[Di kedai]
Lebih 2 minggu Sean sedang berjuang demi mendapatkan secebis hati Qusyairi yang lara. Di luar rumah, di kedai dan kemanapun.
Sampai satu tahap ibu dan abang menganggap Sean telah disantau olehku. Sentiasa berada dibelakangku. Hari ini sungguh sibuk dan sesak dengan pelanggan yang datang.
Mentang-mentang weekend. Ada yang datang sekeluarga, berpasangan dan bermacam rupa. Seluruh badanku berasa kepenatan dari petang sampai malam tak berhenti melayan pelanggan.
Sean? Pelik sebab kalau waktu macam ni dia akan muncul dihadapan kedaiku tapi malam ini tidak. Aku tak perduli masalahnya. Pandai-pandailah berhidup.
"Hi. Nak chicken chop satu". Pesan seseorang. Aku melihat wajahnya dan mengecam mukanya seperti seseorang yang pernah aku lihat.
Ouh orang yang pernah pukul aku tu senang cerita boyfriend Niena. Alah kenapa aku tak pernah tanya pasal dia dari Sean eh? "Em nak cakap sikit boleh?" Aku mengangguk atas permintaanya.
Walaupun hati ini masih sakit kerana difitnah mentah-mentah. Sabar jelah Qus benda dah lepas, Niena pun dah ada orang baru. "Sebelum tu kau masih tak tahu nama aku eh. Aku Mustaqim yang pukul kau hari tu. Sorry tau".
Akhirnya perkataan sorry tersebut dikeluarkan dari mulutnya. Kan bagus kau keluar dari awal. Omelku dalam hati. "Kau tak jenguk Sean ke?" Aku memandang wajahnya secara serius.
Dia sakit sampai aku perlu jenguk? Aku menggeleng kepala tanda tidak tahu menahu akan hal itu. "Ouh takpe lah kalau kau tak nak jenguk dia. Aku ingatkan korang serapat itu".
Selepas itu dia beredar lalu duduk dimana tempat Niena sedang menunggunya. Entah mengapa jiwaku selepas dengar khabar buruk itu menjadi tak menentu.
"Tarik nafas Qus". Ujarku. Sedar tak sedar abangku sebenarnya dari tadi menelopong ulahku. "Kau okay tak?" Tegurnya. Aku mati akal untuk menjawab pertanyaan itu.
"Em Mi, Qus mintak izin keluar kejap boleh?" Dia mengangguk faham. Namun, sebelum aku keluar aku akan menghantar pesanan dari Mustaqim.
Bukan itu sahaja, niatku ingin bertanya dimanakah Sean berada. Boleh lah aku jenguk dia kejap memandangkan Sean pernah membantu aku dari banyak perkara. Alah aku tak de kejam mana pun.
Soalan demi soalan aku lemparkan pada Mustaqim. Akhirnya aku mendapat jawapan yang diinginkan dan beredar dari kedai ibu menggunakan motosikal kepunyaan Quzhaimi.
[9 malam]
Aku sudah sampai dimana 'tempat' yang telah Mustaqim ungkapkan dalam perbicaraan sewaktu dikedai tadi. Rupanya rumah Sean. Mataku terkebil-kebil melihat perkarangan rumahnya. "Macam istana siak".
Aku menekan loceng rumahnya dan terlihat ada sosok wanita tua menghampiri aku. "Kau cari siapa?" Ujarnya dengan suara tegas sekali.
Aku pasti ni mak Sean. Pintu pagar terbuka dan aku dapat melihat wajahnya lebih jelas lagi. "Saya cari Sean". Balasku. Dia mengangguk dan mengusung aku menemui Sean.
"Masuklah. Ni bilik Sean. Ada je dia kat dalam". Katanya lalu meninggalkan aku dihadapan pintu bilik Sean yang berada di tingkat ketiga.
Jujur aku kata, Sean bukan orang sembarangan. Rumah besar. Kereta besar. Em batang pun besar. Ish Qusyairi apa yang kau merepek!
Aku pun membuka pintu biliknya dan kulihat keadaannya yang lagi berbaring di atas katil. Laki ni 'gothic' ke? Semua hitam. Aku hampir terkedu melihat biliknya serba hitam.
