"Niena tak bermaksud nak buat macam tu". Aku ingat lagi kata-kata si penipu itu. Wujud lagi perempuan sepertinya di abad ini. Yang suka bermain dengan perasaan lelaki dan tak jujur.
Lamunan aku terhenti apabila mendengar desas-desus memanggil namaku. "Hoi Qusyairi. Kalau kau dah tak berminat nak bekerja baik kau tidur dirumah buat taik mata". Bebel ibu.
Aku menarik muka. Ibu asyik-asyik menyalak dari pagi sampai petang. Kadang aku fikir mungkin salah satu punca ayah melarikan diri.
Selepas ayah dan ibu berpisah 4 tahun lepas, berjajar di food truck adalah punca pendapatan aku, ibu dan abang. Badanku terasa lelah tambahan pula kes semalam yang masih terngiang-ngiang dalam ingatan.
"Dik nak lamb chops" pesan seorang pembeli. Aku mengambil pesanan itu dengan menulisnya di sebuah nota kecil lalu diberikan kepada Quzhaimi.
Aku merehatkan diriku di kerusi yang sedia ada. Aku membuka telefonku lalu mengetik galeri. "Hey minah minah yang kena aku. Blah macam tu jek. Apalah nasib kau Kucai. Muka kacak macam ni kena game". Keluhku dalam hati.
"Bro!" Aku tidak asing lagi dengan suara ini. "Hafiz?" Teman yang dikatakan tempatku berteduh tapi malang sekali semalam terbukti. Hafiz hanyalah tempat berteduh dikala hujan renyai-renyai saja bukanlah dikala hujan lebat.
Kami bersembang seketika. Ibu membenarkan aku bermesyuarat dengannya. "Apa pasal ke sini?" Tanyaku ragu-ragu. Dia menggeleng kepala. "Aii Kucai. Vvip je ke boleh datang sini. Orang macam aku ni tak boleh?"
Aku sedar Hafizlah yang sering menukar suasana yang suram jadi ceria. "Apa cer malam tadi? Sorry bro aku high terok lah. Eh malam tadi kau balik sendiri ke?" Soalan itu menyebabkan aku tergelak.
Dia tergumam. "Wey Chaii aku tak melawak lah sial". Aku menolak-nolak bahunya. Andailah kau tahu apa yang berlaku semalam mengerikan hidupku selama 20 tahun ini.
"Dah lah Fiz tu ada customer. Gerak lu". Dia pasrah denganku. Cubaan mengelak yang kulakukan berjaya. Aku kembali ke rutin asalku. Hafiz pula telah hilang dari radar. "Dasar anak bertuah". Ujarku dalam hati.
"Ye cik nak apa?" Tanyaku kepada pelanggan yang berdiri di hadapan food truck kami sekeluarga. Dia memakai topi dan berhoodie hitam. "Menu apa yang best kat sini?" Dia mengangkat mukanya lalu kami bertentangan mata.
Aku membeku. Wajahnya seperti aku kenal tapi lupa. Aku mengerutkan dahi menyelesaikan teka-teki band 5 ini. "Kita pernah berjumpa kah?" Aku mengutarakan soalan itu padanya.
Dia tersenyum sinis dan memberikan raut wajah yang gerun. "Qusyairi" panggil ibu. "Apa yang lama sangat ambil order tu". Bola mataku keatas. Ibu kalau tak potong baris memang tak sah.
"Sate ayam 20 batang dan chicken chops". Pintanya. Aku cepat-cepat menulis pesannya selepas ditegur ibu. "Hantar sekali erk kat meja 12". Sambungnya lagi. Sejujurnya mindaku masih bermain teka-teki siapakah gerangan lelaki itu.
10 minit berlalu dan pesanan lelaki itu siap terhidang. Aku membawa makanannya ke meja yang telah diberitahu awal tadi. Aku menghampiri dia dan teman-temannya. Mereka memesan pelbagai menu dari pelbagai food truck yang ada.
Jantungku hendak meletup kerana aura mereka bagaikan bertemu dengan mafia yang serba hitam. "Hey ko ingat Niena?" Ujarnya lalu bangun dari tempat duduknya. Aku mengangguk dan akhirnya dapat menyelesaikan teka-teki aras 5 tadi.
