CONFESSION
"Kau ni gila ke apa? Yang kat dalam tu nak buat apa?" soal zeezee pada Kahar tentang Milya.
"Eleh dia tu, acah je.. Bukan dia sayang saya pun.." balas Kahar.
"Tak sayang kau kata? Aku rasa tadi kau tak boleh bergerak je bukannya mampus sampai kau tak nampak macam mana dia risau kat kau." marah zeezee pada Kahar.
"Betul apa yang awak cakap tu. Tapi kenapa dia tak ada tolong saya langsung?" soal Kahar.
"Sebab dia tak ret-" jawapan zeezee dipotong.
"Dia tak reti. Tapi dia nampak saya tak boleh nak bernafas. At least try la tepuk tepuk belakang saya ke apa ke. Ini tidak. Acah tunjuk concern. Dia tu couple ngan saya sebab nak tumpang famous je." kata Kahar kemarahan.
"Eh! Apasal pulak couple ngan kau boleh buat dia famous?" soal zeezee.
"Sebab saya kan famous.." balas Kahar dengan aksi lagaknya.
"Okayla.. Macam ni.. Apa pun yang jadi.. Tak elok kau buat dia macam ni.. Dia tu masih girlfriend kau yang kau tiba-tiba nak confess dekat aku macam ni." kata zeezee pertahankan Milya.
"Takdelah.. Baru je 5 minit yang lepas, saya ajak dia putus. Dia meraung-raung la sikit gitu sebab takut hilang famous kan? Tapi saya buat bodoh je.." balas Kahar dengan senyum tenangnya.
"Haih.." zeezee mengeluh berat.
"Awak ni baik betul kan zeezee? Even Milya dah kenakan awak macam-macam.. Dia dah pernah hampir nak bunuh awak pun, awak still nak backup dia.." kata Kahar memuji zeezee.
"Takdenya.. Aku backup dia sebab aku sebagai perempuan kena la jaga maruah perempuan lain.. Takkan aku nak biarkan lelaki semudah-mudahnya sakitkan kaum aku sendiri.. Tapi tu lah.. Aku tak tahu pula yang kau sebenarnya dah putus dengan dia.." kata zeezee perlahan.
"Eh! Dahlah! Pergi balik KUDRAT! Ini asrama puteri.. Tak elok kau ada kat sini.. Tau?!" marah zeezee pada Kahar.
"Okay cinta.. Saya pergi dulu.." kata Kahar sambil memegang kedua-dua belah pipi zeezee dan memberi kucupan di dahi.
'WAARRRGGHHHHHHHHHH! WEYH DIA CIUM AKU' jeritan hati zeezee kuat. Tapi tu lah kan kuat-kuat pun dia seorang je dengar. Realiti hanyalah mampu berdiri kaku dengan matanya yang terbeliak beserta mulutnya mula ternganga besar.
_DI BILIK ZEEZEE_
"Oii fikir apa tu?" soalan Iman, rakan karib zeezee.
zeezee kekal mendiamkan diri.
"OI! AKU CAKAP DENGAN KAU LAH PIPIT!" kuat suara Iman di telinga zeezee.
"Eehh! Apa pulak pipit-pipit ni.." balas zeezee.
"Ye lah kau kan ada lesung pipit lepas tu biasanya kau ni banyak bunyi macam pipit, ini diam je dah macam ulat beluncas.. Apa cerita?" soalan Iman muncul lagi.
'Aku nak cerita ke tak.. Kalau cerita mestilah dia boleh bagi cadangan kan? Tapi kadang-kadang idea dia ni bukannya boleh pakai sangat.. Tak payah!'
"Umm tak ada apa lah.." balas zeezee lalu memutar badannya menghadap dinding seumpama hendak tidur.
Iman pun mendiamkan diri dan berlalu tidur.
Sedang zeezee asyik termenung..
"Tau tak.. Kucupan di dahi ni selalunya tanda cinta sejati.. Tapi tu la, Mama tak boleh nak bagi kat Papa sebab Papa tinggalkan Mama.. Tapi Mama fun je, sebab Mama boleh bagi kiss dekat zeezee kan?"
Terngiang-ngiang di kepala zeezee tentang kata-kata Mamanya. Diingat-ingatkan balik.. Kahar?
Cinta sejati?
Mengarut lah..
Sedar tak sedar, dah 2 minggu zeezee banyak berdiam diri lepas apa yang Kahar dah buat. Iman tertanya-tanya tapi dia hanya membiarkan. Pada pendapatnya mungkin zeezee hanya memerlukan waktu bersendirian.
Tibalah hari Isnin lagi..
Sebelum perhimpunan mula, Iman bercadang untuk tanya zeezee tentang sifatnya sejak akhir-akhir ni..
"zeezee kau okay ke ni?" soalnya.
"Okay.. Cuma 'Monday blues' je.." balas zeezee santai.
'Aii dia ni takkan harini 'Monday blues', esok lusa pulak 'Tuesday blues' , 'Wednesday blues'.. Dahlah.. Lantak hang la malaih aku nak layan..' fikir Iman lagi.
"Selamat pagi semua pelajar SENADI yang saya sayangi. Saya ada berita penting yang perlu saya sampaikan. Mohon para pelajar tidak terlalu terkejut atau mungkin terlampau gembira.. Saya meminta pelajar Eternity st. Mayya untuk bersikap lebih sopan dan bertingkah laku baik selepas ini kerana.."
Lama ibunda Fateema membisu. Para pelajar mula berasa semakin cemas.
"..kerana SENADI akan bergabung dengan KUDRAT!" sambung kata Puan Fateema.
Para pelajar sudah mula tak senang duduk. Ada yang begitu gembira dan tak sabar. Ada yang tak suka dan membenci cadangan itu. Ada juga yang tidak kisah langsung dengan apa yang terjadi.
"Mohon para pelajar bawa bertenang ye! Hal ini dicipta adalah kerana KUDRAT dan SENADI keduanya mengalami masalah ekonomi. Berikutan ada juga kena mengena dengan kes pada majlis yang terjadi baru-baru ini. Pagar pemisah akan dimusnahkan dan semua pelajar akan menjalankan rutin harian bersama pelajar KUDRAT. Saya tahu tak senang untuk kamu menerima, tetapi cuba! Sekian, terima kasih!" Puan Fateema mengakhiri katanya.
'HABISLAH AKU! INGATKAN DAH BOLEH LUPAKAN, RUPANYA MAKIN BERTAMBAH! MALAPETAKA BETUL LAH!' fikiran zeezee terganggu lagi.
Apa pula plan Kahar lepas dapat tahu isu ni kan?
YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanficApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?