[8.30 pagi]
Pagi sudah menjelma tapi bayangan Sean sudah lenyap disebelahku. Ai mamat ni 'check out' macam tu je. Ingat rumah aku ni hotel ke?
Sebelum dibebel ibu, aku bergegas mandi dan sarapan pagi dengan pantasnya. Aku disuruh ibu ke pasar untuk membeli barang basah kedai kami.
Aku berhempas pulas memujuk Quzhaimi agar menemanku tapi di 'palau' begitu saja. "Mi temanlah kejap. Boringlah pergi sorang-sorang" keluhku.
Dia menghiraukan aku sambil bermain telefonnya. Dasar abang tak guna. "Apa kau ni. Ada orang culik ke? Pergi sorang lah!" Balasnya.
Ikutkan hatiku ingin menamparnya dengan tapak kaki selebar 6 inci ini tapi ibu dah memberi isyarat nak tampar aku dulu.
Jadinya aku sendirian menaiki motor ke pasar. Beberapa minit berlalu, akhirnya aku sampai juga ke pasar tani tak jauh dari kediamanku.
Sebaik saja melangkah kaki ke pasar itu, tiba-tiba ada sosok lelaki disebelah kananku sedang mengekoriku. Dah agak. Si Sean tapir gemuk tu.
Ingatkan drama malam tadi dah habis rupanya masih bersambung. Apalah nasib yang namanya Qusyairi Firdaus ye. Asyik kena kepung dengan tapir.
"Adoi dia lagi" keluhku dengan suara yang halus. Aku harap dia dengar keluhku yang tak seberapa ni. Heran aku, aku ke kanan. Kananlah dia. Ke kiri aku, ke kirilah dia.
Sejak bila aku bagi nasi kangkang dekat kau ni Sean? Yang lebih menyakitkan dia buat muka tak tahu je. Kalau aku dikurniakan kuasa didunia ini, kau orang pertama aku hapus dari muka bumi ini.
Sudah lebih setengah jam aku mencari barang basah di pasar tani, sebanyak 90% barang terjumpa selebihnya boleh cari di pasar raya. Menyebalkan si tapir masih melekat disisiku.
"Sabar jap, jap je", pinta Sean sambil menahan-nahan tubuhku. Aku menghela nafas supaya membuang rasa 'annoying' terhadapnya.
Dia menghulurkan sebuah beg kertas berukuran kecil molek. Dahiku berkerut apakah pertanda ini? "Apa ni? Untuk apa?" Tanyaku bertubi-tubi. Aku sempat mengitai tulisan yang tertera disitu.
Mataku membulat kerana tulisan tersebut merupakan sebuah brand yang popular di serata dunia. "Ambiklah. Aku ikhlas. Ni bukan untuk apa-apa, saja bagi?" Katanya selamba.
Saja bagi? Wey Calvin Klein ni woy! Ibu yang melahirkan aku ni tak pernah nak bagi saja-saja benda macam ni. Aku memandangnya dengan muka yang serabut dan keliru.
Aku fikir pasal malam tu prank je. Ayatnya begini "Give me a chance dear Qusyairi". Rupanya dia serius. Kami tiba-tiba bertentangan mata seketika betul-betul di tempat parkir motor pasar tani itu.
"Ouh lupa. Ibu. Ibu nak barang" Aku tersedar bahawa ulahku menandakan bukan diriku sebenar. Qusyairi yang gagah pergi mana? Ayatku tadi terputus-putus dan bergetar seolah ingin melarikan diri dari Sean.
[12 tengah hari]
Apabila sudah sampai dirumah, ibu terus menghentam aku dengan mulut tempayan telah diwarisi dari keluarganya. "Kau ni beli barang ke tengah tolong orang berjual sekali? Mati akal aku ni tunggu barang dari kau!".
Perang sudah sedia dan aku cepat-cepat menutup telinga. "Alah ibu tak tahu ke? Qus sempat dating tadi". Mataku membulat kerana difitnah mentah-mentah oleh Quzhaimi.
"Apak kau! Menuduh je!" Balasku dengan amarah. Selepas itu aku ke bilikku untuk berehat menyimpan tenaga untuk petang nanti di kedai. Aku hampir terlupa 'barang' yang telah diberi Sean tadi.
Aku mengunggah isi yang ada dalam beg kertas tersebut dan membuka sebuah kotak kecil. Jiwaku tidak nyaman dan berdegup kencang. Entah apa lah mamat ni bagi.
SIALAN! Ujarku dengan kuat sekali. Tanggapan yang indah dari rupanya kini musnah kerana isi tak setimpal dengan luaran. "Sial kondom!".
