PROLOG

1.4K 100 8
                                    

Unedited version!

▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀

"Tatlım, terima kasih sudi melahirkan anak untuk abang. Harap sangat keluarga kita lebih bahagia nanti," ujar Hakan Demir rapat di hujung telinga Kalea.

Ketika itu isterinya sedang nyenyak tidur. Penat bertarung nyawa melahirkan anak sulung mereka. Manik manik peluh masih tersisa didahi. Sikit sikit tangan Hakan mengelap lembut dahi isterinya. Kemudian, satu kucupan halus dihadiahkan sekali disitu.

"Maafkan Hakan, Kalea. Hakan terpaksa buat semua ni demi keselamatan Kalea dan dia." Pandangan mata dialihkan pada anaknya. Nadir Emir. Nama yang dipilih sendiri oleh Kalea Qistine sewaktu mengandung dahulu.

Katanya, dia mahu nama Emir sentiasa melekat pada setiap nama anak. Emir dekat dengan nama Hakan sendiri. Hakan Demir. Andai suatu hari nanti, Hakan pergi mana-mana, Nadir Emir boleh jadi peneman.

Sekarang, kepergian itu akan menjadi satu kebencian buat Kalea selama lamanya.

"Maafkan abang, sayang."

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now