4. Aku nak kau

643 11 3
                                    

[12.20 pagi]

Aku membuang sampah apabila kedai kami ingin melabuhkan tirai. Jarak dari situ ke tempat pembuangan sampah agak jauh dan dalam juga. Ini kalau tak sebab ibu memang tak lah aku nak hantar nyawa ke sini.

Aku bernyanyi-nyanyi keriangan mahu menutup ketakutan. Setelah aku sampai ke tempat itu, aku membaling dua plastik besar sampah menggunakan seluruh tenagaku. Ketika aku ingin mengundur ke belakang, aku merasakan ada sesuatu mengekoriku.

Aku menghiraukannya kerana ingin menghapus kebimbangan dan ketakutan. Dasar lembik. "Jap!" ujar seseorang bersuara garau dan gagah.

Hal ini menambahkan lagi gentarku apabila lenganku ditahan dia. "Aku ni, Sean" tegas si 'sial' itu. Bayangkan keadaan disitu agak gelap sehinggakan wajah Sean tak nampak.

"Kau ikut aku eh?" Aku tak teragak-agak menanyakan soalan itu disebabkan dia memang ada pengalaman mengekori aku sebelum ini. Mustahil kalau jawapannya bukan.

Dia mengangguk dan sedar perbuatan 'bodoh' itu. Selepas itu, dia menarik tanganku agar jauh dari tempat kejadian. Aku sempat mengenduh-ngenduh kesakitan kerana pegangannya yang amat erat.

Aku dibawa ke kawasan yang punya pencahayaan yang lebih baik dari tempat sebelumnya tapi tak seterang yang dibayangkan. Dia memberhentikan aku disitu dan menghalakan wajahku ke arahnya supaya kami bertentangan mata.

"Nak apa ni? Tak puas lagi ke aniaya aku! Cukuplah. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan kau". Keluhku. Dia berdiam diri mendengar keluhanku malah termenung macam tak bersalah langsung.

Aku menyilangkan lenganku tanda tak puas hati. Sudah satu, satu lagi. Apalah nasib kau Qusyairi. Kulihat dia menarik nafas seakan-akan tengah menahan gementar di dada.

Namun tingkahnya berakhir disitu lalu menyentuh kedua-dua belah pipiku. "Give me a chance dear Qusyairi". Seluruh bulu ditubuhku berdiri tegak mendengar kata-kata pujangga dari seorang pangeran.

Mataku berkelip-kelip banyak kali bahkan fikir itu sebuah mimpi. "Can you?" Sambungnya lagi. Kemudian, dia mencium bibirku 'semborono'.

Apalah kau ni Sean. Tak bagi ruang sikit pun untuk Qusyairi berpidato. Aku menutup kedua-dua mataku agar mengamati jiwa serta perasaan yang dibawa oleh Sean.

Kudapat rasakan keikhlasan disebalik hangatnya kuncupan dia lemparkan kearahku. Sejujurnya, dia merupakan orang pertama menikmati kelembutan bibirku.

Dia juga orang pertama yang terlihat benar-benar sedang berjuang untuk mendapatkan diriku yang serba-serbi kekurangan.

Dah lah anak yang derhaka, kuat kelentong, kurang kasih sayang bapa pun ada orang nak ke? Akhirnya kami berdua sama-sama melepaskan kuncupan itu.

Aku juga mengelak daripada mata kami bertentangan lagi. Aku membuat keputusan untuk beredar dari situ. Ahh kau ni Sean.

Sean tetap berjalan mengekori setiap langkahku. Aduh hilang akal mamat ni. Kalau ibu nampak hal tadi. Pasti, aku kena pancung. Sampai ke kedai juga dia mengekoriku.

Aku berputus asa dengan tingkahnya. Biarlah apa nak jadi, jadilah. "Amboi engkau. Buang sampah je pun 2 jam eh". Bebel ibu. Aku menghiraukan ibu lalu mengemas peralatan sepantasnya.

[1 pagi]

Ibu asyik menyalahkan aku kerana membuang banyak masa ketika buang sampah. "Tengok ni. Pukul 1 dah. Semua salah kau". Kata ibu. Quzhaimi tersenyum melihat aku dimarahi ibu.

Ada kala aku memberi isyarat kepada Quzhaimi untuk menutup mulut ibu tapi dipalau begitu saja. Adapun diketawanya sahaja.

Kami berhenti di depan rumah dan mataku sensitif melihat satu sosok tubuh yang tak asing bagiku. "Lah ingatkan siapa. Rupanya kesayangan ibu". Ungkap ibu sebaik saja mendapati orangnya ialah Sean.

Ibu automatik hilang ingatan bahawa dia punya 2 orang anak. Aku dan Quzhaimi sudah masak dengan perangai ibu yang lebih prihatin dengan orang luar berbanding darah daging sendiri.

