"KESIAN KAN SAYA?"
"So, shorten the story.. Saya anak luar nikah.. " zeezee berkata dengan tenang di atas baku yang dikongsi dengan Naim di bawah sebuah pohon.
Terbeliak mata Naim yang mendengarnya.
"Maksudnya, Papa tu bukan-" kata-kata Naim terhenti apabila zeezee meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
"Shh Shh.. Saya tak buka ruang QnA lagi" balas zeezee.
"After arwah mak saya figure out yang dia mengandungkan saya, dia terus bagitahu Papa.. Papa tak nak bertanggungjawab. Atok saya ugut Papa untuk tetap berkahwin dengan Mama sebelum saya ni terlahir berbintikan Abdullah. So, Papa pun terpaksa terima takdir dan kahwin dengan mak saya.."
"Lahir je saya tak sampai 2 bulan, Papa ceraikan arwah mak saya.. Saya membesar tanpa seorang ayah sampai la umur saya 13 tahun. Kalau awak nak tau, arwah mak saya was an ex of ahli tinju negara. Jadi kiranya, saya membesar memang dengan tinju.."
"Dulu, masa saya kecil kan.. Habis je sekolah rendah, balik rumah terus tukar baju lepas tu ikut arwah Mama pergi court tinju.." sambung zeezee lagi dalam senyuman. Rindu sangat pada arwah ibunya.
"Lepas tu, Mama saya meninggal.. Saya duduk la rumah Atok saya sampai satu hari tu Papa datang.. Dia kata dia nak jaga saya.. Mula-mula tu saya tak nak ikut.. Tapi bila saya fikir balik, siapa lagi nak jaga saya kan.. Atok pun dah tua masa tu.." kata-kata zeezee ditemani matanya yang mula berkaca.
"Saya hidup berdua je dengan Papa hampir 8 bulan.. Sampailah dia kata dengan saya dia nak kahwin dengan Mama.. Jujur la kan, lepas saya duduk dengan dia.. Saya tak kisah langsung dengan apa yang dia nak buat.. Until dia kahwin dengan Mama, saya jumpa awak.. Saya rasa macam dia dah bagi saya satu kebahagiaan yang baru.. Hati saya secara tak langsung dah boleh terima dia sikit demi sikit dalam hidup saya.. No matter what it is, he still my father right?" zeezee akhiri kisahnya dengan air mata bergelinang di wajahnya.
Naim sekadar diam seribu bahasa. Tidak pernah sekali pun terjenak di fikirannya tentang kehidupan zeezee.
Mata Naim yang masih memproses cerita zeezee dan mata zeezee yang masih terkandung air mata berkongsi pandangan.
"Kesian kan saya?" soal zeezee pada Naim sejurus air matanya mengalir di pipi.
Laju Naim menarik lengan zeezee membawanya ke dakapan Naim.
Kehangatan yang sangat diperlukan zeezee pada waktu ini. Rindu pada arwah ibunya takkan pernah hilang walaupun sedetik.
Hampir seminit mereka kekal dalam posisi itu. zeezee mendongakkan wajahnya..
"Terima kasih sebab sudi faham kisah saya.." zeezee memandang tepat ke dalam mata Naim.
"Kalau bukan saya, siapa lagi sayang?" soal Naim tenang.
Soalan Naim dibalas dengan sebuah kucupan di pipi dan senyuman manis zeezee. Naim turut tersenyum dengan teletah comel zeezee.
Tanpa disedari, adegan manis mereka diperhati ketat oleh Kapla KUDRAT, Kahar.
"Uit! Jealous ke?" tegur suara Hakeem di belakang.
"Ish! Kau ni!" balas Kahar menepuk bahu Hakeem kuat sambil terjenguk-jenguk sekiranya Milya terdengar.
"Takde. Aku dah check line tadi." kata Hakeem pada Kahar yang masih kerisauan.
"Takdenya aku nak jealous jealous bagai.." balas Kahar pada soalan Hakeem yang pertama tadi.
"Hmm.. Takdenya Kahar.. Kau nak tipu orang lain boleh laa, kau nak tipu Ahmad Hakeem lambat lagi kut.." kata Hakeem.
Kahar terdiam tanpa suara.
"Macam mana penangan dia? Ini lah apa yang aku cuba nak cakap dengan kau Kahar pasal hati. Dulu bila aku nak cakap dengan kau serius pasal ni mesti kau gelak-gelak. Masa tu, ye lah kau gelak-gelak sebab kau couple dengan Milya tu pun bukan sebab kau betul-betul suka dia pun.. Tapi sekarang lepas jumpa zeezee, kau punya gelabah.. Takleh bawa bincang si*l" kata Hakeem padanya sambil turut melihat pada sepasang kekasih di bawah pohon itu.
"Obvious sangat ke aku?" soal Kahar.
"Kau takde la obvious.. Cuma aku je yang dah terlebih kenal kau Kahar. Lagi-lagi waktu zeezee rapat sangat dengan kau tadi. Biasanya even Milya sendiri rapat dengan kau mesti kau akan semak.." jawab Hakeem tenang.
"Sebenarnya ini first time kau betul-betul suka someone, kan?" soal Hakeem.
Kahar kekal mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa sebenarnya perasaan ni. Ini ke 'butterfly in the stomach' ?
"Wah wah! Abe Kahar kita dah ada cinta hati la!" sukanya Hakeem menyakat Kahar. Siapa je tak seronok kan? Dapat tahu Kahar yang hati sekeras batu ni pun boleh jatuh cinta la.
"Ini bukan cinta hati, ini cinta sejati" balas Kahar perlahan.
"Ayeee! Aku dengar tu Kahar! Aku dengar tu!" usik Hakeem lagi. Seronoknya hati seorang sahabat melihat rakannya sendiri jatuh cinta.
"Tapi tak boleh la.. Aku tak ambil bunga dekat jambangan orang.. Tambah-tambah lagi jambangan tu, spesies jambangan aku sendiri." balas Kahar kian merenung Naim dan zeezee.
Maksud kata-katanya amat dalam apabila dia cuba menyatakan bahawa dia tak akan sesekali ambil cinta orang lain, terutama lagi bila cinta tu pula merupakan cinta kawannya sendiri.
Kahar bukan jenis kawan tikam belakang.
"Habis tu, kau nak buat apa?" soal Hakeem hairan.
"Tunggu je la Hakeem.. Ada jodoh ada laa.." balas Kahar pasrah.
Sibuk mereka membincangkan isu itu, terfikir di benak Kahar tentang hari yang dimaksudkan oleh Milya tentang hari yang Kahar akan melindunginya..
Agaknya la kan.. Hari apa tu?

YOU ARE READING
PROJEK : CINTA HIGH COUNCIL
Hayran KurguApa jadi eh kalau Kahar aka Kapla High Council jatuh cinta?