Harapan ku punah dan sepenuhnya hancur disebabkan Sean. "Kurang ajar punya jantan tak de barang lain ke?" Kataku dengan kesal sekali. Kau tunggu malam ni kalau aku jumpa kau memang aku kerat-kerat tangan kau!
"Woi Qus! Buka pintu ha!" Aku cepat-cepat menyembunyikan 'hadiah' berhantu dari Sean. "Member kau call". Aku keliru kerana tak pernah dalam sejarah hidup aku member call guna nombor Quzhaimi.
Aku menjawab panggilan itu lalu mendengar sebuah tawa yang tak asing bagiku. "Hey cimak kau asal?" Ujarku. "Sayang dah bukak barang tu?" Usik Sean. Ah tak kisah tentang barang tu, yang menjadi persoalan macam mana dia dapat nombor abang aku?
Enggan menjawab soalan bodoh darinya, aku mematikan panggilan tersebut dan mengusir Quzhaimi. Aku membaringkan tubuhku ke atas katil dan terfikir sejenak. "Macam mana dia dapat nombor abang aku?"
[Di kedai]
Kedai sudahpun buka malah Hafiz dan Addy merupakan dua insan yang mempamirkan wajah di kedai ini. "Hi Kucai!" Sapa Addy dengan riang sekali. Eleh nak makan free lah tu.
"Korang duduk lah dulu. Tengah prepare." Aku, ibu dan Quzhaimi bertungkus-lumus menyiapkan segala bahan dan peralatan memasak. "Hi Qusyairi!" Sapa seseorang namun wajahnya kubelum lihat kerana pandanganku hanya tertumpu kepada bahan masakan.
Aku membalasnya tanpa usul periksa. "Aku dah kata duduk dulu kan". Tanggapanku hanya pada sosok dua insan 'terbiar' iaitu Hafiz dan Addy. "Eh apa anak kesayangan ibu buat kat sini. Nak order eh?"
Perkataan 'anak kesayangan ibu' tersebut membuatkan aku mengecam gerangan yang memanggilku tadi. Akhirnya aku memandang empunya suara itu, yes Sean. Tapir tak guna tu.
"Meh sini tolong kiteorang". Pinta Quzhaimi. Abah dia aku tak sempat berkata-kata malah dua anak beranak ni sesuka hati buat keputusan. Sean terus berganjak masuk kedalam ruang penyediaan dimana tempat aku berada sekarang.
"Tak yah lah sini. Sana tu dekat Quz". Bisikku secara diam-diam agar tidak didengar atau diketahui ibu. "Kau ni kan ish benda bukan-bukan kau bagi". Bisikku lagi. Sean hanya terkekeh sakan macam orang gila.
Kalau aku dikurniakan anugerah dapat membaca fikiran orang, manusia pertama adalah Sean. Sepanjang aku kenal dia kalau tak gelak, tersengih tak pun tersenyum bila aku mula membebel tak sah. "Kau memang tak ada kerja ke?"
Tanyaku lagi. Dia menggeleng. Muka je kacak badan je lawa tak akan tak ada kerja. Aku tak mempercayainya. "Nah hantar ni kat meja sana". Aku menyuruhnya menghantar sejumlah makanan 'free' kepada dua insan terbiar iaitu Hafiz dan Addy.
Beberapa jam berlalu akhirnya kedatangan pelanggan telahpun reda. Inilah masa sesuai untuk aku menyiasat Sean dari ubunnya sehinggalah ujung kakinya. "Ey motif kau bagi bendalah tu?"
"Banyak kali tanya ni, nak lagi ke?" Aku terkejut mendengar jawapan itu lalu menendang kerusinya. Sialan aku mengenduh sakit 'AHH'. Dia ketawa lagi tapi kali ini lebih kuat sehingga didengari ibu dan Quzhaimi.
Aku masak dengan perangainya iaitu aku hanyalah jadi bahan tawa Sean sahaja. "Amboi bahagianya suami isteri ni" usikkan Quzhaimi membuatkan pipiku merah. Ini bahaya ni mulut dia mau kena cili.
Tak lama kemudian keadaan yang lengang bertukar sesak semula. Baru nak cecah klimaks ada saja pengganggunya. Tugas kami berempat kembali sibuk seperti sebelumnya. Namun demikian, hal tadi belum lagi berakhir.
tbc >>>
YOU ARE READING
[C] Aku Untuk Dia | bxb
Fanfiction"lupakan pasal malam tu boleh?" - Qusyairi "Tak boleh sebab aku dah tersuka kau" - Sean