"Aku dengan Niena dah tak ada apa-apa. Percayalah. Aku tak sangka yang kau ni - yah". Ayatku terputus-putus. Akhirnya aku dapat mencari siapakah penumbuk itu. Aku hairan kenapa Niena sanggup berbuat demikian. Adakah dia nak mengeruhkan keadaan?
Kulihat lelaki itu berpuas hati dengan jawapanku. Dia duduk semula dari kerusi itu. Jiwaku yang seperti ditarik malaikat kini kembali tenang namun mataku terlihat seseorang yang masih segar dalam ingatanku.
Aku memerhatinya tanpa mengerdipkan mata walaupun sesaat begitu juga dengannya. "Sean?" Kataku dalam hati. Ah sialan here we go again. Aku cepat-cepat melarikan diri daripada geng perosak itu.
"Kau dah kenapa tercungap-cungap". Tanya Quzhaimi. Aku menghiraunya dan kembali semula ke tugasku iaitu mengambil tempahan pelanggan.
[Di rumah]
Langit menunjukkan empat perempat gelap. Kami bertiga mengeluarkan semua perkakas yang digunakan semasa berniaga tadi. Inilah rutin harian kami sekeluarga. Keluar pukul 5 petang, balik 12 malam.
Bak kata ibu "nak harapkan bapak kau tu kebulur aku siap hari bulan duduk bawah jambatan". Setiap kali aku mengeluh sendirian aku akan ingat ayat tersebut. Pesanku sayangilah ayah korang selagi dia masih ada.
"Qusyairi" lenganku ditahan seseorang dari belakang. Aku memandang ke arah pemanggil begitu juga dengan ibu dan Quzhaimi. "Siapa tu Qus?" Tanya abang. Aku mengelabah pabila menyedari siapakah orangnya.
Ibu juga turun padang sebabnya ingin tahu siapa yang malam-malam buta memekak sepertinya tiada hari esok. "Siapa tu Qusyairi?" Aku tegagap-gagap menjawab pertanyaan ibu dan abang.
"Saya Sean. Kawan dia". Jawabnya dengan pantas sepantas tupai melompat akhirnya Qusyairi tewas jua. Aku memandang tajam ke arahnya. Takkan nak culik aku lagi?
Keadaan berubah seperti yang disangka. Ibu menyuruh Sean bertandang ke rumah malah diusap-usap kepalanya. "Ey Qus tengok tu. Dah lupa kot kita ni anak dia". Abang geli hati melihat gelagat ibu.
Aku pula berdiri persis patung barbie di luar rumah akibat masih tak percaya dengan kedatangan si sial tak diundang itu. "Cepat lah Qusyairi Firdaus angkat barang tu. Cukup lah kau membabi buta kat kedai jangan pulak disini.". Omel ibu.
Aku masuk ke dalam rumah sambil membawa barang-barang dari kedai. Kedatangan si sial itu disambut baik oleh ibu. Aku dan Quzhaimi seolah-olah anak jiran sebelah dibuatnya.
"Duduklah dulu buat macam rumah sendiri. Aunty nak mandi jap. Ha kau pulak Qusyairi buatkan air. Kawan kau tu pembawa rezeki tau". Kata ibu.
Ibu juga berbisik kepadaku disaat mengeluarkan ayat terakhir itu. Aku pasrah dan pergi dengan rela hati ke dapur untuk membuat air. Mataku sentiasa melemparkan pandangan maut kepadanya.
"Eh Qus. Aku tak pernah tengok kawan kau tu". Tanya Quzhaimi. "Kawan baru eh?" Sambungnya lagi. Aku meluat rasanya ingin memuntahkan semula mi goreng yang dimakan tadi.
Usai membuat secangkir kopi aku menghidangkan terus kepadanya. "Eleh kau jangan ingat aku akan layan kau macam YB eh". Kataku dalam hati. Kusedari wajahnya terlampau bangga dan hidungnya terlalu tinggi.
Ibu pun satu hal. Cepat sangat percaya kat orang. "Nah minum lah. Aku nak mandi". Suaraku kedengaran mendatar. Bayangkan kau tengah bercerita masalah kau tapi tak ada orang nak dengar.
tbc>>>
YOU ARE READING
[C] Aku Untuk Dia | bxb
Fanfiction"lupakan pasal malam tu boleh?" - Qusyairi "Tak boleh sebab aku dah tersuka kau" - Sean