note

149 4 0
                                    

Bismillah assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bismillah assalamualaikum. Buat pembaca qismet Ishq yang pernah menunggu kisah ini tamat, ingin saya maklumkan bahawa saya sudah jadikan ia sebagai buku.

Kalau nak baca selanjutnya, korang boleh beli di pbakl24 nanti. Kalau nak beli melalui online pun boleh. Cuma melalui wasap sahaja. Nombor untuk pembelian ada di bawah ya.

Sini saya paparkan blurb rasmi untuk Qismet ishq.

Blurb Qismet ishq ❤️

Masihkah ada takdir & cinta antara kita?

Andai Tuhan sudah menetapkan hubungan itu ibarat layang-layang yang tersangkut di dahan tinggi, maka perlulah kita bersabar kerana boleh jadi akan ada insan yang datang membantu untuk menggapainya semula dan beri kepada kita.

"Abang tak akan tinggalkan, TatlIm."

4 tahun bukanlah tempoh masa yang singkat. Ayat itu masih terngiang -ngiang di celahan pemikiran Nur Kalea Qistine. Dia ditinggalkan tanpa khabar berita oleh suami sendiri setelah selesai melahirkan anak sulung mereka.

Hakan Demir. Suami kepada Kalea Qistine. Lelaki yang berasal dari negara Turki itu ada rahsia yang tersimpan rapat dalam tubuhnya. Dia bukan seorang barista cafe tapi seorang yang ada kisah silamnya. Kerana desakan, Hakan terpaksa membawa diri meninggalkan orang tersayang sehingga dia dibenci tanpa tahu alasan kukuh.

Selepas bertahun lama, Hakan kembali dengan kekuatan baru. Dia mahu menjaga isteri dan anaknya.

"Percayalah, Abang tak pernah tinggalkan sayang." - Hakan Demir

"Kau lelaki yang tak layak digelar suami dan ayah! Aku menyesal kenal kau!" - Kalea Qistine.

Sebenarnya apa yang berlaku antara mereka berdua? Mengapa Hakan meninggalkan isterinya secara tiba-tiba? Dan dapatkah Hakan meraih kemaafan dari sang isteri?

“Saya takut hilang awak buat kali kedua. Tolong janji dengan saya, jaga diri baik-baik dan datang jumpa saya balik.” Kalea Qistine.

Cinta ibarat pasir. Sikit-sikit akan menghilang dek air laut yang membadai. Tetapi pasir itu beribu butir sifatnya, maka dia akan tetap utuh selamanya.

www.wasap.my/601161689738/QismetIshq

Terima kasih semua! ❣️

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now