3. Sean si pervert

661 6 0
                                    

[1 pagi]

Ibu melayan si sial itu dengan baik bahkan seperti kerajaan langit yang turun dari bumi. "Aku tahu lah dia tu putih, kacak, tinggi, tegap" bisik ku kepada Quzhaimi.

"Em dah lewat sangat ni aunty. Saya balik dulu ya". Jelasnya kepada ibu. Aku menjelingnya iaitu petanda menghalau Sean dari rumahku. Sebelum ada yang terbocor nanti baik kita selamatkannya.

Peliknya ibu menahan lengan Sean. "Lewat sangat dah ni. Kau bermalam je kat sini". Mataku membulat akibat tindakan buru-buru ibu. Entah dia (Sean) ada muslihat lain ke apa mana kita tahu.

"Qusyairi. Nanti dia tidur dengan kau". Sambung ibu lagi. Aku pasrah kerana nasib dah tak dapat diubah lagi. Bak kata orang rezeki secupak takkan jadi segantang. Malah, Sean tak meninggalkan kata putus sekalipun.

Aku merungut dan wajahku masam. Quzhaimi menyedari tingkahku seolah pelita kehabisan minyak. Aku menjeling ke arah Quzhaimi lalu menarik tangan Sean masuk ke dalam bilikku.

Aku menghempas pintu bilikku sekuat yang mungkin. Heh peduli apa aku jam sekarang. Mukaku mengganas seperti harimau hutan yang mencari mangsanya. "Sial kau nak apa hah?"

Mukanya mendatar melihat tindakan aku semenjak aku menghempaskan pintu bilik. Dia mendekat dan posisi kami ketika itu saling bertentangan mata. Sean mengumpan aku agar tenang dengan kehadirannya.

Jangan berharap posisi itu berpanjangan dan kami akan bercium. Dia segera mengalihkan tumpuannya untuk mengembalikan keadaan yang keruh tadi.

"Ahh sedap ah". Biji mataku ke atas sebaik saja Sean merebahkan badannya dimana ruang aku beradu. "Woi sapa suruh kau baring?" Aku mengusir-usirnya sambil menolak tubuhnya yang sasa itu.

Aku kelelahan dengan sikap tidak matangnya. "Kau nak apa lagi? Nak duit? Aku tak ada. Pasal minah tu? Aku dah break dengan dia lah. Pergi lah. Tak de benda lagi aku hutang ngan korang. Pergilah".

Kataku seakan-akan merayu padanya supaya berganjak keluar dari pondok kecilku ini. Aku terduduk di atas katil itu manakala dia tengah santai-santai berbaring bagaikan katil ini miliknya.

"Bisu ke apa. Haih boleh jadi gila aku melayan si sial ni. Baik aku tidur". Bebelku sambil menarik selimut untuk tidur. "Weh, tak yah lah tidur dulu. Main kejap ". Dia menggoncang tubuhku.

Dapat digambarkan suara Sean ketika dia menggoncang aku itu, romantik dan lembut sekali. Aku berserah dan berpaling badan sehinggakan mata kami bertentangan.

Aku teringat sewaktu pertama kali aku sedar dari kejadian malang itu kerana muka Sean yang tampan itu kulihat dulu. "Dasar pervert!" Dengusku. "Oooo pervert. Pasal malam tu ingat eh". Sean mengancam aku.

Kata-katanya menunjukkan bahawa yang 'pervert' dalam hal ini adalah aku. Aku menayangkan ekspresi tak puas hati. "Boleh tak stop ungkit hal tu". Sesaliku.

"Okay okay sorry man". Pujuknya. Sean ni memang jenis manusia yang suka tukar-tukar topik. Senang cerita impiannya hanyalah nak melaga-lagakan pemangsa.

Selagi aku tak meluat, selagi itu dia menentang aku. Tak mahu berperang mulut, kami memalingkan tubuh ke arah bertentangan. Sean ke kiri dan aku ke kanan. Maka itu kami berdua pun terlelap.

[8.30 pagi]

Pintu bilik diketuk berkali-kali sampaikan telingaku bernanah. Kudengar Sean yang tidur di sebelahku juga merungut keresahan. "Hoi anak bertuah. Bangun hoi!"

Jelas sekali suara ibu sedang bermain di telingaku. Aku enggan berganjak walau seinci pun. Aku sebagai anaknya bernama Qusyairi Firdaus sudah muak, lelah dan tak bermaya untuk berhadapan dengan perempuan misterius itu.

"Em aunty, Qusyairi tengah tidur. Nanti saya kejutkan dia". Mataku menjadi segar apabila si sial ini menjadi batu api dalam peperangan antara wanita tua itu denganku. Dia menutup kembali pintu itu lalu menguncinya.

Aku membebel kepadanya. "Kau dah kenapa si-al. Tak yah sibuk lah". Dia menghiraukan bebelanku bahkan menjadikannya sebagai 'taik telinga'.

