"Sayın! bugünün haberlerini okumayı deneyin.(Tuan! Cuba baca berita hari ini)" Terkocoh kocoh Erdem menyerahkan surat akhbar kepada Hakan.
Lelaki itu baru selesai work out di mini gym. Menjaga kesihatan memang sudah menjadi perkara wajib buat Hakan. Lagipun dia masih muda. Mestilah kena kuatkan stamina.
Sehelai kain dibawa mengelap rambut yang sudah basah kerana peluh. Pandangan hairan dia sertakan ketika memandang wajah Erdem seperti kucing mahu melahirkan.
"Kau dah kenapa, Erdem? Macam kena kejar hantu je?" Surat khabar diambil dari tangan Erdem. Dia masih belum melihat tajuk utama di bahagian depa akhbar.
"Lebih teruk dari kena kejar hantu!" Selar Erdem. Rambutnya sudah serabai setelah membaca penulisan akhbar tadi. Tak senang duduk dibuatnya.
Hakan menggeleng melihat karenah pembantunya. Entah apa yang dia baca pun tak tahu.
Tidak betah berlama, muka surat hadapan yang diyakini sebagai berita hangat dibaca dahulu. Ada wajah Kalea dan Nadir disitu. Sejenak dia berfikir. Berita pasal Kalea ke?
'Nadir mahu daddy'
Ya. Itu berita utama di bahagian awal muka surat. Siap tulisan diedit berwarna merah lagi.
"Berita pasal majlis semalam. Kenapa?" Acuh tak acuh Hakan bertanya. Dia bawa diri pergi mengangkat dumbbell. Tubuh tegap ditiarap keatas satu seat panjang berwarna hitam. Lalu dengan sepenuh tenaga, Hakan mengangkat dumbbell seberat 64 kg.
Erdem tepuk dahi. Dengusan nafas dihela perlahan. Dia bergerak kearah Hakan yang bagai tidak mahu tahu pasal hal dunia.
"Bukan berita yang ada muka puan Kalea. Tapi berita yang ada gambar tuan!"
Terus Hakan menghempas dumbbell ke tempat asal. Tajam matanya apabila mendengar ayat dari Erdem. Rahang diketap kuat. Surat khabar didalam genggaman lelaki itu ditarik kasar. Nasib baik tak koyak.
Diselak surat khabar di bahagian hiburan. Dicari yang ada wajahnya. Sah! Memang ada! Tapi nasibnya baik kerana wajahnya masih dilindungi mask muka. Kalau tidak mesti lagi bertabah riuh.
Tajuk yang ditulis dibaca dengan perasaan marah. Bangsat mana yang suka suki ambil gambar aku tanpa kebenaran!
Misteri!
Rakaman seorang jejaka misteri yang hadir ke majlis sambutan hari lahir anak kepada jutawan pengasas kosmetik masih menjadi tanda tanya buat warganet, apabila video yang berdurasi 10 saat itu telah dimuat naik ke halaman Facebook semalam. Mengikut tanggapan para netizen, jejaka itu berkemungkinan adalah bapa kandung kepada Nadir Emir dan sekaligus suami kepada jutawan kosmetik tersebut kerana warna mata milik si jejaka terlihat sama seperti anaknya. Namun segala tanggapan yang dibuat tidak boleh dipertimbangkan kerana Nur Kalea Qistine sendiri telah menafikan bahawa suaminya sudah meninggal dunia sejak tujuh tahun lalu.'
ZAPPP!
Bagai ada batu menghempap kepala. Ayat terakhir sememangnya menyentap jiwa. Memang tak salah apa yang dia baca dahulu. Sebegitu sekali Kalea menganggapnya? Dengan mengatakan bahawa dia sudah mati?
"Siapa yang rakam muka aku?" Soal Hakan dingin.
Erdem menyua ipad miliknya. Disitu ada satu paparan skrin mengenai pemilik akaun facebokk yang menyebarkan video tersebut.
"Fakhrul Adham. Seorang wartawan dari jabatan Wira online. Tak silap saya, dialah wartawan yang selalu menyebar berita palsu pasal Puan Kalea." Beritahu Erdem.
Hakan bangun dari tempatnya. Air mineral diteguk rakus bagi menghilang haus. Pandangan diliar ke luar rumah. Udara pagi dihirup segar. Waktu macam ni lah nak buat aku terbakar dengan tohmahan sial tu.
YOU ARE READING
QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]
RomanceHanya update kalau sempat 🍯 (SLOW UPDATE!) -Diminta para pembaca tidak mengeluarkan kata kata kesat saat memberi komen. Jagalah adab kita bersama. ▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀ "Abang tak akan tinggalkan TatlIm." 4 tahun bukanlah tempo...