"TOLONG LAH DIA!"
_MALAM PERJUMPAAN HIGH COUNCIL SENADI_
"Mana-mana pelajar yang sepatutnya dapat apa-apa anugerah masa majlis tu, boleh claim hadiah ye pada cikgu.. Aku pun tak tahu sama ada cikgu nak buat balik ke tak majlis tu.." zeezee berkata pada semua pelajar di hadapannya.
"Rasanya dah tak ada apa dah yang aku nak cakap.. Semua boleh bersurai-" sambungan kata zeezee dipotong oleh Milya.
"Wait, wait! Tunggu la jap! Malam ni kita ada tetamu jemputan khas dari KUDRAT! Persilakan!" jemput Milya dengan bahagia.
Bulat kedua mata zeezee melihat Kahar, Hakeem, Zahrin dan.. NAIM di kawasan asrama SENADI. Asrama perempuan kut, agak-agak la.
"zeezee, kalau kau rasa kau tu hebat sangat, malam ni aku nak kau fight Kapla KUDRAT!" kata Milya.
Semua pelajar mula pandang satu sama lain.
"Mana boleh! Dia lelaki, aku perempuan! Kadar tenaga tak sama! Kau tak belajar sains ke?!" balas zeezee kemarahan.
"Eleh! Kau kalau takut, cakap je la!" kata Intan di belakang Milya.
Semua pelajar SENADI diam seribu bahasa. Mereka tak mampu nak mengeluarkan walaupun hanya satu patah perkataan.
Saat-saat begini zeezee berasa amat tercabar. Dia melihat ke arah Naim, Naim menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan itu.
zeezee mengalihkan pandangan ke wajah Kahar, dia tersenyum. Lebih kepada senyum menggoda berbanding senyum kejahatan.
"Okay, fine!" zeezee membalas.
Naim mengeluh kasar.
[SEGALA FAKTA YANG DINYATAKAN ADALAH TIDAK SAHIH]
zeezee pernah belajar dengan arwah ibunya tentang teknik menyerang saluran kahak di leher. Kesannya akan membuatkan individu tersebut tidak mampu bernafas normal. Kahak itu hanya boleh dikeluarkan sekiranya individu tersebut mampu untuk mengawal nafasnya dan mengeluarkan kahak dalam masa yang sama. Sekiranya individu itu tak mampu mengeluarkan kahak itu sendiri, terpaksalah disedut kahak itu oleh orang lain. Kebanyakan orang yang berada di situasi ini tidak mampu lagi untuk bergerak kerana lebih cenderung untuk fokus bernafas.
"Korang ready?" soal Hakeem yang menjadi pengadil.
zeezee dan Kahar sekadar membalas anggukan. Mata tidak berkelip dari memandang satu sama lain.
Para gadis SENADI terkedu melihat Kahar tenang melepaskan pakaiannya.
"Ready, fight!" jerit Hakeem kuat.
Jauh di sudut hati Kahar, tidak sampai hatinya untuk memukul seorang gadis yang sudah digila-gilakan oleh dirinya sendiri. Siapa je nak pukul crush sendiri?
'Its okay cinta, for you.. I go chill, okay?' dalam hati Kahar berbisik.
Dek terlalu leka Kahar dengan kecantikan zeezee, sekelip mata sahaja zeezee sudah merangkul leher Kahar dari belakang. Lantas tangannya menyentuh saluran kahak Kahar.
"BAM!"
Bilik itu yang sebelumnya dipenuhi dengan bunyi sorokan para pelajar, kini disentuhi dengan bunyi Kahar terbaring di lantai selepas dibaling zeezee. Kahar tak mampu bernafas.
zeezee terlalu terkejut dengan kejadian itu, dia kian berlari ke bilik air. Diikuti Naim dan suara-suara yang turut terkejut dengan apa yang terjadi di hadapan mata mereka kini.
"zeezee, awak okay?" soal Naim cemas.
zeezee membilas-bilas wajahnya dengan air.
"Okay.. Tapi saya kena tolong Kahar.. Saya tak boleh biar dia macam tu lama-lama, nanti dia mati!" kata zeezee sambil berlari menuju ke tapak fight.
Sebaik zeezee melangkah masuk..
