EP. 8

396 36 2
                                    

"DIA BUKAN LAUK MACAM KAU"

"Kesian kau kan?" soal Milya memerli Kahar.

Kahar sekadar buat bodoh seumpama tidak mendengar apa-apa dan mahu keluar dari situ.

"Eh! I tengah cakap dengan you la!" Milya menarik lengan Kahar menghadapnya.

"Kau nak apa?" soal Kahar dingin pada Milya.

Milya ketawa besar. Macam ahli sihir.

"Kau ni teruk kan, Kahar? Kau sanggup ambil lauk daripada pinggan kawan kau sendiri?" Milya mengusiknya.

"Apa yang kau cuba cakap ni?" Kahar tertanya. Sungguh tak faham apa yang cuba Milya sampaikan.

"Kau sanggup ambil awek member kau sendiri?" soal Milya sekali lagi. Dia ketawa besar lagi.

"Kesian kau kan.. Ada crush tapi crush ignore.. Yang dah sedia ada kau buang, yang tak nak kat kau, kau kejar pulak.. Tak faham la aku" kata Milya tenang. Pada wajah je la, dalam hati membara dah.

"Aku tak ambil lauk dari pinggan orang, aku cuma ambil bunga dari jambangan orang.. Sebab, dia bukan lauk macam kau.." kata Kahar pada Milya.

"Kalau kau ni lain lah kan.. Lauk sisa.. Penyangak pun belum tentu nak makan.." kata Kahar pada Milya dan meninggalkannya begitu saja.

Milya menggenggam buku limanya. Matanya mula berkaca.

_DI PAPAN KENYATAAN_

"zeezee, awak dah tahu awak kelas mana?" soal Naim pada zeezee.

Memandangkan SENADI dan KUDRAT dah bergabung, kelas juga digabungkan antara para pelajar. Bangunan asrama masih sama, yang bertukar hanyalah sistem bangunan akademik. Bangunan akademik SENADI akan menjadi bangunan pentadbiran, di mana selepas ini hanya guru dan kakitangan sahaja yang sepatutnya berada di bangunan SENADI semasa waktu akademik. Bangunan KUDRAT akan sepenuhnya menjadi milik pelajar. Dewan makan dan kafe pun hanya digunakan di KUDRAT sahaja.

"Belum.." kata zeezee yang sedang fokus mencari namanya di papan.

"zeezee! Kita satu kelas la!" gembira Naim berkata pada zeezee.

"Oh yeke?! Ada tak siapa-siapa lagi yang saya kenal?" soal zeezee pada Naim yang sedang memberi sepenuh tumpuannya pada senarai itu.

"Ada Iman, Fakhri, Milya, Sabrina, Hakeem, Zahrin dan-" terhenti kata Naim apabila..

"Ada saya!" kuat suara Kahar dari belakang zeezee.

'Ini tak payah toleh pun dah tahu siapa..' bisik zeezee sendirian. Menarik tangan Naim langsung pergi dari situ.

_DI KELAS PUAN FANIZA_

"Good morning everyone!" suara Puan Faniza kedengaran setelah dia menjejak masuk kelas.

Semua pelajar memberi salam seperti biasa.

"I'm so happy today that my class finally not only boys but also include girls.. Hey girls! My name is Puan Faniza if you're wondering!" kata Puan Faniza riang.

"I'm also happy to see zeezee here, I heard from you previous english teacher that you're good in english!"  

zeezee hanya membalas dengan sebuah senyuman apabila hampir seluruh kelas memandangnya.

"Femes (famous) la hang! Tak sia-sia aku jadi kawan hang!" bisik Iman di sebelahnya.

zeezee menepuk bahu Iman sambil ketawa kecil. 

Manis dipandang Naim.. dan Kahar.

"Since this is first time for you guys to be in a class together, I want to give you guys an assignment which requires you to work in pairs." kata Puan Faniza.

Semua pelajar sudah mula pandang satu sama lain tanda mahu buat kerja bersama.

"Oh wait! Stop! Don't give the 'eye thing' yet because I will be the one who will set the pairs." sambung Puan Faniza.

Beliau pun memulakan tugasnya menyebut semua nama-nama yang tertera.

"Iman and Zahrin, Sabrina and Hakeem, Milya and Ikhsan, Naim and zeezee.."

Naim tersenyum sendirian. Terdapat seramai 28 orang pelajar di dalam kelas 5 Atma. 15 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan.

"Wait! No! I can't put Kahar and Fakhri together because you guys might fight each other because Kahar can't be in pair with any boy, you will make a fight so I will put you with zeezee and the last pair will be Fakhri and Naim because you guys are sibling. I think that will be easier for you to understand each other. And zeezee, I want you to teach Kahar. Okay?" sambung Puan Faniza terus menyoal zeezee.

zeezee mengangguk tanda setuju. Ikhlas ke tak, tak tahulah.

Naim mendengus dalam ketidakpuasan hati. Kahar?

Hm, tersenyum sampai ke telinga. 

zeezee menoleh sekilas padanya. 

Kahar memandang zeezee kembali. Kahar mengenyitkan mata pada zeezee. 

zeezee kekal terpaku memandang Kahar.

"So, you guys assignment will be- zeezee! You okay? Why you keep looking at Kahar like that? Anything's wrong? Kahar you also, why you staring at zeezee like that? What happen between you two?" soal Puan Faniza pada mereka berdua yang tidak henti memandang satu sama lain.

"Nothing, Puan-" 

"I was stunned! By her beauty.." Kahar kuat bersuara memotong kata zeezee.

Semua pelajar tergelak mendengar perkara itu. Termasuk Puan Faniza.

Sebenarnya zeezee pun tidak kurang tersenyum mendengar perkara itu. Yang tidak tersenyum hanyalah Naim dan Milya.

"Okaylah. Since I pun tak plan lagi apa title assignment you guys. So the title will be 'Similarity of Me and My Partner'. You guys will be presenting it next Monday, okay?" soal Puan Faniza kepada pelajar kelas 5  Atma.

Semua pelajar mengangguk kepala mereka tanda memahami dan bersetuju.

"So, semua boleh bergerak kepada partner masing-masing untuk bincang apa-apa.." arah Puan Faniza dalam bahasa melayu pelatnya.

zeezee dan Kahar duduk menghadap satu sama lain dengan posisi Kahar sedang bertongkat dagu melihat zeezee. 

Agaknya apa eh persamaan yang mereka jumpai antara satu sama lain?

PROJEK : CINTA HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now