"Ha kau berdua. Angkat barang cepat-cepat. Aku nak rehat". Pinta ibu. Baru aku tahu dia seorang saja penat. "Habis kita ni robot ke tak reti penat" bebelku.

Quzhaimi tergelak mendengar desus aku. Sean pula seolah-olah mengalami dementia akibat menunjukkan sikap 'normal' dihadapanku.

"Muka tak bersalah langsung" ujarku. Aku menarik muka kerana dia sengaja meraih simpati agar aku menerimanya daripada separuh hidupku.

Kami bertiga berganding bahu demi membawa masuk barang-barang 'berharga' ibu. Selesai itu, aku terus menuju ke pintu bilikku dan menghiraukan Sean.

"Lantak kau lah nak buat apa dalam rumah aku ni, Aku penat" ujarku dalam hati. Tanpa disedari, Sean sebenarnya mengekori aku sejak dari tadi.

Ke utara diriku, ku utaralah dirinya seperti kerbau tercucuk hidungnya. "Kau memang dah tak da tujuan hidup eh" tegurku pada Sean.

Dia tersenyum sinis mendengar bebelanku. "Selagi kau tak beri kata putus selagi tu aku kepung kau". Aku menggelengkan kepala kerana ulahnya yang tak keruan. Siap mau mengugut lagi.

Tak puas lagi ke apa yang dia dah buat waktu aku tengah buang sampah tadi? Dasar pervert! Aku menjelingnya kerana muak dengan perangai 'buaya' yang telah dibawa-bawanya.

Tak lama selepas itu, dia membaringkan tubuhnya di atas katilku. "Wah helok perangai engko. Dibuatnya macam hak engko. Tepi lah tapir!" kataku. Dengan badan bau susu basi menyebabkan aku mengheretnya ke bilik mandi. Kalau tak ibu akan mengamuk bila menghidu bau hamis dalam bilik.

[2 pagi]

Mataku yang pada awalnya terlelap kini terbuka luas semula. Aku mengeluh kerana tapir yang dibelaku tak berhenti mundar-mandir dalam bilikku. Aku terjaga dari tidur disebabkannya.

"Kau dah kenapa sial! Tidur boleh tak?" pintaku. Dia akhirnya bergerak ke katilku lalu merebahkan badannya. "Aku tak boleh tidurlah" ujarnya kepadaku. Aku mati akal kerana terpaksa melayan karenah Sean yang bagaikan kekanak-kanakkan.

"Habis tu nak buat apa?" soalku pada Sean sambil menatap wajahnya yang kacak itu. Kami berdua sama-sama terdiam tetapi tetap menatap antara satu sama lain.

Aku dan Sean sempat tergelak apabila saling menatap wajah masing-masing. "Hodoh jugak kau ni eh" kata Sean. Aku membulatkan mataku kerana kata-katanya mencalarkan imejku yang pernah digelar orang putera kayangan.

Sean ketawa sepuasnya selepas mengeluarkan ayat itu. Aku mengalihkan pandanganku kearah lain dan mencebikkan bibir. Kalau ibu dengar anak dia diperlekehkan macam ni mesti dia akan jadi hantu.

"Alololo dia merajuk eh". Dia cuba memujukku dengan nada-nada suara yang romantis bisa membuatkan seluruh makhluk hidup tunduk padanya. "Sini sayang. I mintak maaf okay" pujuknya sambil menarik tubuhku untuk dipeluk.

Aku merelakan perbuatan dan permintaanya. Kami berpelukan agak lama juga tanpa disedariku. "Kita macam ni terus boleh?"

Aku 'blur' dengan ayatnya seolah tergantung tak ada subjek atau predikat. "Tak apalah. Aku dah rasa ngantuk". Dia mengubah topik secepat mungkin namun aku tetap dengan pendirianku untuk memahami maksud tersiratnya.

Dia memejamkan matanya tetapi tidak padaku. Akibat diganggu tapir tadi, mataku menjadi semakin segar. Aduimak pejamlah esok nak kena kerja lagi.

Dah nak pukul tiga. Aku membalik-balik badanku. Aku menarik nafas kemudian menghembusnya. Aku kembali lagi dengan menatap wajah Sean yang kacak itu.

"Hai Sean, Sean. Macam tak ada orang lain. Apa yang spesial sangat aku ni" ujarku. Enggan berfikir panjang, aku mencium pipinya. "Hai egois betul kau, Qusyairi". Aku kembali ke posisi asalku dimana badanku dipeluknya. Aku memaksa diri agar mata ini terpejam.

tbc>>>

[C] Aku Untuk Dia | bxbWhere stories live. Discover now