BAB 3

359 45 2
                                    

Mata memerhati seorang wanita yang membuang satu kotak hitam didalam tong sampah besar. Sikit sikit senyuman bertukar mendung. Dia tahu apa reaksi isterinya andai dia melihat pesanan yang ditulis olenya sendiri.

Ya. Hakan Demir yang menghantar bungkusan itu pada Kalea sebentar tadi. Sudah seminggu dia datang ke Malaysia. Dan baru hari ini dia berani memberi hadiah pada isterinya yang sudah dia tinggal sejak empat tahun dahulu.

Helaan nafas berat dilepaskan. Bukan niatnya mahu tinggalkan Kalea tanpa sebab. Tapi apa yang dia buat demi keselamatan isteri dan anaknya. Andai Hakan tidak buat sedemikian, pasti nyawa mereka sudah hilang dan mati.

"Efendim, bana verdiğiniz eşyanın atılması gerekiyor. (Tuan, hadiah yang tuan kirim dah kena buang.)" Ujar pembantu Hakan yang baru menjejak masuk kedalam kereta semula. Erdem Gohan. Lelaki yang berbangsa Turki sama seperti Hakan.

Hakan mengangguk. "Aku nampak tadi. Kau rasa Kalea dah bencikan aku?" Hakan menyoal pada Erdem di kerusi memandu. Nada suaranya terdengar sedikit luluh.

Erdem senyap seketika. Cuba membina ayat yang menjaga hati. Nafas ditarik sebelum memula bicara.

"Kemungkinan ya."

Laju Hakan menoleh memandang Erdem. Matanya dikecilkan sedikit. Erdem senyum sebaris. Kepala yang tak gatal digaru. Haih, mulut. Aku suruh kau jaga hati tuan kan?

Hakan tarik nafas panjang. "Betul lah apa yang kau cakap tu. Kalea mesti dah bencikan aku. Empat tahun aku tinggalkan dia. Tiba tiba sekarang aku cari dia pula. Aku memang suami tak guna kan Erdem?"

"Salah tuan. Kalau tuan tak berguna macam mana keselamatan mereka boleh terjaga sampai sekarang? Apa yang tuan buat sememangnya untuk lindungi mereka tanpa sedar. Saya yakin Puan Kalea mesti akan terima tuan semula." Sangkal Erdem. Dia sama sekali tidak setuju dengan apa yang diungkapkan oleh majikannya tadi.

"Tak semudah itu Kalea terima aku balik. Empat tahun bukan jangka masa yang pendek. Kalea besarkan Nadir tanpa aku disisi. Memang selama lamanya dia akan benci aku."

"Esok hari lahir anak tuan. Apa kata tuan pikat hati Nadir? Orang cakap kalau nak mak, hati anak kena tarik dulu." Erdem beri idea bernas.

Hakan melontar pandangan ke luar. Otak memikirkan idea yang baru didengari tadi. Betul juga. Apa kata kita pikat hati Nadir dulu. Mana tahu lembut sikit?

"Aku dah lama tak jumpa anak aku. Kau rasa dia kenal aku tak nanti?"

"Mestilah kenal. Mata tuan kan sama warna dengan dia."

Semerta, Hakan tersenyum lebar. Betul jugak. Mata dia macam aku. Hijau emerald. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Jom kita beli hadiah dekat dia. Aku tak tahu Nadir minat apa. Kau rasa dia minat apa?" Hakan mula memikirkan banyak hadiah yang hendak dibeli pada anaknya. Jiwanya berkobar kobar mahu bertemu. Ini peluang pertama dia bersua muka dengan Nadir. Harap sangat dia suka hadiah tu.

Erdem Gohan tersenyum tawar disebelah. Mata redup menahan sebak. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap. Enjin dimulakan. Selepas itu, perlahan perlahan kereta berjenama Mercedez Benz keluar dari perkarangan syarikat milik Kalea.

Bagi Erdem, selama dia bekerja dengan Tuan Hakan Demir, sangat susah untuk lelaki itu mengukir senyum. Hanya muka bengis dan dingin sahaja menghiasi wajah selama empat tahun. Namun, tidak bagi hari ini. Riak Hakan sangat gembira bila sebut perihal anak. Semestinya Hakan rindu pada anaknya. Lagi lagi pada isteri tercinta. Nur Qalea Qistine.

Namun kerana satu amaran, Hakan terpaksa berkorban meninggalkan keluarga kecilnya. Hakan mahu meneruskan hidup dengan aman dan ingin merasa hidup bahagia. Tapi kerana kisah keluarga yang perit untuk ditelan, Hakan pergi meninggalkan Kalea gantung tidak bertali.

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now