkan pada zeezee untuk keluar bersama pada hujung minggu dan kenal satu sama lain.
"Tak ada idea lain ke?" balas zeezee.
"Tadi awak mintak idea, awak kata awak ikut je saya.. Lepas tu, saya bagi awak idea awak tolak pula.." balas Kahar merajuk.
zeezee melihat wajah Kahar yang masih muncung umpama mulut itik.
"Ish, ye lah.." balas zeezee tak bermaya.
"Yes!" kata Kahar sambil menghalakan buku limanya ke udara.
"Tapi kita nak pergi mana? Naik apa?" soal zeezee pada Kahar.
Kahar sekadar membalas dengan senyuman.
Memandangkan mereka dijadikan sebagai satu pasukan pada hari Isnin, mereka sudah banyak bercakap antara satu sama lain.
Bermula dari hari Selasa sehinggalah hari Sabtu. Tanpa disedari, mereka sentiasa ada perkara yang hendak dibualkan.
zeezee rasa senang bila ada dengan Kahar.
_HARI AHAD_
Ting!
Naim <3
'Good morning sayang! Dah bangun ke? Kita lepak jom dekat gazebo bawah..'
Beberapa minit kemudian..
Ting!
Kahar ;)
'Good morning cinta! Awak dah ready ke? Saya tunggu kat belakang tau, take your time..'
Iman melihat skrin telefon zeezee.
"zeezee.. Ini ke sebabnya kau stress lately ni?" soal Iman pada zeezee.
zeezee yang berada di hadapan cermin melihat wajah sendiri sekadar mengangguk. Dia tak perlu tengok telefon tu pun dia dah tau mesej apa.
Iman memutuskan untuk tidak bertanya apa-apa pada zeezee.
"Later on, kita discuss okay?" soal zeezee yang sedang mengambil begnya mahu keluar dari bilik.
"zeezee!" jerit Iman memanggilnya.
zeezee menoleh.
"Kau nak keluar dengan Kahar ke Naim?" soal Iman.
"Kahar. Kan pasal assignment tu.." balas zeezee tak berputus dan langsung keluar dari bilik.
Iman mengeluh sendiri.
'Hang ni zeezee.. Aku tau hang ada hati kat Kahar. Hang tak pernah cantik-cantik untuk siapa-siapa pun. Awat la hang buat Naim lagu ni. Sian dia.' bisik hati Iman sendirian.
Sayang <3
'Sorry awak, saya ada kerja sikit hari ni. Nantilah ye.'
Tertera di mesej telefon Naim. Naim mengerutkan keningnya.
'Tak pernah pun dia bagi alasan macam ni. Urgent betul kut.' kata Naim sendirian nak sejukkan hati.
_DI BELAKANG SEKOLAH_
"Ehem.. Kenapa kita kena jumpa kat sini eh?" soal zeezee pada Kahar yang hampir tertidur berdiri.
YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanfictionApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?