"Mandilah. Sebelum aku mandikan kau". Ujarnya. Bulu tanganku menegak dan aku menjauhkan diri secepat mungkin. Sebelum ada yang ditusuk baik aku elakkan.

Kami cepat-cepat bersiap lalu keluar dari bilik, serentak. Ibu dan Quzhaimi memandang kami dari atas ke bawah. Persoalannya, mungkin mereka terdengar kami bergaduh seperti kucing dengan anjing.

Mereka mungkin menganggap kami 'bermain' lalu mandi bersama, bersiap bersama dan keluar bersama seakan pengantin baru. Bahkan mereka mungkin mengatakan kami akrab bagai isi dan kuku.

Untuk menjauhkan diri daripada disoal siasat, kami selambanya duduk di kerusi meja makan dan berpura-pura akrab misalnya berborak dan bertepuk tampar. Ibu dan Quzhaimi mengerutkan dahi.

[5 petang]

Dah namanya rutin harianku bergelar anak Qhasidah, sejurus 5 petang wajib ada di 'food truck' merupakan punca rezeki kami bertiga. Kedatangan Sean tak diundang di rumahku semalam amat mengerikan.

Dia keluar dari rumahku sekitar 3 petang. Itupun dipaksaku berkali-kali. Entah mengapa Sean berani mengekoriku sampai ke rumah lalu sempat menginap dirumahku satu malam. Hilang akal. Dua perkataan yang sesuai untuk Sean.

Aku sibuk mengeluarkan barang apa yang patut untuk berniaga. Quzhaimi pula, awal lagi dah berperang dengan kambing. Kata ibu, hujung minggu adalah saatnya jualan akan melonjak naik.

Kata ibu juga, hujung minggu kami mesti gunakan sepenuhnya tenaga untuk meracun pelanggan. Yang menjadi mangsanya, adalah aku. Hal ini disebabkan aku yang mengambil tempahan mestilah berperanan lebih.

Aku menyapa pelanggan demi pelanggan dengan wajah yang mesra alam sekali. Aku terkejut akibat berderet-deret pelanggan membuat tempahan. Barangkali wajah anak-anak Qhasidah sempurna belaka.

"Hi nak Qusyairi Firdaus". Disebabkan terlalu khusyuk mengambil tempahan sehinggakan pesanan yang mengarut pun aku masukkan dalam nota. Aku mentelaah gerangan yang berani memperlekehkan aku tadi.

Aku hampir pitam ketika gerangan yang berani tadi adalah Sean si sial itu. Nadiku semakin lemah. Entah bala apalagi dia nak hantar ni. Rungutku dalam hati. Aku memandangnya datar. Rosak kedai aku macam ni.

"Nak apa hah. Blah boleh? Banyak lagi kot food truck lain". Balasku sepertinya pasrah. Aku mengungkap ayat itu menggunakan suara yang halus sekali.

Pertama, aku menghormati pelanggan-pelanggan yang datang. Kedua, kalau ibu tahu Sean ada disini mesti dia 'over' tak silap hari bulan pecah tembelang kisah aku dengan Sean.

Sean tidak berganjak selangkahpun dari food truck kami. Aku semakin risau dan cemas dalam satu masa. Tanganku sudah penat menolak-nolak bahunya. "Aku lapar ni cepatlah". Katanya.

Aku menelan air liur. Lapar apa? Sialan aku benci kau Sean. "Pergi tempat lain lah". Balasku ingin mengakhiri perbahasan peringkat kebangsaan ini. "Nope". Ujarnya sepatah kata saja. Senang betul watak kau ni Sean.

Aku menulis apa-apa menu yang terlintas dalam mindaku agar tak disalah sangka oleh ibu dan abang. "Dah blah cari tempat. Nanti dah siap aku hantar". Kulihat wajahnya sungguh berpuas hati bagaikan menang loteri.

Haih Sean Sean menyebalkan. Beberapa minit berlalu, menu untuk Sean pembawa bala itu siap terhidang. Aku menghantar makanan tepat ke meja dia tengah bersilang kaki. Huh dasar anak setan.

"Nah. Makan puas-puas. Lepasni jangan kacau aku lagi". Ugutku. Sean bahkan mengganas. Dia menarik tangan kananku sejurus aku hendak beredar dari situ.

Aku terkejut dan aneh dengan tindakannya. Aku melepaskan genggamannya sebelum ada yang melihat aksinya tadi. "Duduk lah kejap dengan aku". Aku mengerdip-ngerdipkan kedua-dua mataku. Kau kena sampuk ke, Sean?

Kerja ku masih banyak. Pelanggan juga tak berhenti datang maka aku hiraukan permintaan Sean. Aku kembali ke tugasku namun fikiranku dan pandangnku tetap ke arah Sean.

tbc>>>

[C] Aku Untuk Dia | bxbWhere stories live. Discover now