_HARI PULANG BERMALAM_
Setelah seminggu hubungan zeezee, Naim dan Kahar kekal begitu, mereka dibenarkan untuk pulang bermalam selama seminggu.
"Nana!" suara jeritan Megat Arman kedengaran jelas.
zeezee berlari-lari anak sambil menarik bagasinya bersama menuju ke arah ayahnya. Dia memeluk lelaki itu erat.
Sejak ketiadaan ibunya, Megat Arman sahajalah tempat dia menumpang sayang. Mujur ayahnya itu sangat memahami perasaanya waima baru sahaja dia menjaga zeezee.
Sedang berat Megat Arman mengangkat bagasi zeezee ke dalam bonet kereta, kelihatan Naim dari jauh. Lantas zeezee mengalihkan pandangan.
"Papa, Nana masuk dalam kereta dulu eh.. Panas lah.." kata zeezee pada ayahnya. Ayahnya sekadar mengangguk kehairanan. Kebiasaannya zeezee akan jadi manusia yang paling teruja untuk menunggu abang tirinya walaupun sudah berada di sekolah yang sama.
"Hai Pa.." tegur Naim yang kian menghulur salam. Salamnya dibalas.
"Naim, macam mana? Sekolah ok? soal ayah tirinya itu.
Naim sekadar mengangguk tidak berbahasa.
"Eh, Naim masuk la kereta dulu. Papa nak kena pergi tandas sekejap. Cakap ngan Nana sekejap je ya.." kata ayahnya yang terus meluru entah ke mana tandasnya.
Naim masuk kereta. Tempatnya di belakang kerusi pemandu sedangkan zeezee mengambil tempat di sebelah pemandu.
zeezee melihat kehadiran Naim melalui cermin pandang belakang. zeezee terus merenungnya.
Naim berasa tidak tenang dengan renungan itu. Dia mengeluh panjang.
"Bapak kau gi tandas sekejap." kata Naim begitu sahaja.
zeezee sekadar mengangguk dan diam seribu bahasa. Matanya mula berkaca mendengar bahasa kasar yang tidak sebati dengan dirinya oleh Naim.
Naim perasan dari setitis hingga bertitis-titis air matanya mulai mengalir di pipi. Dia tak mampu menangani situasi itu pun sebenarnya. Masing-masing cuba nampak kuat depan satu sama lain.
Naim faham sangat kenapa zeezee menangis sebenarnya.
zeezee tiada orang untuk bergantung harap melainkan ayahnya, ibu tirinya, Naim dan Iman. Itu sahaja orang yang dipercayai dalam hidupnya. Tapi lepas apa yang sudah terjadi minggu lepas, banyak mengubah corak hidupnya.
"Kau tak payah nangis lah. Nanti Papa nampak, kau nak kata apa? Habuk masuk mata? Ke nak cakap sebab kita dah putus?" kata Naim.
zeezee mengelap air matanya. Menahan rasa perit di dada. Salah dia. Dia tak mampu untuk lakukan apa-apa.
Tipulah kalau Naim mengeluarkan fakta kalau dia tidak berasa kasihan pada gadis kesayangannya itu. Cuma, dia rasa bahawa dia patut menaikkan saham dirinya kepada wanita itu. Dia tidak lagi perlu bersikap lembut dan sopan bila bersamanya.
Megat Arman masuk ke dalam kereta dengan penuh kehairanan, keanehan dan yang seangkatan dengannya. Jarang sekali anak-anaknya ini berdiam diri. Selalunya mesti bising sekali.
Ayah mereka faham sangat. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka.
_DI RUMAH_
zeezee bersalaman dengan ibu tirinya lantas membuka langkah menuju ke bilik tidurnya. Ibu tirinya turut kehairanan.
Mama dan Papa memberi pandangan antara satu sama lain dengan sikap kedua-kedua anak mereka.
"Gaduh la tu" kata Papa tatkala keduanya hilang dari pandangan mata.
YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanfictionApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?