- unedited version
Kini Nadir dan Kalea berada disebuah tasik besar. Masih ramai yang berada disini walaupun sudah menjelang masuk ke tengah hari. Kalau ikutkan dia mahu membawa Nadir pergi Mall. Tapi Nadir tak nak. Katanya, dia teringin nak pergi melawat kawasan lain.
Seketika, kepala Kalea menerawang memikirkan kesahihan dimana Hakan berada. Dia mash hidup atau ada orang yang mahu kenakan dia? Tapi tak mungkin. Orang yang tahu siapa Hakan hanya keluarganya saja dan Tuah Adzmi. Orang luar sama sekali tak tahu.
"Mummy, boleh tak nanti Nadir ikut mummy?" Soal Nadir setelah sekian lama menyepi disebelah. Bibirnya pun sudah comok dek limpahan aiskrim.
"Ikut pergi mana sayang?" Tanya Kalea sambil mengelap bibir Nadir dengan tisu.
"Ikut mummy pergi New York lah. Nanti kalau mummy sakit lagi macam mana?"
Kata-kata itu buat Kalea dicuit geli hati. Anaknya memang terlalu risaukan dia.
"Mummy tak akan sakit lagi lah. Tengok kaki mummy, dah sihat." Dia goyang kaki sebelah kanannya yang masih dibalut kain.
"Mummy, i told you. I hate lies."
Kalea hembus nafas berat. Kadang kadang anaknya terlampau posesif. "Nadir, mummy tak tipu. Mummy dah tak sakit. Kaki ni nanti sembuhlah luka dia tu." Kalea beri alasan. Harap sangat Nadir tenang setelah mendengarnya.
Nadir gesak tubuhnya merapati Kalea. Dari tepi dia memeluk tubuh ibunya. Tak tunggu lama, Kalea juga turut membalas pelukan hangat dari anaknya.
"Nanti bila Nadir dah besar. Nadir tak nak mummy kerja macam sekarang."
Dahi Kalea berkerut sakan. "Kenapa?"
"Nadir tak nak mummy sakit."
"I'm fine. Lagipun mummy tak nak Nasir membesar. Mummy nak Nadir jadi baby mummy sampai bila bila. Boleh?"
"Boleh mummy."
"Dah jom balik. Panas duduk sini lama lama. Baju Nadir pun dah kotor ni."
Nadir angguk tanda setuju. Setelah itu, mereka sama sama berjalan mendekati kereta. Hari ini tak ada bodyguard. Katanya, nak luang masa berdua je dengan Nadir. Esok lusa dah nak gerak ke New York.
"Cik Kalea!"
Kalea pusing kebelakang setelah mendengar namanya diseru. Ada 3 orang anak orang gadis disana sedang berlari anak menuju ke arahnya.
"Cik Kalea. Nak tangkap gambar dengan cik Kalea boleh?" Seorang gadis yang memaki tudung shawl bertanya pada Kalea mahukan keizinan terlebih dahulu.
Kalea senyum kecil. "Nadir pergi ikut pak Kassim masuk kereta. Kejap lagi mummy ikut." Suruh Kalea pada anaknya.
Nadir hanya mengangguk. Kemudian, kaki kecilnya bergerak kearah pakcik Kassim yang setia menunggu di luar kereta.
Pandangan dilontarkan kembali pada gadis gadis didepannya. "Lets take picture together,"
Mendengar kata itu, langsung mereka bertiga bersorak riang. Pelbagai posing diambil untuk beberapa keping gambar. Kalea yang tak berapa sihat tu pun terpaksa gagahkan diri untuk melayan. Tak mahulah orang menggelarnya seorang yang sombong. Kerana para penggemarnya juga salah seorang penyokong setia.
"Terima kasih cik Kalea. One day, saya nak jadi macam cik Kalea. Jutawan muda di Malaysia." Kata salah seorang gadis yang memakai baju kemeja pink. Nampak gaya seperti pelajar universiti saja.
Senyuman terbit di hujung bibir Kalea. Memang dia sudah tahu ayat yang sentiasa dikatakan oleh mereka. Mahu jadi sepertinya.
"InshaAllah, semoga dipermudahkan urusan awak. Belajar rajin rajin."
Mereka bertiga mengangguk. "Baik! Bye cik Kalea. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Silih berganti suara mereka berjaya saat mahu mengundur dari.
Kalea sekadar senyum melihat gelagat mereka. Sungguh, rata rata anak muda amat gemarkan dirinya. Kata mereka, Nur Kalea Qistine adalah seorang ikon yang patut dicontohi. Namun, bila dia mengintai di ruang komen. Ramai manusia tidak setuju kerana bagi mereka, bisnes Kalea berkembang pesat kerana dengan adanya cable dari ibu dan bapa.