"Anak mafia pun tak macam ni". Omelku dalam hati. Aku mendekati dia sekaligus ingin melepaskan kebingungan yang lara ini. Ceh, aku bingung sebab dia banyak tolong aku je.
Bukan lebih dari tu. "Ergmm" dia mengeliat lalu menyedari bayangku. Aku semakin dekat ke arahnya dan malang tak berbau lenganku ditariknya.
Oleh itu, badan kami pun bertindih satu sama lain. Apa yang sial sangat hari ni Qusyairi? Jantungku berdegup kencang sekencang pokok nyior pabila ada angin memalu ia.
"Rindu baby ke?" Bisiknya. Aku membulatkan mataku. Amboi jantan ni kalau tak perasan memang tak sah. Sejak bila istilah aku 'merindu' dalam diari Qusyairi ni wujud?
Aku keluar dari rumah 2 hari pun tak ada rasa secebis rindu kat ibu dan Quzhaimi. Inikan terhadap kau! "Bukan kau sakit ke?" Dia tergelak dengan pertanyaan 'bodoh' dariku.
Sial aku penat-penat bawa muka tebal siap minta izin keluar dari kedai tapi yang kau balas "haha" je? Kau ni sakit apa sebenarnya. Gila ke? Aku menepuknya sekuat hatiku.
Aku kena 'game' ke sial? Aku bangun dari genggamannya lalu menyilangkan kedua-dua lengan. "Ala merajuk eh?" Dia cuba membujuk aku.
"Hey, hey look at me. Yes aku sakit tapi semalam lah. Dari mana tahu ni?" Aku memberikan muka kesal. Ingatkan kau sorang je sial dalam dunia ni, rupanya kawan kau pun sama.
"Ah dua-dua perangai setan" omelku sehingga terduduk. "Tak pe lah. Teman baby sini eh". Aku memandangnya tajam. "Macam mana kau boleh sakit sedangkan semalam kau okay je?"
Dia menggarukan kepala. "Patutlah aku heran kalau orang sakit dekat sepital kot". Bebelku membuatkan dia gelak sakan. "Ko dah kenapa? Nak penampar?"
Itulah yang terjadi bila aku dengan Sean bertemu. Gaduh-gaduh tak kesudah. Sumpah meluat. "Eh eh nak pergi mana tu dik?" Tegurnya setelah melihat aku akan mengangkat kaki dari biliknya.
"Nak baliklah gila. Buat apa lagi kat sini". Dia bangun dari katilnya untuk menjadi tembok penghalang. Mentang-mentang kau tinggi badan macam raksasa.
Sean merayu-rayu padaku agar tidak meninggalkannya. Segala macam ulah dia persembahkan. Aku pun pasrah dengan sikapnya. "Sekali ni je tau" kataku.
[Keesokkannya]
Sebaik saja aku melangkah kaki ke dalam pondok kecilku, ibu sudah membebel macam ibu ayam kehilangan anaknya. "Ai ingatkan dah tak ingat rumah". Perli Quzhaimi.
Ni jugak satu hal. Abang yang paling tak 'sporting' sikit-sikit nak sindir orang. Untung apa aku dah pulang ke rumah. Dengan tubuh badan yang sehat pulak tu.
"Kau pergi mana semalam Qusyairi oi. Minum lagi kau eh! Sini kau dengar dulu kata aku. Itulah engko. Bila orang tengah bercakap ko masuk bilik. Patutlah apa aku kata jadi taik telinga kau je. Dasar anak tak guna!"
Aku menghiraukan kata-kata cacian si ibu. Nanti makin dilayan, makin gila dibuatnya. Akhirnya aku dapat menikmati indahnya katilku. Walaupun berbau hamis, inilah 'my pride'.
"Woah sedapnya. Dah lah masih pedih ni. Sial engko Sean. Tau nak ratah orang je". Bebelku. Sedar tak sedar aku terlelap sehingga petang.
Ibu dan Quzhaimi pula sudah ke kedai meninggalkan aku yang nyaman terlantar di atas katil. Satu petanda nak bagi cuti dekat aku. "Baik sambung je tidur ni".
tbc>>>
YOU ARE READING
[C] Aku Untuk Dia | bxb
Fanfiction"lupakan pasal malam tu boleh?" - Qusyairi "Tak boleh sebab aku dah tersuka kau" - Sean