"TERIMA KASIH JE?"
Pejam celik pejam celik dah seminggu berlalu.
"zeezee, hang okay ka dak ni?" soal Iman yang sudah hampir 3 minggu melihat zeezee berkelakuan aneh.
zeezee membisu tanpa suara dan terus bermain dengan makanan sarapan yang disediakan pada pagi ini.
"zeezee! Hang dengaq tak aku habaq dengan hang ni?" Iman menguatkan suaranya sambil mengetuk-ngetuk meja makan meminta perhatian daripada zeezee.
"Haa yaa! Apa dia?" soalan zeezee yang baru kembali ke realiti.
"Aku penat la cakap dengan kau ni.. Buat penat je.." kata Iman lagi.
"Kau fikir apa sebenarnya? Ke kau nervous sebab hari ni first time kita kena gabung dengan KUDRAT?" sambung Iman lagi sambil mengangkat-angkat keningnya tanda mengusik.
"Haa betul la tu.." balas zeezee tak bermaya. Terang-terang dia tengah tipu Iman.
"Macam ni la zeezee, kau ni lah satu-satunya kawan baik aku dari tingkatan 1. Aku dah kenal sangat perangai kau. Aku tau kau tengah tak okay, dan aku tau kau tak sedia lagi nak bagitau aku apa-apa. Takpe, aku faham. Nanti bila kau rasa dah tiba masanya, kau bagitau je kat aku. Aku akan sentiasa ada untuk hang." kata Iman memujuk zeezee.
"Yelah.. Kau ni cakap bercampur la, sekejap berloghat.. Sekejap cakap biasa.. Cuba pilih satu-satu." gurau zeezee pada Iman. Iman sekadar tersengih.
"PERHATIAN! PERHATIAN KEPADA KETUA PENGAWAS SENADI SILA BERGERAK KE BILIK PENGETUA SEKARANG!" jelas kedengaran suara pengumuman pengetua dari speaker Dewan Makan.
"Haa tu dia! Pergi!" Iman menghalau zeezee.
_DI BILIK PENGETUA_
knock knock!
"Masuk!" kuat suara Ibunda Fateema berkata.
zeezee melangkah masuk dengan sebuah senyuman.
"Assalamualaikum, Ibunda ada apa-apa yang penting ke sampai panggil zeezee ke sini?" soal zeezee pada Puan Fateema.
"Hm, ada zeezee tapi bukan sekarang.. Sekarang ni awak kena tolong saya bawa buku-buku ini ke bilik stor terpakai KUDRAT. Boleh kan?" soal Puan Fateema.
"Oh, boleh je.." balas zeezee. Sebaik zeezee membalas, Puan Fateema pun keluar dari biliknya.
zeezee menoleh ke arah buku yang perlu dibawanya.
'NOH! BANYAKNYA BUKU!' kata zeezee dalam hatinya saat melihat buku yang perlu dibawa hampir setinggi paras pehanya.
"Aku nak bawa sikit-sikit, nanti banyak pulak kenal ulang-alik.. Bawa je la semua!" kata zeezee sendirian.
zeezee pun dengan perlahan mula membawa semua buku.
'Aduh beratnya!' kata zeezee lagi dalam hati. Dia berjalan dengan perlahan untuk memastikan tiada buku yang terjatuh atau tercicir.
_SETIBA DI KUDRAT_
'Alamak! Lantai licin la pulak! Semalam hujan lebaaaaatttt!' jerit hati zeezee.
"BUSH!"
Semua buku yang berada di tangan beterbangan di udara dek zeezee tergelincir di hadapan tangga.
Haa! Cantik sangat! Kahar sedang lepak di tangga tersebut.
"Awak!" jerit Kahar.
"Awak okay?" soal Kahar pada zeezee.
"Okay.." balas zeezee perlahan.

YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanfictionApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?