1. Tak sedar

1K 10 0
                                    

Aku menikmati malam yang sangat diidamkan yang namanya seorang remaja. Aku mengeluh seketika di tempat parkir motor ini. Dalam hati ku berkata 'andailah dikurniakan seorang wanita membonceng denganku'.

'Hahaha' sepertinya kata-kata itu sepatutnya berakhir dengan gelak ketawa. "Haih mimpi je kau ni Kucai". Bebelku. Aku berjalan-jalan mengharungi banyak perkara.

Antaranya terserempak dengan beberapa pasangan sejoli. Aku sekali lagi mengeluh. "Hai Qusyairi sabarlah. Kalaulah Niena ada sekarang ni". Ujarku.

"Hey bro!" Terjah seseorang sambil menepuk bahuku. Aku menjelingnya sebab terasa sakit. "Sorry lambat kit". Katanya lagi. Aku menggeleng kepala kerana dah masak dengan perangainya.

Hafiz, teman dimana tempatku berteduh. "Bro harini boek punya. Cengini". Ayatnya sungguh meyakinkan aku. Dia juga mengeluarkan ibu jarinya. Teman seperti dia takkan ada di pasaran.

Stok terhad dan jarang ada. Aku membiarkan Hafiz bersilat dengan kata-katanya. "Eh bro bukan selalu dapat chance macam ni". Sambil dia menghulurkan beer kepadaku.

"Nice bro. Nice". Kataku padanya. Kami berdua menghiraukan orang-orang yang ada di kawasan lapang itu. Kawasan yang seharusnya untuk umat-umat melepaskan tekanan tak kira jantina.

Aku dah biasa dengan minuman keras seperti ini. Tubuhku akan lambat memberi rangsangan untuk khayal. Sesungguhnya tubuhku kebal. Mungkin aku dari alam persekolahan dah mencuba-cuba.

Kulihat Hafiz amat menikmatinya. Barangkali pandangannya sudah kabur dari dunia sebenar. "Aku nak kau habiskan jantan ni cukup-cukup. Kau je harapan aku". Aku mengerutkan dahi.

Telingaku bagaikan tidur-tidur ayam mendengar perbualan itu. Cukup dekat dari lokasi aku dan Hafiz bersantai bahkan lagi berbaring di rumput-rumput.

"Hey kau Qusyairi eh?" Tanya seorang lelaki berkulit cerah itu kepadaku. Aku menegakkan  badanku dari rumput-rumput disitu. Aku mengangguk.

"Kau ikut aku jap". Pintanya. Aku bertambah pusing mendengar itu lagi-lagi ingin meneka siapakah dia malah apa yang dia mau.

Aku membatu seketika. Dia menarik tubuhku tanpa usul periksa. Hafiz yang lagi nyenyak berbaring di rumput itu ditinggalkan mentah-mentah bagaikan kucing jalanan.

Aku mengiyakan permintaan laki itu sehinggakan mengekorinya ke sebuah tempat parkir kereta. Keadaan aku sedikit rumit kerana nahas-nahas mabuk.

Setelah aku separa sedar bahawa aku dibawanya ke sebuah kawasan yang tak berpenghuni. Mudah dan senang je orang nak bawa aku kerana tepat sasarannya aku lagi bernekad ingin mabuk.

Itulah akibat menjadi anak derhaka kepada orang tua bahkan tak minta izinnya untuk keluar. Aku memikirkan adakah diriku ini telah diculik? Atau bakal diapa-apakan.

Hatiku bertanya-tanya malangnya aku tak dapat berbuat apa. Keadaanku yang lesu dan tak bermaya memudahkan kerja-kerja orang asing ini.

"Kau nak apa hah?" Tanyaku dengan suara yang lemah-longlai. Dia mengusungku untuk menaikki tangga. "Eh ey hehe apa ni". Ujarku.

Kepalaku semakin berat. "Hey sial!" Teriak seseorang. Aku terkejut dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Hey aku tak pekak lagi tau cuma high sikit. Monologku.

Orang yang mengheretku ke sini tetap berada disisi aku. Enggan melepaskan aku yang separa mabuk itu. "Hey sial ni makannya". Dia menumbuk perutku sekencangnya.

Aku merasakan ingin muntah. "Jangan kau kacau Niena lagi! Faham!" Jelasnya. Aku mengangguk banyak kali. Apa kaitan minah tu dengan engko hah. Omelku dalam hati.

Niena tu kekasih aku. Apa kaitan dengan si penumbuk ni. "Lepas ni humban dia kat mana-mana hah make sure takde orang nampak". Pinta si penumbuk itu kepada orang yang membawaku kesini.

Aku mengeduh-enduh kesakitan. Tapi aku sebenarnya tiga perempat dah mabuk. Bahkan aku tak sedar sama sekali dibawa kemana. Aku memejam mataku.

