BAB 10

254 20 2
                                    

Malam ini adalah malam terakhir Kalea di Malaysia. Selepas ini dia akan bertolak ke New York bagi menyelesaikan segala projek kerjanya bersama pengasas luar negara.

Kini Kalea berada di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Dia dan beberapa pekerja yang lain turut mengikuti bagi membantu menyelesaikan segala urusan.

Nadir yang berada di dalam pelukan Kalea masih senyap tidak berkutik. Hanya air mata yang membasahi pipi dan perlahan lahan mengalir hingga ke bahu ibunya. Barangkali masih mogok tidak bicara sama Kalea kerana tidak membawanya pergi bersama.

Bukan niat Kalea tidak mahu bawa. Tapi risau andai Nadir tidak dijaga rapi. Kalea dan team pergi kesana atas urusan kerja bukan pergi bercuti. Kalau Kalea mahu pergi melancong, dah lama dia angkut Nadir ikut serta. Tak adalah dia terpaksa menahan rindu selama seminggu.

"Nadir. Mummy pergi kejap je. Nanti mummy balik sini, mummy beli candy untuk Nadir." Pujuk Kalea. Tangannya masih setia mengusap belakang badan Nadir.

"Mummy pergi seminggu. Lama sangat. Nanti Nadir rindu." Akhirnya suara Nadir kedengaran jua di cuping telinga.

"Seminggu tu kejap je sayang. Pejam celik pejam celik, mummy dah balik. Nadir jangan sedih. Nanti tak comel." Pujuk Kalea lembut.

"Nanti mummy sakit macam mana? Siapa nak rawat mummy?"

Ayat itu buat Kalea ketawa kecil. "Mummy rawat sendirilah. Mummy kan dah besar."

"Tapi Nadir tak suka mummy rawat sendiri. Nadir nak Nadir yang rawat mummy." 

Kalea hela nafas panjang. Mata dilirik pada Tan Sri Ahmad Shah dan Puan Sri Nora Alimah. Mereka pun nampak senyap saja tidak berkata apa. Mellihat cucu tunggal yang dari tadi menangis buat mereka sedih pula. 

Memang selalu Nadir akan buat perangai kalau Kalea mahu pergi overseas. Pasti akan mogok dan tak mahu cakap. Kalau cakap pun mesti kata kata yang mampu menyentuh perasan. Macam tadi.

"Okey macam ni. Mummy janji mummy akan settlekan kerja mummy dengan cepat. Lepas dah settle semua, terus mummy balik. Boleh?"

Nadir tarik wajahnya mengadap Kalea. Bibirnya masih bergetar menahan tangis. Air mata masih berlinang. "Mummy janji?"

Kalea memandang rapat muka anaknya. Dilap dahulu air mata Nadir sebelum menjawab. Kemudian, jari jemarinya dibuat gaya peace. 

"Janji!"

Senyuman mulai terbit di bibir Nadir. Jari kecilnya juga turut membuat gaya 'peace'. Memang sudah sebati dalam diri Kalea dan anaknya apabila ingin menjanjikan sesuatu perkara. 

Puan Sri Nora Alimah dan Tan Sri Ahmad Shah tersenyum tawar. Sedih pula melihat perpisahan antara Kalea dan Nadir walaupun anak tunggalnya pergi hanya kerana kerja. Sudah 7 tahun, mereka melayani drama yang sama. Nadir memang susah mahu lepaskan ibunya pergi mana mana. 

"Minta perhatian kepada semua penumpang penerbangan Airasia AK9612 tujuan ke New York sedia untuk berlepas melalui pintu G6. Terima kasih."

Pengumuman penting dari pihak kapal terbang muncul tiba. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia berlepas ke New York.

Wajah Nadir dipandang lama. Lantas itu, dipeluk erat tubuh kecil tersebut.

"Sepanjang mummy tak ada, duduk elok elok dengan tok mama dan tok papa. Jangan nakal nakal. Dengar cakap dorang." Kalau beri pesanan ringkas.

"Nadir kan anak soleh. Dia baik je dengan kami." Celah tan Sri Ahmad Shah.

"Nanti kalau ada apa apa, call Kalea terus."

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now