EP. 10

247 17 2
                                    

"I'M STILL NOT AN OPTION!"

_DI LALUAN KE KELAS_

"Naim! Naim!" laju kaki zeezee mengejar langkah lelaki itu. Sesuai jaraknya dengan Naim, dia menarik kuat lengan lelaki itu.

Dia pusing dan memberi renungan tajam.

"Awak nak apa?!" jerit Naim kuat.

"Saya nak cakap pasal semalam.." kata zeezee perlahan membuatkan marah Naim reda seketika.

"zeezee, saya tanya awak for once and forever. Saya atau dia?" soal Naim.

zeezee diam tak bersuara.

"A-Awak.." tergagap zeezee menjawabnya.

"You lied.." kata Naim.

"Awak tak pernah menjadikan saya sebagai satu pilihan. Everytime I asked you whether it's me or other people, you always say 'No one can beat my Naim and you will never be an option'. You always said that to me. Dan zeezee, I'm still not an option!" kuat laungan suara Naim. 

Beberapa pelajar mula mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua. 

"Korang pandang apa?!" jerit Naim pada mereka.

Naim merangkap ketua pelajar KUDRAT tidak pernah meninggikan suara dan bertindak berseloroh sebegitu di hadapan pelajar. Hari ini dia dah pecahkan rekod sedia ada.

"Kalau awak suka dia, daripada awal cakap dengan saya. Jangan buat saya nampak bodoh sibuk beria dengan awak zeezee.."

zeezee kekal diam tak bersuara.

"Saya rasa mulai hari ni saya dah tak perlu bersaya-awak dengan awak kut. Sebab saya dah boleh panggil awak adik sebagai seorang abang tiri." sambung Naim lagi yang hendak meneruskan perjalanannya ke kelas.

Langkahnya terhenti apabila kehangatan tangan kecil yang sebati dengan dirinya menarik tangannya lembut.

"Nana minta maaf.." kata zeezee pada abang tirinya atau lebih sesuai dipanggil bekas kekasihnya.

Mereka bertentang mata. Mata Naim yang kasar bertukar sayu bertemu dengan sepasang mata cantik yang sungguh dicintainya.

Naim merentap kasar tangannya dari pegangan gadis itu.

Pada saat ini, sakitnya hati Naim hanya Dia yang mengerti. 

Naim sangat mengharapkan bahawa zeezee bakal memohon maaf dan meminta agar hubungan mereka kekal seperti sedia kala. Tetapi dia cukup mengerti kata si dara itu apabila dia menggunakan nama dirinya sendiri untuk menggelar diri berbanding menggunakan perkataan 'awak'.

Jujur. Sejujurnya dia tidak marahkan zeezee. Cuma kecewa yang pedih sangat. Dia lebih percayakan zeezee berbanding ibu kandungnya sendiri. 

Hatinya yang sakit perlukan masa untuk berehat. Dia bercadang untuk tidak masuk ke kelas dan ponteng ke suatu tempat yang tersembunyi. 

Entah kenapa tetapi langkahnya yang tiada tujuan akhirnya memijak ke kawasan belakang Dewan Makan sekolah.

"Woi, kau buat apa kat sini? Fly sini ke? Cari ah port mantap sikit." kata seorang gadis berambut merah dan bertindik di hidung.

Kenal sangat dia dengan kakak DM yang paling kasar dan tidak digemarinya itu.

Gadis itu duduk di atas sebuah bangku. Merokok.

Naim sekadar melihat ke arahnya.

"Nak sebatang?" soalnya.

Dia mengangguk.

"Jom! Kau ketua pelajar, mana boleh kantoi lepak sini!" kata gadis itu. Dia membawa Naim ke sebuah tempat yang tak besar mana tapi nampak selesa dan ada banyak kenangan.

"Kau bawak aku gi mana ni?" soal Naim.

