UNEDITED!!
▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀
Jam menunjukkan pukul 5:30 minit pagi. Memang sudah jadi kebiasaan buat Kalea Qistine untuk bangun awal. Tempat utama yang dia akan tuju setelah bangun tidur adalah bilik anaknya. Nadir Emir.
Perlahan lahan kaki berjalan mendekati katil Nadir. Tidak mahu dia menganggu lena anaknya. Selimut yang sudah melorot jatuh, Kalea angkat dan letak hingga ke paras bahu semula. Dipandang lama wajah anak soleh itu. Penuh suci dan indah. Dan paling penting, muka Nadir sebiji seperti bapanya. Bila melihat mata hijau mempesona, automatik Kalea mengingati cara pandangan si dia kepadanya dahulu. Sungguh lembut dan memukau. Kerana itu hatinya terpaut pada seorang lelaki yang bernama Hakan Demir. Hanya kerana sepasang anak mata yang memikat.
Ah!
Cepat cepat Kalea buang memori lama yang ingin bertindak masuk semula. Dia tak boleh ingat benda lepas. Hidupnya sekarang sudah aman dan tenang. Tak hendak dia kusutkan dengan sesuatu yang membebankan akal fikiran.
Kalea melihat anaknya semula. Dicium dahulu dahi licin anaknya sebelum mahu pergi menyiapkan diri kerana pada jam 7 pagi, dia perlu berangkat ke tempat kerja.
Banyak lagi kerja yang belum siap. Segala jenis proposal dan dokumen penting perlu diiselesaikan sebelum pergi ke New York. Akhirnya, usaha selama empat tahun membuahkan hasil. Kini syarikatnya kian berkembang pesat dan mula dikenali oleh banyak negara.
Kalea cosmetics. Sebuah perniagaan kosmetik yang dihasilkan sendiri oleh Kalea sendiri. Syarikat Kalea mula menjual perlbagai jenis lipstik berkualiti tinggi di pasaran. Tak lupa juga pelbagai set makeup yang sudah terjual lebih 1 juta pembeli. Dengan pertolongan kedua orang tuanya, kini impian Kalea mahu jadi seorang influencer tercapai. Walaupun Kalea tahu, menjadi seorang yang berpengaruh tidak sesenang yang dilihat. Tapi demi anaknya Nadir, dia perlu memaksa diri untuk lebih tabah.
▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀
"Puan Kalea dah tengok berita hari ini?" Safa bertanya sebaik sahaja dia dibenarkan masuk kedalam bilik kerja Kalea.
"What the news?" Malas malas Kalea menyoal semua. Tangan masih rancak menekan keyboard laptop.
Safa tarik nafas panjang. Dia hulurkan ipad kepada Kalea untuk melihat sendiri apa berita yang sudah ditulis oleh pihak wartawan mengenai majikannya.
Lambat lambat Kalea menyambut huluran. Mata memerhati satu per satu news yang sudah memenuhi ruang feed.
'Pengasas Kalea Cosmestik bakal berkolaborasi dengan sebuah syarikat terkenal di New York'
Berita pertama memang Kalea dapat agak. Soalan yang paling awal diajukan oleh wartawan semalam.
Dia kais lagi skrin bagi melihat berita seterusnya.
'Kalea and her son was catch in 4k in one restaurant at Kuala Lumpur'
Berita kedua buat hati kecil Kalea tercuit rasa kelakar. Ada ke patut tulis tajuk macam ni? Lepastu letak gambar dia tengah makan sushi dengan Nadir. Gambar bodyguard dia pun mereka selit sekali. Kalea menggeleng. Sebab tu dia tak suka media. Suka letak tajuk pelik bagi mencapai banyak view dan like.
Dia tatal ke berita selanjutnya.
'Tak sangka ini wajah bodyguard kepada seorang pengasas kosmetik iaitu Kalea Qistine. Tampan dah gagah! Tekan portal dibawah bagi melihat wajah mereka.'
YOU ARE READING
QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]
RomanceHanya update kalau sempat 🍯 (SLOW UPDATE!) -Diminta para pembaca tidak mengeluarkan kata kata kesat saat memberi komen. Jagalah adab kita bersama. ▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀ "Abang tak akan tinggalkan TatlIm." 4 tahun bukanlah tempo...