BAB 1

817 74 10
                                    

10 January 2021 -

4 tahun sudah pun berlalu dari peristiwa itu. Namun, ia masih lagi melekat dalam fikiran seorang Nur Kalea Qistine. Ditinggal tanpa sebarang sebab. Hanya sehelai kertas menjadi bukti peninggalan tersebut. Selamanya Kalea akan ingat dan tak akan lupakan kisah lama yang sangat stragis.

"Cik Kalea?"

"Cik Kalea!"

Suara sergahan itu buat Kalea tersentak dari lamunan. Serta merta, dia memandang kearah dua barisan didepan. Semua staff melempar pandangan hairan kepadanya.

Terkedip kedip mata cuba bertenang. Nafas ditarik panjang. Macam mana lah dia boleh hilang fokus waktu tengah meeting sekarang.

"Erhm, maaf. Kita bincang pasal apa tadi?" Soal Kalea agak panik.

"Pasal produk terbaru kita, cik Kalea. Haritu cik cakap nak launch lipmate baru kan?" Terang Safa. Pembantu Kalea didalam syarikatnya

"Ya. Dah senaraikan warna yang saya nak tu?"

Laju Safa mengangguk. Tak lama itu, dia menyerahkan satu palette colour yang menggabungkan pelbagai kontra warna pada Kalea.

Satu persatu warna ditilik bagi mengenal pasti warna apa yang sesuai untuk koleksi lipstick terbaru. 

Nak-nak lagi Kalea adalah seorang pengasas kosmetik terkemuka di Malaysia dan dikenali luar negara. Pekerjaan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mental dan fizikal perlu kuat. Tambah pula, dirinya selalu menarik perhatian media. Apa yang dia buat, tergopoh gopoh pihak wartawan menulis artikel yang bukan bukan. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia menyaman mereka yang tidak bertanggungjawab. Menulis hanya untuk populariti, bukan mahu menyampai kebaikan.

Selagi ada ruang mahu menyebarkan benda buruk, selagi itulah wartawan yang tidak berilmiah menulis artikel pelik. Bila muka Kalea kerap kali muncul di semua sosial media, ramai pula netizen menyampah. Padahal, bukan masalah dia kalau berita mengenainya selalu muncul diruangan feed. Itu salah pihak media yang sentiasa nak jadi paparazzi akan dirinya.

"Nanti bagitahu Wafiy yang saya nak warna ni. Kita launch satu set makeup. Awak semua dah tahu yang kita ada collab dengan syarikat dari New York?" Kalea bertanya pada semua staff.

Mereka semua nampak sangat terkejut dengan pengumuman tiba tiba.

"Bukan ke cik cakap tak jadi collab?" Rusnia menyoal pelik.

Kalea tersenyum sumbing. "last-minute preparations. After all, I haven't been to New York for a long time. I miss that place so much." dia hela nafas panjang.

Belakang badan dia sandarkan ke kerusi. Mata dipejam mengimbau kembali saat manis disaat. Cuma, ada satu benda pahit yang melukakan jiwanya sampai sekarang.

Dia, Hakan Demir. Dah masuk 4 tahun lelaki itu menghilangkan diri. Kemana agaknya dia pergi. Pertalian diputuskan tanpa sebab. Sehingga kini, Kalea masih mengenangkannya. Bohong kalau Kalea cakap dia tak rindu. Semestinya dia rindu.

Tapi apabila dia ingat semula tragedi kelam, dia sedaya upaya mahu melupakan. Tak sanggup dia mahu membiarkan luka dijiwa berdarah semula. Sekarang dia sudah bahagia dengan adanya Nadir Emir disisi.

Anaknya itu sangat mudah dididik. Semakin besar, wajahnya sebiji seperti Hakan. Bermata hijau emerald dan berkulit putih. Walaupun baru berusia empat tahun, Nadir Emir sudah cekap dalam berkata. Haih, rindu pula. Sekarang ni dia tengah belajar apa agaknya.

"Mummy?"

Dahi Kalea berkerut. Baru cakap rindu tadi. Takkan suara anaknya itu muncul?

"Mummy, Nadir is here. Open your eyes, mummy."

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now