EP. 2

787 41 14
                                    

"KAU NI SIAPA HAH?!"

_HARI SABTU DI ASPURA_

kring! kring!

"Naim! Phone kau!" Jerit Amir.

"Eeee siapa pulak call cuti-cuti ni!" kata Naim yang masih mamai dari lena tidur. 

Naim melihat ke arah skrin telefonnya. 

'PAPA'

Lantas tangannya menekan butang hijau tanda mengangkat panggilan.

"Hello Pa.." tegur Naim.

"Hello Naim.. Turunlah.. Papa datang melawat ni.." kedengaran suara Megat Arman di hujung talian. 

"Oh okay.." balas Naim. 

_DI KAWASAN MELAWAT_

Mata Naim terus tertuju pada ayah tirinya dan zeezee. Tiba-tiba..

"Abang!" kedengaran suara Fakhri memanggilnya. 

Naim pun menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan adik kandungnya, Fakhri,sedang berbual rancak dengan ayah kandungnya, Firdaus Ismet. 

Lantas kakinya bertukar arah diikuti langkah Megat Arman dan zeezee.

"Abang! Lamanya Papa tak jumpa abang.." tegur Firdaus Ismet yang masih berpelukan dengan Naim. 

Naim membalas dengan sebuah senyuman yang begitu lebar di wajahnya. 

"Pa.. Ini Naim kenalkan, ayah tiri Naim.. Megat Arman.. Adik tiri Naim, Nana.." kata Naim kepada ayah kandungnya.

"Pa.. yang ni pula ayah kandung Naim, Firdaus Ismet dan adik kandung Naim, Fakhri.." dia terus memperkenalkan pula kepada ayah tirinya.

Mereka kian berkenalan.

Masing-masing kembali kepada plan tersendiri.

Megat Arman, zeezee dan Naim sedang menjamu selera di bawah pondok yang disediakan.

"Mama mana?" soal Naim.

"Mama sibuk.. Ada urusan katanya.. Papa datang ni hantar baju Nana untuk majlis apa entah katanya.." jawab Megat Arman.

zeezee pun menceritakan tentang majlis yang bakal diadakan atas kolaborasi KUDRAT dan SENADI.

"Fakhri!" Megat Arman memanggilnya secara tiba-tiba.

Fakhri berlari-lari anak menuju ke pondok mereka.

"Ayah balik dah ke?" soalnya.

"Dah.. Ayah singgah sekejap je.. Ayah ada kerja.." balas Fakhri polos.

"Mari la duduk makan sekali.." ajak zeezee.

Setelah mereka sudah makan bersama..

"Fakhri.. boleh tolong uncle tak?" soal Megat Arman.

"Tolong apa tu?" soal Fakhri.

"Tolong bawa Nana jalan-jalan sekitar sini jap. Uncle ada urusan penting yang uncle kena cakap berdua dengan Naim." kata Megat Arman. 

"Boleh.. Nana jom!" ajak Fakhri pula.

_DI KAWASAN ASRAMA_

"Nana! Mana boleh masuk sini.. Ni kawasan asrama" kata Fakhri padanya.

"Ala.. takpelah.. " balas zeezee  selamba.

"Nana! Kau tu dahlah pakai baju uniform lengkap SENADI, nanti apa pula orang cakap?" soal Fakhri.

zeezee sekadar membalas dengan sebuah senyuman.

Sedang khusyuk zeezee meneliti perbezaan asrama mereka dan asrama putera..

"HEY HEY HEY Tengok ni.. Ada awek laaa korang.." kedengaran sebuah suara dari belakang Fakhri dan zeezee. Lantas mereka berdua menoleh.

Alangkah terkejutnya Kahar melihat gadis cantik yang direnungnya minggu lepas.

"Nakalnya dia.. Masuk asrama lelaki.." kata Kahar yang membelai wajahnya.

zeezee menepis sentuhan itu.

"Eh, sombong pulak dia!" kata Kahar lagi dalam tawanya. 

zeezee membuat keputusan untuk malas layan karenah Kahar dan menarik tangan Fakhri untuk berlalu pergi. 

"Aku tak habis cakap lagi.." kata Kahar sambil memegang bahu zeezee.

Lantas zeezee memegang erat tangan Kahar lalu membalingnya ke hadapan.

Terkedu Zahrin, Hakeem dan Fakhri yang hanya mampu berdiri tegak tanpa sebarang riak.

"Ahhh!" jerit Kahar yang kian sakit dek tercampak oleh anak gadis pingitan.

zeezee sekadar membalas senyum manis yang sudah hampir bertukar menjadi senyum psikonya.

"Eh! Kau ni siapa hah?!" jerit Kahar dalam nada tidak puas hati. 

"Kau tak kenal aku siapa? HAHAHAHA" tawa zeezee yang bunyinya amat menyeramkan.

"Aku Zeezee Aryana binti Megat Arman. Ketua pengawas SENADI merangkap Kapla High Council SENADI!" 

Membutang mata semua yang mendengar perihal itu. 

zeezee berlalu pergi diikuti jejak Fakhri. 

'Betul la kata Milya.. Lawa tapi ganas.. Lawa betul ni, bukan main-main' fikir Kahar di kotak fikirannya.

_PERJALANAN MENUJU_

Sudah kelihatan Papa dan Naim sedang bergelak tawa di pondok tersebut. Sebelum tiba di situ..

zeezee menoleh ke arah Fakhri,

"Kau jangan bagitahu sesiapa tentang hal tadi.. Terutamanya, abang.. Faham?" soal zeezee pada Fakhri dengan wajah garangnya.

Terangguk-angguk kepala Fakhri.

"Haa! Macam mana sekolah KUDRAT? Best?" soal Megat Arman sesudah melihat anaknya dari jauh bersama Fakhri.

zeezee tersenyum "Seronok! Kan, Fakhri?" soal zeezee sambil menoleh ke arah Fakhri.

"Haa.. S-Seronok.." balas Fakhri.

"Dah la.. zeezee salam-salam la dengan Naim.. Papa pergi ambil kereta sekejap.." kata Megat Arman.

Hilang sahaja Megat Arman dari sudut pandangan, cepat-cepat Naim dan zeezee berpelukan erat.

"Saya rindu awak sangat-sangat.." kata Naim pada zeezee.

"Saya pun!" kata zeezee yang memberi ciuman tangkas di pipi Naim.

"zeezee, balik jom!" kedengaran sebuah suara dari tingkap kereta, Papa mereka.

"Okay!" kata zeezee.

"Bye Sayang! I miss you! [bisik]" kata Naim.

"Miss you too! [bisik]" balas zeezee.

Fakhri dan Naim sekadar melihat kereta itu berlalu pergi.

"Kau.. Dengan adik tiri pun jadi.." kata Fakhri lalu memberi Naim jelingan gurauan.

"Alah.. adik beradik tiri je pun, bukannya kandung" balas Naim.

Mereka berdua tertawa dengan teletah masing-masing.


Malam esok dah mula majlis, apa jadi ya pada Kahar dan zeezee selepas pertemuan terindah mereka yang pertama?

PROJEK : CINTA HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now