Kami diarahkan oleh ibu agar tutup kedai lebih awal dari sebelumnya. Kami pun mengemas apa yang patut dan mula mengangkat kaki dari situ. "Em aunty. Qusyairi ikut saya boleh? Nak jalan-jalan sikit".
Abah dia tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak ajak aku keluar. "Boleh. Tapi jangan minum. Ingat tu Qusyairi Firdaus Bin Saleh". Aku mengangguk.
Kami semua pun berpisah ke arah bertentangan. Sejujurnya dimindaku mendesak untuk berfikir mainan Sean mengajak aku keluar dengan tiba-tiba.
Dia ni bukan boleh percaya jugak. Zaman sekarang ni nak jadi penjahat tak kira muka baik ataupun tak. Semenjak dia pernah 'menculik' aku, semua tanggapan aku terhadapnya buruk.
Ini kali pertama aku menaiki keretanya. Cukup luxury dan aku dah agak dia bukan orang-orang sembarangan. Aku kurang pasti kerana tak pernah siasat background Sean bahkan nama penuhnya juga aku tak tahu.
Apalah kau ni Qusyairi patut jugak orang culik dan pukul kau. Bodoh. Bebelku dalam hati. Kemudian, dia memberhentikan keretanya disebuah pusat beli belah.
Kami pun turun dari perut kereta dan mula melangkahkan kaki ke mall. Sebenarnya, dalam perjalanan tadi, kami berdua sepatahpun tak berkomunikasi.
Satu kata barangkali aku dengan Sean 'kekok' keluar berdua bagaikan tengah dating. Ahh malu sial. "Kita makan dulu nak?" katanya berjaya memecahkan suasana sunyi sepi semenjak dari tadi.
Aku mengiyakan saja kemanapun dia pergi. Usai mencari tempat makan yang dipilih Sean lalu memesan makanan sesuai dengan tekak masing-masing.
"Aku belanja, jangan risau. Kau tak cuci piring lah". Sempat lagi kau usik aku eh. Aku tampo kang.
"Apa kaitan cuci piring. Ingat aku tak ada duit eh?" balasku dengan megah sekali. Dia seperti selalunya tergelak dan terkekeh macam orang gila.
Dalam aku dan Sean enak menjamu selera, namun ada perkara yang tak diingini berlaku. Malang sekali kami terserempak dengan insan yang pernah menumbuk perutku pada malam aku kemabukkan dan juga Niena ada dengannya.
Siap berpegangan tangan lagi. Sialan tak guna punya minah. "Janganlah dekat, janganlah datang sialan" gumamku dengan suara perlahan tapi dapat didengari Sean.
Wajahnya Sean turut gelisah kerana lelaki tersebut temannya. Gagal menyelamatkan diri masing-masing akhirnya kami berdua tertangkap juga dengan lelaki ngeri itu.
"Hey Daniel Sean!" Sapa lelaki ngeri tu kepada Sean. Aku menunduk-nunduk kepala untuk mengelak daripada Niena dan lelaki tersebut.
Tapi gagal juga kerana Niena mula mengecam aku. Ish sialan. "Qusyairi?" tegurnya. Aduimak minah ni spoil mood betul.
Aku mengangkat mukaku lalu melihat mereka berdua yang tampak lagi bermesraan bagaikan pinang dibelah dua. Mata lelaki itu terbeliak besar melihat bekas teman lelaki Niena bersama Sean, sahabat karibnya.
Kulihat wajah Sean sedang menyusun ayat-ayat untuk dijadikan jawapan sebelum soalan 'macam mana korang kenal' dilepaskan. Aku hanyalah diam kerana masih bengang dengan Niena dan keadaan yang tengah berlaku sekarang.
"Ouh aku faham sekarang. It's okay bro kau tak perlu explain. Sorry ganggu korang makan" katanya. Aku terkejut dengan kata-kata lelaki ngeri itu seolah-olah buta dan hilang ingatan dengan perkara yang pernah berlaku sebelum ini.
Hakikatnya, dia dah beberapa kali melihat wajahku yang tak seberapa ini. Kami berdua mengiyakan lelaki ngeri itu bersama teman wanitanya lalu memandang muka antara satu sama lain.
"Apa maksud dia?" Sean mengangkat kedua-dua bahunya menandakan tak tahu. "Dahla sambung makan. Lepasni kita balik. Kalau lambat hantar kau, mak kau membebel tu satu hal lagi" ujarnya menggunakan nada yang malas dan tak bermaya.
[11 malam]
Aku diberhentikan betul-betul dihadapan pagar rumahku. Dia mengingatkanku pada satu drama dimana ada pasangan kekasih iaitu watak hero tersebut akan bersikap lembut kepada heroin.
Bahkan tak mahu satupun orang berani menyakitinya. Heroin itu akan sentiasa dilindungi si hero tak kira dimana mereka berada. Ahh romantik sekali.
