"Tuan, taknak pergi ke majlis Nadir? Pukul 8 dah mula." Erdem menyoal pada Hakan yang berdiri tegak di tepi balkoni. Tangan dibawa memeluk tubuh sambil melihat panorama matahari terbenam. Angin sepoi sepoi menyapa kulit.
"Orang tak jemput Erdim. Buat apa aku nak pergi? Nanti kena halau baru tahu." Sempat Hakan membuat lawak hambar di hujung perbualan.
Erdem ketawa halus. "Kita tak akan kena kalau kita jadi salah seorang peminat puan Kalea. Kan?" Balas Erdem penuh makna.
Spontan Hakan memasang riak wajah hairan. Masih tak faham apa yang diperkatakan oleh pembantunya sebentar tadi. Dia pandang lama wajah Erdem kerana mahukan jawapan. Malas mahu bersuara sebab dia rasa suaranya kini perlu disimpan rapi dalam tekak. Ceh!
Melihat cara pandangan Hakan, langsung Erdem menyua iPad mini miliknya. Satu artikel yang tersiar dibaca penuh teliti.
'Jutawan produk kosmetik, Nur Kalea Qistine mengalu alukan kedatangan para peminatnya dalam bersama sama menyambut hari kelahiran anak sulung beliau."
Selesai membaca artikel tersebut, mata Hakan terus berubah sinar. Bercahaya apabila mendengar khabar baik tersebut. Ada chance lah dia mahu melihat Kalea secara live. Mesti malam ni dia lagi cantik kan? Anak sulung mereka mesti bertambah kacak macam dia.
"Tapi aku takut Erdim. Kalau aku datang majlis tu, tak pasal-pasal majlis hancur. Taknak lah. Cukup sekadar aku kirim hadiah pada Nadir." Kata Hakan muktamad.
Dia masih berada di fasa rasa berat hati. Biarlah hadiah yang jadi perantara antara dia dan keluarga kecilnya. Walaupun, hadiah pertama pada Kalea pagi kelmarin dibalas dengan dibuang ke tong sampah. Tak apa. Yang penting, Kalea tahu yang suaminya masih hidup.
Tak kisah apa tanggapan Kalea pada dia. Memang patut pun dia disalah anggap oleh wanita kesayangannya. Siapa suruh ikut undang-undang bodoh keluarga yang tahu akan memakan diri.
"Tuan tak rasa rugi? Tuan tak nak tengok muka anak dan isteri? Saya tahu saya bukan orang yang layak untuk nasihat tuan. Tapi kalau tuan masih macam ni... mesti kisah silam akan terus menghantui."
"Kisah tu akan selamanya menghantui aku, Erdem. Dan kisah tu takkan hilang dalam ingatan aku dan jugak kau. Kita sama-sama hadap benda ni. Aku pasti kau tak lupa." Bagai kilat datang memetir cara Hakan memcelah. Dengan suara garau dan garang menambahkan lagi personaliti seorang Hakan Demir.
Erdem diam terkaku dengan jawapan yang diberi. Semestinya dia ingat apa yang sudah berlaku ketika empat tahu lepas dengan majikannya.
4 tahun masa yang sangat lama. Dan dalam masa 4 tahun tu juga, Hakan banyak menerima kekangan waktu oleh keluarga. Ada syarat dan protokol yang perlu dilaksana. Andai tidak, nyawa yang jadi galang gantinya.
"Saya ingat kejadian tu. Tapi sekarang semuanya dah berakhir Tuan. Kita tak akan diganggu lagi." Erdem tidak menyerah. Masih mahu menegakkan benang yang basah.
"Bagi kau memang dah berakhir, Erdem. Tapi bagi aku, orang 'sana' tak akan menyerah. Benda ni akan berterusan sampai bila-bila." Ditekan perkataan sana agar Erdem lebih faham tentang maksud yang ingin disampaikan.
"Tapi kita boleh halang." Laju kata kata itu meluncur dari bibir Erdem.
"Tak semudah itu. Mereka bukan dari golongan orang biasa. Kau pun tahu siapa mereka." Hakan angkat kening sebelah. Mata hitam dalam hijau makin berkembang kerana amarah menguasai dada.
Erdem hela nafas berat. "Tahu tuan. Tapi buat masa sekarang, kita lupakan dulu kisah tu. Sekarang kita ada dekat negara isteri tuan. Tuan pernah cakap yang tuan nak lupakan sekejap masalah sebab tu tuan datang sini. Enjoy the moment, sir." Ujar Erdem sebelum masuk semula ke dalam rumah.
YOU ARE READING
QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]
RomanceHanya update kalau sempat 🍯 (SLOW UPDATE!) -Diminta para pembaca tidak mengeluarkan kata kata kesat saat memberi komen. Jagalah adab kita bersama. ▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀ "Abang tak akan tinggalkan TatlIm." 4 tahun bukanlah tempo...