"AWAK OKAY?!"
Malam yang dinanti-nantikan telah pun tiba!
Para pelajar SENADI cantik-cantik belaka. Tidak kurang dengan pelajar KUDRAT yang kelihatan sungguh kemas dan segak.
_DI RUMAH KASTURI_
"Oiiiiiii handsomenya abe Kahar kitaaaa!" kedengaran suara Hakeem dari kaki lima aras asrama.
"Diamlah si*l!" balas Kahar dengan wajah yang gembira.
"Ni kiranya segak-segak untuk Milya laa ni?" soal Zahrin.
"Ye kut.." balas Kahar perlahan.
"Ke untuk pompuan yang tibai kau hari tu?" soal Hakeem.
Kahar memandang Hakeem dengan jelingan yang tajam.
Tapi sebenarnya jauh di sudut hati Kahar, ada betulnya apa yang Hakeem cakap. Kahar tak sabar nak jumpa dia. Mesti zeezee cantik sangat malam ni, kan?
_DI DEWAN BESAR SENADI_
"Seterusnya melangkah masuk, pelajar-pelajar KUDRAT!!" jemput pengacara majlis penuh keriangan.
zeezee sedang berada di belakang pentas memandangkan dia bakal membuat persembahan. Tetapi matanya tak berhenti berkelip dari pintu masuk yang sedang dipenuhi dengan pelajar KUDRAT.
Matanya lilau mencari kekasih hati, Naim. Tapi matanya berubah arah apabila melihat perjalanan masuk pelajar KUDRAT diketuai oleh Abdul Kahar yang pakaiannya malam ini lebih menunjukkan ketampanannya.
Lelaki itu mengenakan tuxedo hitam bersama kemeja putih di dalam dan sengaja meninggalkan beberapa butang tidak berpasang.
Tidak berkelip mata zeezee melihatnya.
"Hoi pompuan! Kau tengok apa?" keras suara di belakang zeezee menegur. Milya.
"Tengok stage la.. aku rasa ada benda tak settle lagi.." bohong zeezee pada Milya.
"Hmm.. cuba kau tengok lelaki yang depan sekali tu.." kata Milya sambil menelunjuk pada seorang lelaki yang direnung zeezee tadi.
"Itu aku punya!" sambung kata Milya lagi.
"Ambillah! Macam pulak aku kisah pasal kau!" balas zeezee yang kian berlalu pergi meninggalkan Milya yang tersenyum senget berjaya menyakitkan hati zeezee.
Tidak kata mata zeezee sahaja melilau. Mata Kahar dan Naim turut melilau mencari gadis yang berlainan..ke sama?
"Sudah hampir setengah jam kita memulakan majlis, apa kata kita teruskan dengan persembahan nyanyian bertajuk Jatuh Cinta dari IAMNEETA yang bakal dinyanyikan oleh zeezee!!!" riang suara dua pengacara, Aniq dan Ninna.
Terbuntang mata Kahar melihat gadis itu di atas pentas.
'Cantiknyaa..' fikiran Kahar.
Gadis itu memakai dress berwana 'light blush pink'. Mempunyai solekan yang cukup sekadar menaikkan seri wajahnya.
Sedang khusyuk zeezee menyayikan lagu itu sehingga selesai.
"Sedap gak eh suara dia.." bisik Zahrin perlahan dI telinga Kahar.
Kahar membalas senyuman.
Naim agak hairan, kenapa Kahar tak berhenti pandang zeezee?
Untuk zeezee, bertumbuk dengan Kahar pun Naim sanggup!
Tamat sahaja nyanyian zeezee..
"Sekian, terim-"
"Nana!" ada jeritan suara Naim yang menolaknya di atas pentas. Membuatkan posisi Naim terbaring di atas zeezee.
YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
FanficApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?