Siapalah yang meracun badan kau Sean hingga sampai jadi macam ni. "Wei izin masuk tau. Nak cakap dengan mak kau sikit".
Aku membenarkan dia masuk memandangkan aku juga tengah penat dan kenyang jadinya aku malas nak 'bertekak' dengan sesiapa.
"Selamat malam aunty. Saya nak minta maaf sebab hantar Qusyairi lewat" aku menggaru kepala yang tak gatal kerana ulah Sean menggoncang sanubariku. Sial laki macam ni.
Ibu mengangguk luahan Sean sambil bermain telefonnya. Usai itu aku menghantarnya sampai ke depan pintu rumah. Aku tak lah sejahat yang kau sangka. Bila difikir semula, hidupku sedikit berubah selepas kehadiran si tapir ni.
Hal ini disebabkan hidupku yang sebelum bagaikan dilanda ombak penuh dengan pancaroba kerana sering melakukan masalah. Misalnya, mabuk sampai subuh, melawan cakap ibu, merempit sampai melanggar tiang elektrik dan banyak lagi.
Dan selepas hadirnya Sean, hal-hal yang membawa masalah tak lagi aku lakukan. Bukan apa, bila aku pulang dari kedai, dia tidur sebelah aku. Hakikatnya dia bukan siapa-siapa tetapi dah jadi orang kanan ibu dan abang. Apalah nasib aku.
Eh dah kenapa si tapir ni. Selepas Sean menjejakkan kakinya keluar dari pagar, dia kembali semula menemuiku. "Ada barang tertinggal ke?" soalku.
Dia mengangguk lalu menghulurkan sebuah beg kertas yang ukurannya lebih kurang sama dengan beg kertas yang pernah aku dapat tempoh hari lalu.
"Ambiklah. Ni betul-betul punya. Yang haritu rehearsal." Aku melancarkan jelingan kepadanya. "Kalau ni sama jugak macam haritu aku tak teragak-agak viralkan kau. Sean lelaki pervert. Puas aku."
Dia tergelak selepas mendengar ayat itu sedangan ayatku seolah-olah mahu mencari gaduh. "Kalau barang dalam tu betul-betul?" Aku memandangnya tajam. Macam tak ikhlas je.
Aku menolak-nolak tubuhnya yang sasa itu agar keluar dari halaman rumahku. Nantikan apa pulak jiran-jiran aku kata. "Hey hey kejaplah" aku menghiraunya sambil menolak-nolak tubuhnya sampai ke luar pagar rumahku.
Mukaku bangga dan terasa puas kerana dapat menghalau tapir itu daripada menghantui hidupku. "Wait! One thing" katanya. Apalagi mamat ni nak. Aku dahlah ngantuk.
Eh tiba-tiba dia mendekatkan tubuhku ke tubuhnya dan posisi kami waktu itu seakan-akan berpelukkann. Mukaku merah apabila diperlakukan seperti itu.
"Goodnight princess". Kemudian dia mendaratkan bibirnya ke dahiku. Wait what. Hello Sean kau gila. "Bye". Katanya. Belum sempat aku ingin berkata-kata tapi dia sudah pergi dulu.
Apalah yang dah merasuk badannya. Aku cepat-cepat menutup pintu serapatnya. Aku harap tak ada orang yang menyaksikan hal tadi. Nanti adalah statement 'anak Qhasidah berulah lagi' 'anak Qhasidah songsang'
Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Selesai mandi, aku terus merebahkan badanku ke atas katil. Pemberiaan Sean tadi telah dihiraukan. Ini semua salah dia lah. Macam-macam benda jadi lupa.
Lebih 20 minit aku berbaring bahkan cuba untuk memejamkan mata tapi tak boleh. Ai Qusyairi kau dah kenapa. Kesitu tak nak pejam, kesini tak nak pejam. Erti kata lain aku akhirnya terjaga sehingga jam 1 pagi.
"Ini tak lain tak bukan mesti sebab mamat tu. Haiya Kucai. Apa yang lembik sangat kau ni. Mana pergi kejantanan kau?" bebelku seorang diri. Pasal lelaki ngeri lagi belum terungkap inikan pula pasal Sean.
Akibat kebosanan, aku membuka telefonku dan teringat sesuatu. "Cuba kita cari Daniel Sean". Aku membuka laman Google untuk mencari identiti Sean sebenar walaupun mustahil tapi percayalah kata-kata orang dulu tak cuba tak tahu.
'Daniel Sean Successful Businessman'
'Daniel Sean young entrepreneur'
Mataku semakin segar akibat dikejutkan perihal Sean yang tak difikirkan dari benakku selama ini. Tapi kenapa dia culik aku. Eh bukan mungkin laki ngeri tadi minta tolong dia. Seram betul Sean. Macam sesuatu sangat. Omelku dalam hati.
tbc >>>
YOU ARE READING
[C] Aku Untuk Dia | bxb
Fanfiction"lupakan pasal malam tu boleh?" - Qusyairi "Tak boleh sebab aku dah tersuka kau" - Sean