"Hoi pompuan, kau dah buat dia tak bernafas macam ni.. Lepastu kau blah macam tu je!" tengking Milya pada zeezee. Dia hanya mampu menengking, bukannya nak tolong ke apa.
"Tolong lah dia!" jerit Milya lagi.
"Ye ye.. Aku tolong!"balas zeezee.
zeezee menghampiri tubuh Kahar yang terbaring di lantai tanpa bantuan sesiapa.
Matanya masih terbuka layu memandang zeezee. Anak matanya terang menunjukkan dia memerlukan bantuan dari zeezee.
zeezee meletakkan kepala Kahar dia atas ribanya. Semua pelajar bersikap penasaran dengan apa yang bakal zeezee lakukan.
zeezee sudah mendekatkan wajahnya dengan wajah Kahar.
'Patut ke aku buat ni?' terngiang-ngiang di kepala zeezee soalan ini.
Kalau zeezee meneruskan perbuatannya, ada kemungkinan bahawa kahak Kahar akan terlepas masuk ke dalam mulut zeezee.
"Ada tisu tak?" soal zeezee pada beberapa gadis yang masih kaku berdiri di situ.
Mereka mengambil sekotak tisu yang terletak di atas meja dan memberikannya kepada zeezee.
Nafas Kahar kelihatan semakin perlahan.
Segera zeezee mengambil tisu, meletakkannya di atas bibir Kahar.
zeezee meletakkan bibirnya di atas bibir Kahar berlapikkan sehelai tisu nipis. Terbutang mata semua yang berada di sekeliling mereka. Termasuklah Milya dan Naim.
zeezee menyedut kahaknya dalam sekali cuba sahaja dan Kahar mula bangun dan terbatuk-batuk.
Melihat keadaan Kahar yang sudah boleh bangun, zeezee keluar dari bilik itu sambil menarik lengan Naim mengikutnya.
Dia membuang tisu yang berisi kahak Kahar ke dalam tong sampah.
"Awak tak geli ke?" soal Naim padanya.
"Habis tu, awak nak tengok saya masuk penjara sebab biarkan anak orang tak bernafas? Pandai saya buat, pandai lah saya tanggung" jawab zeezee dalam sindiran.
Naim tersenyum melihat perangai zeezee yang satu ni.
"Awak marah ke saya cium dia?" soal zeezee pada Naim.
"Itu kira cium ke? Itu rawatan. Supaya dia kekal bernafas. Lagipun beralas kan? Takpe, saya faham je.." balas Naim tenang.
Mereka sambung berbual kecil. Oh, tak lupa juga apabila Naim dimarah oleh zeezee sebab masuk dalam kawasan aspuri.
Sedang rancak mereka berbual.. Kahar, Hakeem dan Zahrin tiba..
"Korang boleh tak pergi tunggu dulu kat depan sana, aku ada benda nak cakap ngan zeezee.." kata Kahar pada kawan-kawannya.
Naim juga menurut kata Kahar. Memberikan sekucup ciuman di pipi zeezee dan dia berlalu pergi.
"Umm.." suara Kahar.
"Cepat! Aku bagi kau 5 minit je!" kata zeezee.
"Oh.. Okay, okay.. Saya sebenarnya nak cakap sorry sebab selama ni saya banyak provoke awak.." kata Kahar sambil memandang kasutnya tak mampu melihat wajah zeezee.
"Tu bukan girlfriend kau ke?" balas zeezee yang sedang kehairanan dengan penggunaan saya-awak si Kahar ni.
"Ye tapi saya pun rasa bersalah la sebab biarkan je.. Lepas tu saya nak cakap terima kasih sebab tolong saya tadi.. Saya terkedu juga tengok awak sanggup sedut kahak saya semata-mata nak bagi saya bernafas. Tapi, awak memang pandai tinju la.. Tak dapat saya nak nafikan lagi.. and the last thing yang saya nak cakap adalah..." balas Kahar mengangkat wajahnya untuk tidak melepaskan peluang keemasan melihat wajah zeezee yang diidamkannya itu.
"SAYA SUKA AWAK!" jelas zeezee mendengar bait itu keluar dari mulut Kahar sendiri.
'Gila apa lagi jantan ni?!' dalam fikiran zeezee.
Agaknya la kan, kalau korang kat tempat zeezee.. Korang nak buat apa?
YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanfictionApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?