BAB 6

187 27 2
                                    

"Makcik Kalsum, mana Nadir?" soal Kalea di ruang dapur. Jam di dinding diperhati sejenak. Sudah pukul 6 petang. Takkan mama bawa balik Nadir balik terus ke rumah dia kut?

Makcik Kalsum mengelap tangan setelah selesai membasuh pinggan. Dia bergerak kearah Kalea yang sedang duduk di meja makan. Air segelas diminum Kalea bagi menghilangkan dahaga.

"Datin Nora bawa balik Nadir ke rumah dia. Dia tak bagitahu Kalea ke?"

Gelas diletak semula atas meja. Dengusan nafas berat dia lepaskan. Seraya itu, Kalea menggeleng. "Tak bagitahu kat Lea pun. Ni mesti pasal kes pagi tadi?" Ujarnya perlahan.

"Pasal Hakan?"

Terus Kalea menatap wajah tua makcik Kalsum. Terkejut juga apabila wanita itu tahu apa yang dia bualkan dengan mama pagi tadi.

"Haah. Pasal Hakan. Macam mana makcik tahu?"

Makcik Kalsum senyum tawar. Kerusi didepan Kalea dia tarik dan duduk disitu. "Nadir yang bagitahu makcik. Dia dengar korang sebut nama Hakan. Lepastu dia tanya makcik siapa Hakan."

Tegak terus tubuh Kalea mendengarnya.

"Lepastu makcik bagitahu siapa Hakan?" Soal Kalea sedikit gementar.

Dia menggeleng. "Tak pun. Makcik taknak dia tahu dari mulut makcik. Biarlah Lea sendiri yang bagitahu dia."

Kalea hela nafas berat. "Makcik rasa Hakan masih hidup?"

Soalan dari Kalea dibalas dengan gelengan. "Makcik tak tahu. Dia tinggalkan Kalea dengan kertas. Mungkin dia masih hidup."

"Makcik rasa kenapa Hakan tinggalkan saya dulu? Saya ada buat salah dengan dia ke? Dia benci saya ke?" Soal Kalea perlahan.

"Lea tak boleh cakap macam tu. Mungkin ada sebab kenapa dia buat...."

"Sebab apa? Dia tinggalkan saya dengan Nadir. Sepatutnya waktu tu adalah kenangan paling indah saya dengan dia. Tapi dengan sekelip mata ia berubah. Itu kenangan paling buruk yang pernah saya hadap. Dan sejak dari situ saya mula bencikan dia. Tak cukup ke kasih sayang saya dekat dia makcik?"  Kalea menyampuk laju. Dia sama sekali tidak dapat menerima apa yang diperkatakan oleh makcik Kalsum. 

Sebab apa yang Hakan buat? Sampai tinggalkan dia terkontang kanting seorang diri dengan anak dari benihnya?

Makcik Kalsum terdiam seribu bahasa. Tak tahu bagaimana dia mahu menasihati Kalea. Dia sendiri tahu bagaimana susahnya Kalea mahu menyelesaikan diri tanpa ketiadaan suami disisi. 

"Kalau dia datang jumpa dengan Lea semula. Lea akan terima dia balik tak?" Soalan cepumas ditanya.

Lalu dengan itu, tanpa teragak teragak agak Kalea menggeleng. "Tak. Dia dah lukakan hati saya dan Nadir. Mustahil untuk saya terima dia macam dulu. Lea bukan Kalea yang senang termakan kata manis dia. Sekarang Lea yang baru. Yang dah tutup hati dia pada lelaki jahanam tu."

"Tapi dia masih ayah Nadir."

"Nadir tak ada ayah. Lea ayah dan mak Nadir. Tujuh tahun Kalea jaga dia. Mana ayah dan suami yang sepatutnya ada disisi waktu berpantang dulu? Tak ada. Dia tak ada." Ujar Kalea sedikit bergetar.

Air mata yang ditahan tadi memang tak dapat dibendung. Sikit demi sedikit ia mengalir jatuh atas permukaan pipi licinnya. Mengenang semula kisah kelam yang menyelubungi dirinya 7 tahun lalu, buat Kalea semakin trauma mahu berkenalan dengan mana mana lelaki. Baginya lelaki semua sama. Dah dapat, terus tinggal tanpa sebarang kata. 

Tega sekali Hakan perlakukan dia sebegini rupa. Teruk sangat ke layanan dia sampai Hakan tinggalkan dia? Kalau ya, kenapa tak berterus terang. Mungkin Kalea boleh perbaiki lagi hubungan ini.

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now