[8.00 pagi]

"Shit!"

"Kau siapa?" ujarku dengan penuh kesangsian.

Terjaga terus dari nyamannya tidur, aku melihat jejaka berkulit cerah itu sekatil denganku. Adeh. Aku mengenduh kesakitan.

"Adakah jantan ni" kataku sambil memeriksa seluruh tubuhku. Aku menghembus nafas lega. "Fuh nasib di perut".

"Siapa ko ni nyah" aku membelek-belek wajahnya yang kacak itu.

" erughhskndis" omelnya dengan suara dan rupa yang separuh sedar.

Dan aku pula tak teragak-agak untuk bersoal jawab dengannya.

"Hoi! Kau siapa? Macam mana kau boleh ada dalam ni?"

"Ahh?!" Dia berpura-pura tak dengar. Apakah aku terlalu lemah baginya?

Aku mundar-mandir dalam bilik itu bersama sehelai boxer. Malah ulahku pula hanya diperhatikan olehnya bagaikan terserempak dengan alien.

"Sjsjjs apa tengok-tengok!" Teriakku. Dia tergelak.

"Woi budak! Jaga badan kau sebelum aku ratah kau japgi" cabarnya dengan nada yang dalam dan garau. Sialan dia menarik tubuhku agar dekat dengannya.

"Kau siapa hah? Kau nak apa hah?" Aksiku semakin mengganas. Seolah-olah aku ingin bergaduh dengannya. Tapi apakan daya aksiku tadi menjadi bahan jenaka olehnya.

"Ohh hi, aku Sean. Selamat berkenalan sa-yang" rambutku diusapnya. Sialan lagi. Matanya tak berhenti menatap tubuhku. Dasar murahan punya jantan. Apalah yang kau sedang fikir sekarang. Bebelku dalam hati.

Diriku seakan dihidupkan semula selepas kejadian ngeri malam tadi. Perutku sebenarnya masih sakit dan lebamnya masih merah lagi. Aku mengelus perutku sambil diperhatinya.

Aku menjeling kearahnya. "Kau yang tumbuk aku eh? Apa kau nak!" Aku menanya soalan bertubi-tubi menandakan ketidakpuashatian aku.

Dia menghiraukan aku lalu bangun dari katil itu. Aku melihat tubuhnya yang sasa dan tegap itu berbanding dengan tubuhku yang seukuran ikan masin.

Tanpa berfikir panjang, aku mendail seseorang yang boleh dipercayai. "Addy, tolong ambik aku. Nanti aku send location". Aku terus mematikan panggilan itu.

Aku memasang semula baju-baju yang terbuka. Entah mamat tu buat apa dengan aku malam tadi. Bisikku. Aku cepat-cepat keluar dari neraka jahanam itu.

[Di rumah]

Ibu membebel sehinggakan satu daerah ini dengar. "Apa nak jadi dengan kau ni Qusyairi. Apa kau tak sayang nyawa kau ke anakku. Wahai Qusyairi Firdaus Bin Saleh kau dengar tak ha? Pekak ke?" Aku membatu sambil mengerdip mataku berkali-kali.

Entah siapa yang beritahu kepadanya aku mabuk kemudian dilanggar seseorang seterusnya dibawa ke klinik dan menginap di rumah yang melanggar aku. Aku mengeleng kepala.

"Lepasni aku dengar kau minum lagi siap kau. Nahas kau. Kau ni Qusyairi Firdaus tak kesian ke dengan aku hah? Dah la bapak kau tu tinggalkan aku mentah-mentah kau pulak nak buat hal. Apa nak jadi dengan kau ha?" Dia masih lagi membebel.

Biasalah ibu mana yang tak bising. Aku sedar perangai aku yang liar dan nakal mengalahkan ada anak sepuluh orang cukup membebankan dia. "Bu, cukuplah bu. Qus tu banyak kali kita pesan dia tetap tak dengar". Luah abangku, Quzhaimi.

"Ah bagus kau pelan lah adik kau Mi". Balas ibu. Telingaku semakin pedih. Aku mengambil jalan untuk menjurus ke bilikku agar menjauhkan pendengaran dari bebelan ibu dan abang.

Wah akhirnya aku dapat merebahkan badanku dengan amannya. Monologku. Kemudian, aku membersihkan diriku dan menyapu ubat di bahagian tumbukan semalam.

Masih terlintas di mindaku siapakah yang menumbuk daku. Sean, yang membawa aku ke sana. Tapi kenapa dia tak humban je aku dekat mana-mana. Nasib menyebelahi aku. Kalau tak tamatlah riwayat hidup Qusyairi Firdaus.

tbc>>>

[C] Aku Untuk Dia | bxbWhere stories live. Discover now