"Haa! Nilah tempat aku lepak. Kalau tak ada kerja kat DM lah tapi orang tua botak tu asyik suruh aku je yang kerja. Budak bagus tu buat kerja sikit-sikit je." kata gadis yang sedang menghulurkan rokok berasap pada teruna tersebut.

"Eh! Nama kau apa? Aku Naim." kata Naim padanya.

"Aku Mia. Kau bukan ketua pelajar ke? Asal aku tak pernah tengok muka kau fly ke ni first time?" soal Mia.

"Haah ni first time." balasnya tenang.

"Asal? First kelas sejarah ke?" soal Mia diselit tawa kecil.

"Taklah.. Seb-Sebab.." teragak-agak Naim mahu menjawabnya.

_DI KAFE_

"zeezee, kau okay ke?" soal Iman pada zeezee yang asyik mengacau-ngacau air Milo nya dengan straw yang diberikan.

"Hang kalau kalut duk pikiaq pasai tadi tu takpalah mungkin hang takdak jodoh la tu ngan dia. Mungkin tuhan memang jumpakan hampa untuk jadi adik beradik tighi ja.." kata Iman pada zeezee.

"Aku sebenarnya Iman, takdelah fikir sangat pasal Naim tu tapi nanti kalau balik rumah time cuti kitorang nampak tak rapat je, mesti Mama ngan Papa tanya.." kata zeezee pening.

"Maksudnya, hang takdak pikiaq pasai dia langsung?" soal Iman.

zeezee menggeleng perlahan.

"Haa, jadinya hang sebenaqnya dah lama la tawaq hati ngan dia.. Lepaih tu hang pi bermanis hati pulak dengan si Kahaq tu.." sambung Iman lagi.

"Yang tawar hati dengan Naim tu betul la. Yang bermanis dengan Kahar tu tak la kut." luah zeezee.

Iman sekadar mengangguk dan memahami.

Dari sipi mata zeezee, kelihatan Kahar yang berada di beberapa meja tidak jauh dari mereka.

Tepat anak matanya bertemu dengan anak mata jejaka itu.

Entah lah mengapa tetapi matanya tak mampu berkelip dan kekal memandang sepasang mata itu. Sepasang mata itu juga turut memnadangnya.

Pandangan zeezee bergerak meneliti wajah Kahar.

Dari kelopak matanya yang tajam, bergerak ke hidungnya yang mancung persis lelaki tertampan di dunia dan akhirnya bergerak ke arah bibir lelaki itu.

Bibirnya merah dan nampak lembut. Macam bukan seseorang yang hisap rokok. Tiba-tiba bibir yang direnung tersenyum senget melihat ada orang merenung dirinya.

zeezee mengalihkan matanya semula ke arah pasangan mata itu.

Mata kanannya terkenyit nakal.

zeezee terkejut dengan perbuatan bersahaja lelaki itu. Pantas dia mengalihkan pandangannya.

Kahar sekadar tersenyum manis melihat teletah gadis pujaannya.

_DI DORM_

"Hang tak tidoq lagi ka?" soal sahabat baik zeezee itu.

"Nak tidur la dah ni.." balas zeezee yang disambung dengan ucapan selamat malam antara satu sama lain.

zeezee menghadapkan kepalanya ke arah siling. Kepalanya pening memikirkan segala yang terjadi hari ini.

Dia tahu yang Naim tidak betul-betul memarahinya pun. Tetapi tetap di benak hatinya, rasa bersalah atas perbuatannya itu. Sepatutnya, dia kena berterus terang dengan Naim.

Bukannya biarkan Naim tahu denga cara begitu..

zeezee mengalihkan fikirannya kepada Kahar. Tiba-tiba dahi yang sedang kerut bertukar menjadi senang. Bibir yang memuncung turut bertukar menjadi senyum.

Terus si gadis terlena dalam senyuman memikirkan lelaki itu.

Haih.. Apa pula berita keesokan hari?

PROJEK : CINTA HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now