Semestinya dia mahu menolak apa yang digembar gemburkan oleh mereka. Tapi Kalea tahu, dia tak boleh buat begitu. Satu Malaysia kenal Kalea kerana ibu dan bapanya. Jadi nak tak nak, dia perlu telan juga rasa perit itu. Walaupun pada hakikat sebenar, dia mulakan perniagaan dari zero to hero tanpa bantuan orang tuanya. Tapi dah orang salah sangka, terpaksalah dia halalkan diri jadi bahan tawaan orang.
Tak tunggu lama, Kalea mula melangkah pergi ke kereta. Tengok langit macam nak hujan. Jadi lebih baik dia masuk kereta cepat cepat.
Apabila tubuhnya mahu berpaling bergerak ke kereta, tiba tiba tubuhnya dilanggar oleh seorang lelaki.
Buk!
Hampir terjatuh Kalea mencium bumi. Namun, nasib baik ada satu tangan kekar yang berjaya menahannya dari terus jatuh. Kaki yang tadinya kurang rasa sakit, kini kembali seksa dengan luka yang kian mencucuk. Dalam diam dia meringis sakit. Pandangan diliarkan pada orang yang melanggar dirinya.
Berpakaian singlet hitam. Bajunya ada kesan peluh dan kulitnya sedikit lembab. Itu maksudnya lelaki ini baru habis jogging. Wajahnya tak dapat dilihat kerana ada silauan cahaya yang menghalang. Tapi mata lelaki itu ditutupi dengan satu kaca mata hitam.
Yaampun Kalea, sempat kau menilik.
"Maaf cik. Saya tak sengaja." Suara garau menyentak Kalea. Dia angkat tubuh Kalea agar kembali berdiri tegak.
"Tak apa. Salah saya sebab tak tengok orang." Bahu lelaki itu masih dipegang olehnya. Sumpah, kali ini dia tak dapat berjalan sendiri. Tapak kakinya terasa sangat sakit.
"Mana kereta cik? Mari saya hantar ke sana." Ujar lelaki tadi.
Kalea sekadar mengangguk. Tak ada upaya dia mahu membalas apa yang diperkatakan. Dia mahu menolak tapi dalam masa yang sama dia perlukan bantuan untuk berjalan.
Terjengket jengket kakinya saat menyusun langkah. Bila sampai ke kereta, pakcik Kassim terlebih dahulu memandang Kalea dengan hati yang cemas.
"YaAllah, Kalea kenapa ni?" Tanya pakcik Kassim dengan nada suara panik.
"Banyak sangat berjalan ni."
"Jom lah kita pergi klinik balik. Pakcik risaulah."
Kalea tersenyum kecil. "Tak ada apalah pakcik. Nanti Kalea letak ubat baiklah tu."
Pakcik Kassim hanya diam. Matanya beralih melihat jejaka tegap disebelah Kalea. "Terima kasih bawa cik Kalea disini."
Jejaka itu hanya tundukkan kepala sahaja. Tak ada pula dia mahu beramah mesra.
"Mummy! Mummy kenapa? Kaki mummy sakit lagi? Nadir dah cakap Nadir tak suka tengok mummy sakit." Nadir mencelah diantara mereka bertiga. Bibirnya mencebik tanda tak suka.
Kalea pandang pakcik Kassim. Manakala pakcik Kassim sudah sedia angkat kening pada Kalea. Ia seakan beri maksud 'Nadir dah berleter.'
"Mana ada mummy sakit. Tengok ni mummy hentak kaki." Kalea hentak kaki berkali kali mahu menunjukkan yang dia tak sakit. Padahal, hanya Tuhan yang tahu bertapa sengasaranya dia sekarang ni!
Nadir pandang lama pada Kalea masih berkira-kira mahu percaya atau tidak. Sejurus itu, dia lempar pandangan pada lelaki disebelah ibunya.
"Terima kasih uncle bawa mummy Nadir datang sini." Kata Nadir ceria. Senyuman tak lepas dia ukir dari bibirnya.
Lelaki bersinglet hitam tersebut membalas senyuman. Kakinya melangkah mendekati Nadir yang menjengoi kepala dari tingkap. Tangan dibawa mengusap kepala Nadir lembut.
"Bir şey değil, Nadir."
YOU ARE READING
QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]
RomanceHanya update kalau sempat 🍯 (SLOW UPDATE!) -Diminta para pembaca tidak mengeluarkan kata kata kesat saat memberi komen. Jagalah adab kita bersama. ▀▄▀▄▀▄ 🎀 𝓠𝓲𝓼𝓶𝓮𝓽 𝓘𝓼𝓱𝓺 🎀 ▄▀▄▀▄▀ "Abang tak akan tinggalkan TatlIm." 4 tahun bukanlah tempo...